Thursday, 23 March 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Bismillah.

http://www.lazada.com.my/blogger-contest/?setLang=ms


Oh my!. Aku baru sahaja nak masuk contest ini tetapi tarikh tutup hari ini. Ok tak apa. Sempat lagi insyallah. Aku sudah lama perhatikan Lazada ini. Kalau aku nak apa-apa pasti aku tengok Lazada dulu walaupun tak ada duit. Lepastu berangan nak barang itu. Parents aku beli jam bersenam pun dekat sini. Aku sahaja yang tak dapat apa-apa dari Lazada. Ya. Kesian aku.

a.What do you love about Lazada Malaysia

Aku suka harga barang di Lazada. Sangat murah. Hari itu aku nak beli violin. Aku review di kedai musik. Harga violin yang aku nak RM500 lebih. Masa itu duit aku tak cukup. So tanpa berputus asa aku cari juga harga violin yang murah dan mengikut kemampuan aku. Masa itulah aku jumpa kedai online Lazada. Harga yang ditawarkan adalah RM200 lebih. Walaupun murah tapi still aku percaya dengan kualiti barang yang dijual Lazada. Apa lagi?. Sejak itu Lazada adalah tempat pilihan untuk aku beli sesuatu barang. I love Lazada. Seriously. Sayang lagi kalau dapat sponsor setiap tahun. Cinta beribu kali kalau dapat jadi duta Lazada. Haha berangan tak ingat dunia. Oh Lazada!.

b.Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)


Aku sudah lama nak kamera ini. Tetapi duit dan rezeki tidak mengizinkan. Kamera ini kalau aku dapat aku boleh mulakan kelebihan aku yang aesthetic ini untuk tangkap gambar apa sahaja yang berlaku di sekelilingku. Kemudian boleh letak gambar yang berkualiti tinggi dalam blog ini. 




Bila aku tengok balik barang yang aku nak. Aku terfikir. Apahal aku pilih semua gadjet ha?.

c.How do you think Lazada Malaysia can improve?

Ini pendapat aku.

1) Lazada memberikan sponsor barangan kepada vlogger dan blogger.
Semua orang tahu bahawa blogger dan vlogger terkenal akan mendapat pelbagai sponsor dari produk kecantikan hingga pakaian. Oleh itu, bagi meningkatkan lagi pemasaran barang seseorang, mereka memberikan barang itu kepada blogger dan vlogger untuk dipromosikan. Walaupun akan kurang mendapat sambutan, tetapi mindset mereka kepada sesuatu barang itu akan kekal. Oleh itu, apabila mereka memerlukan sesuatu barang, dengan serta merta mereka akan ingat kembali di manakah tempat yang sesuai untuk mereka beli barang. Sekiranya pandangan mereka baik terhadap company X maka keuntungannya di situ apabila pelanggan itu menjadi pelanggan yang setia. Ramai orang tahu bahawa pelanggan setialah yang menyebabkan sesuatu perniagaan itu terus berlangsung. Oleh itu, Lazada patut melakukan perkara sedemikian bagi meningkatkan lagi pemasaran.

2) Lazada memberikan sale setiap bulan bagi barangan tertentu.
Semua orang di dunia kehendaknya berbeza-beza. Maka barang Lazada yang dibeli pelanggan juga turut berbeza. Mengikut pemerhatian aku, barangan yang dijual Lazada terbahagi kepada 8 kategori iaitu

  1. Eletronics
  2. Woman's Fashion
  3. Men's Fashion
  4. Home & Living
  5. Health and Beauty
  6. Baby & toys
  7. Sport & Travels
  8. Motors,Groceries & More
Itu 8 kategori yang aku nampak apabila hendak cuci mata tengok barang di web Lazada. Pendapat aku adalah setiap bulan mempunyai promosi. Contohnya pada bulan Januari 2017, Lazada membuat promosi hanya untuk barangan Woman's Fashion. Kemudian pada bulan Januari, promosi akan barangan Baby & toys. Dengan ini, barangan yang dijual di setiap kategori tidak akan terlebih stok dan sebagainya. Itu yang aku fikir kalau aku ada perniagaan besar macam Lazada. (tapi tunggu aku habis belajar dulu baru dapat buat syarikat sendiri. Haha)
Itu pendapat jujur aku sebagai pelanggan.

d.What is your birthday wish to Lazada Malaysia?

Dear Lazada Malaysia,
Sempena ulang tahun Lazada yang ke 5. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana lahir di dunia ini. Kalau kau tak lahir, ramai orang tidak dapat membeli barang dengan mudah dan murah. Termasuk aku.Umur kau semakin panjang dan perniagaan kau semakin berkembang. Oleh itu, aku harap kau dapat teruskan perniagaan kau dan tidak berhenti separuh jalan disebabkan ekonomi yang melanda di Malaysia sekarang dan sainga di luar sana. Kau perlu kuat dan tidak putus asa dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi pelanggan-pelanggan kau. Aku harap kau berjaya dalam mencapai matlamat kau dan tersenarai dalam pemasaran perniagaan dunia. Jangan lupakan aku, pelanggan kau.




1 comment:

Blog This Little Light Of Mine hanyalah blog personal milik Nurul Najihah, di blog ini hanya menceritakan cerita harian Nurul Najihah, keluarga, Kawan-kawan, tentang review buku dan juga pengalaman di universiti. Segala post ini ditulis Nurul Najihah kecuali yang dinyatakan pemiliknya. Anda semua dilarang copy paste entry yang ditulis Nurul Najihah.

Sekian terima kasih. Have a nice day!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...