Tuesday, 9 June 2020

My Favorite Youtuber: Li Ziqi

Adakah masih ada yang tak kenal dengan Li Ziqi, insan yang sangat berinspirasi ini? Kalau korang nak tahu. Setiap kali dia update video baharu. Najihah akan stop kerja yang Najihah tengah buat. "Don't disturb me cause i wanna watch them". Kenapa sampai begitu sekali? Is it worth? Yes. Sebab dengan video dialah membuatkan Najihah rasa "It's fun to do housework". "Its fine to have a simple life". 

Photo by: Li Ziqi Shop

Li Ziqi adalah seorang yang berbangsa Cina dan dia juga adalah blogger, pengusaha, dan selebriti internet makanan. Terkenal dengan "aesthatic" video penyediaan makanan dan kraftangan di kampung halamannya di desa Pingwu, Mianyang, Sichuan. Masakannya sering dibuat dari bahan asas dan alat menggunakan teknik tradisional Cina. Maksud dibuat dari bahan asas bermakna memang dari ASAS. Nak makan nasi? maka Li Ziqi dan penduduk kampung akan tanam padi sama-sama dan kutip hasil. Kalau tak bekerja keras maka tiadalah hasilnya. Dia pernah menjadi DJ dan bekerja di bandar. Tetapi akhirnya dia pulang ke kampung halaman untuk menjaga neneknya dan dia juga berjaya membuat pendapatan dari Youtube dan businessnya berkembang. (Wikipedia)

Photo by: Li Ziqi Shop

Najihah suka sangat dengan gaya editing, cinematography yang dia tunjuk dalam videonya. Apa yang Najihah tahu, dulu dia buat video ini sorang-sorang dan akhirnya dia ambil 3 part time videographer. Kalau tengok video dia seperti korang tengok movie. Memang memuaskan!. So kesannya pada Najihah sendiri, Najihah suka buat kerja rumah yang mana dulu Najihah anggap ia kerja yang melecehkan. Dulu ok. Sekarang alhamdulillah dah bertaubat. Nak tak nak kerja rumah kena buat juga. Ye tak ya?

Photo by: Li Ziqi Shop

“In today’s society, many people feel stressed,” Li says. “So when they watch my videos at the end of a busy day, I want them to relax and experience something nice, to take away some of their anxiety and stress.” - South China Morning Post

Li Ziqi ini bukan setakat pandai masak. tapi pandai buat perabot dari awal. Buat baju dari awal. Dan yang paling menarik sekali buat oven sendiri. Dia juga ada shop. Dan barang yang Najihah nak beli sangat dari kedai dia adalah pisau potong sayur. Huwaaa bestnya kalau dapat beli. Pisau itu beharga RM149.32 kalau convert dari US$. Haha nanti-nantilah. Letak dulu dalam wishlist. Apa-apapun korang boleh tengok video-video Li Ziqi di Youtube. Best sangat.  

Photo by: Li Ziqi Shop


Biography: Li Ziqi
YouTube: Li Ziqi

Monday, 8 June 2020

Menjadi Designer Rumah Yang Terkemuka! (Design Home: House Renovation)

Asalamualaikum. Waktu PKP hari itu, Najihah ada main 1 game yang najihah sendiri tak sangka akan main. Bukan apa, empunya diri bukanlah seorang gamer. Tetapi, disebabkan nak CUBA Hahaha Jadi lahirlah Najihah seorang designer yang terkemuka. Kah kah. 

Game ini best juga sebab kita boleh berangan nak hias ruang tamu, nak hias majlis mengikut budget yang diberikan. Lagi best bila game ini 3D and nampak real. Dalam game itu juga ada ranking. So kalau korang bersikap kompetitif jangan risau kerana akan ada system voting dimana players dalam game akan vote design rumah korang. Perabot-perabot dalam game itu pun cantik sangat! Nak beli in real life tiada budget maaa. Game ini chill chill sahaja dan korang boleh dapat inspirasi macammana nak hias rumah korang in real life. 

Name: Design Home: House Renovation
Publishers: CrowdStarCrowdstar Inc
Platforms: iOS, Androi

Design mana yang paling cantik? Najihah paling suka "Pierside Studio" dan "Loving London".


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...