Lazada Malaysia Big Baby Fair


Bismillahirrahmanirrahim.



Asalamualaikum, hai dan jumpa lagi dalam blogger contest yang dianjurkan Lazada Malaysia. Aku belum lagi bergelar seorang ibu. Kahwin pun apatah lagi. Tetapi aku ada adik bongsu yang masih perlukan barang-barang bayi seperti lampin bayi dan susu untuk membesar. Jadi, why not to join it, right?. Ayat bawah ini paling win. Haha

You do not have to be a mommy blogger to join. Any blogger is allowed to participate in this contest.

a. What favourite brand of diapers for your baby (or future baby).

Lampin bayi kesukaan aku walaupun aku tak kahwin lagi adalah Petpet. Salah satu kelebihan menjadi kakak sulung adalah kau belajar menjadi seorang ibu pada waktu usia muda. Parents aku sering membeli lampin bayi ini untuk adik-adik aku. Adik-adik aku nampak selesa pakai lampin bayi Petpet. Oleh itu, sekiranya aku dah kahwin dan dapat anak nanti aku akan pakaikan anak aku lampin bayi ini. Adik aku yang bongsu juga sekarang pakai lampin bayi Petpet walaupun umurnya sudah berusia 4 tahun. Haha selesa sangat kot lampin bayi Petpet itu. Jadi, lampin bayi kegemaran aku adalah Petpet. (kira berapa kali aku sebut petpet. Haha)



b.What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)?

Susu bayi kegemaran aku adalah susu Halib's. Aku pun suka susu ini. Kalau nanti aku ada anak, aku akan beri anak aku minum susu ini. Tetapi malangnya susu Halib's tiada di Lazada. Jadi kami sekeluarga beli terus dengan agent dia memandangkan tidak banyak kedai yang menjualnya.



Halib's cocoa ini boleh diminum sekeluarga. Sedap pun sedap. Aku suka!.

c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children).


Disebabkan adik-beradik aku pandai lukis, aku rasa nanti anak-anak aku pun akan pandai melukis. Jadi kalau ada white board dan black board ini baru best diorang nak lukis. Lagipun nanti aku boleh ajar adik-adik aku atau anak-anak aku nanti menggunakan white/black board ini. Baru semangat nak ajar diorang. Diorang pula baru semangat nak belajar!. Sekian.

Segmen: Follow Me ! Mac 2017

 KLIK GAMBAR UNTUK JOIN SEGMEN

BLOG ID = 3445920552738283990

Lazada Birthday Blogger Contest

Bismillah.

http://www.lazada.com.my/blogger-contest/?setLang=ms


Oh my!. Aku baru sahaja nak masuk contest ini tetapi tarikh tutup hari ini. Ok tak apa. Sempat lagi insyallah. Aku sudah lama perhatikan Lazada ini. Kalau aku nak apa-apa pasti aku tengok Lazada dulu walaupun tak ada duit. Lepastu berangan nak barang itu. Parents aku beli jam bersenam pun dekat sini. Aku sahaja yang tak dapat apa-apa dari Lazada. Ya. Kesian aku.

a.What do you love about Lazada Malaysia

Aku suka harga barang di Lazada. Sangat murah. Hari itu aku nak beli violin. Aku review di kedai musik. Harga violin yang aku nak RM500 lebih. Masa itu duit aku tak cukup. So tanpa berputus asa aku cari juga harga violin yang murah dan mengikut kemampuan aku. Masa itulah aku jumpa kedai online Lazada. Harga yang ditawarkan adalah RM200 lebih. Walaupun murah tapi still aku percaya dengan kualiti barang yang dijual Lazada. Apa lagi?. Sejak itu Lazada adalah tempat pilihan untuk aku beli sesuatu barang. I love Lazada. Seriously. Sayang lagi kalau dapat sponsor setiap tahun. Cinta beribu kali kalau dapat jadi duta Lazada. Haha berangan tak ingat dunia. Oh Lazada!.

b.Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)


Aku sudah lama nak kamera ini. Tetapi duit dan rezeki tidak mengizinkan. Kamera ini kalau aku dapat aku boleh mulakan kelebihan aku yang aesthetic ini untuk tangkap gambar apa sahaja yang berlaku di sekelilingku. Kemudian boleh letak gambar yang berkualiti tinggi dalam blog ini. 




Bila aku tengok balik barang yang aku nak. Aku terfikir. Apahal aku pilih semua gadjet ha?.

c.How do you think Lazada Malaysia can improve?

Ini pendapat aku.

1) Lazada memberikan sponsor barangan kepada vlogger dan blogger.
Semua orang tahu bahawa blogger dan vlogger terkenal akan mendapat pelbagai sponsor dari produk kecantikan hingga pakaian. Oleh itu, bagi meningkatkan lagi pemasaran barang seseorang, mereka memberikan barang itu kepada blogger dan vlogger untuk dipromosikan. Walaupun akan kurang mendapat sambutan, tetapi mindset mereka kepada sesuatu barang itu akan kekal. Oleh itu, apabila mereka memerlukan sesuatu barang, dengan serta merta mereka akan ingat kembali di manakah tempat yang sesuai untuk mereka beli barang. Sekiranya pandangan mereka baik terhadap company X maka keuntungannya di situ apabila pelanggan itu menjadi pelanggan yang setia. Ramai orang tahu bahawa pelanggan setialah yang menyebabkan sesuatu perniagaan itu terus berlangsung. Oleh itu, Lazada patut melakukan perkara sedemikian bagi meningkatkan lagi pemasaran.

2) Lazada memberikan sale setiap bulan bagi barangan tertentu.
Semua orang di dunia kehendaknya berbeza-beza. Maka barang Lazada yang dibeli pelanggan juga turut berbeza. Mengikut pemerhatian aku, barangan yang dijual Lazada terbahagi kepada 8 kategori iaitu

  1. Eletronics
  2. Woman's Fashion
  3. Men's Fashion
  4. Home & Living
  5. Health and Beauty
  6. Baby & toys
  7. Sport & Travels
  8. Motors,Groceries & More
Itu 8 kategori yang aku nampak apabila hendak cuci mata tengok barang di web Lazada. Pendapat aku adalah setiap bulan mempunyai promosi. Contohnya pada bulan Januari 2017, Lazada membuat promosi hanya untuk barangan Woman's Fashion. Kemudian pada bulan Januari, promosi akan barangan Baby & toys. Dengan ini, barangan yang dijual di setiap kategori tidak akan terlebih stok dan sebagainya. Itu yang aku fikir kalau aku ada perniagaan besar macam Lazada. (tapi tunggu aku habis belajar dulu baru dapat buat syarikat sendiri. Haha)
Itu pendapat jujur aku sebagai pelanggan.

d.What is your birthday wish to Lazada Malaysia?

Dear Lazada Malaysia,
Sempena ulang tahun Lazada yang ke 5. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana lahir di dunia ini. Kalau kau tak lahir, ramai orang tidak dapat membeli barang dengan mudah dan murah. Termasuk aku.Umur kau semakin panjang dan perniagaan kau semakin berkembang. Oleh itu, aku harap kau dapat teruskan perniagaan kau dan tidak berhenti separuh jalan disebabkan ekonomi yang melanda di Malaysia sekarang dan sainga di luar sana. Kau perlu kuat dan tidak putus asa dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi pelanggan-pelanggan kau. Aku harap kau berjaya dalam mencapai matlamat kau dan tersenarai dalam pemasaran perniagaan dunia. Jangan lupakan aku, pelanggan kau.




BACA LAGI

POPULAR POST