Tuesday, 30 May 2017

Banggalah Dengan Nama Sendiri

Cahaya Berjaya. Itu adalah masud nama aku. Nurul Najihah. Cahaya Berjaya.
Momento manis aku masa kecil yang paling aku tak akan lupakan adalah semasa aku first time (mungkin) tulis nama aku sendiri. Masa itu, bagaikan magis (of course dengan ketentuan Allah) aku tulis nama aku satu persatu. Nurul Najihah MA. Moment itu memang sampai sekarang masih segar di ingatanku.

Aku duduk terlantar di ruang tamu. Dengan berbekalkan pensil dan kertas. Aku mula menulis.
Tapi generasi (typical student) sekarang mana ada suka sangat dengan namanya sendiri. Kalau boleh nak ada Hong, Kim, Choi di depan namanya hahaha. Najihah ditukarkan jadi Na Jae Ha. Perghh. Lagi-lagi di Negara Hong, Kim dan Choi senang sahaja nak tukar-tukar nama. Di sini, uhmm tukar di media sosial sahajalah nampaknya. Hahaha.

Kata-kata itu doa. So kalau boleh aku tak naklah orang panggil aku dengan takdak maksuuud. Kalau depa panggil cek Nurul Najihah means Cahaya Berjaya, sekurang-kurangnya ia adalah satu doa ya dok?.

Dengan nama hang pun hang boleh ambil pengajaran. 
Nurul - Cahaya = Cek kena buka cahaya untuk mereka-mereka yang memerlukan. Wooo.
Najihah - Berjaya = Semoga aku Nurul Najihah berjaya dalam hidup di dunia dan diakhirat. Kalau terlalu umum, semoga Nurul Najihah berjaya dalam memilih keputusan yang tepat dalam membuat keputusan dan berjaya terhadap semua pekerjaannya. Wahh ini khas betul.

So. Apa nama hang-hang semua.
Aku Nurul Najihah. Kau siapa?
p/s Bangga tak dengan nama sendiri?

4 comments:

  1. Betul tiap nama itu ada ertinya . Done follow blog anda ya

    ReplyDelete
  2. haha betul2,
    nama saya Hanani and of course bangga sebab mcm terasa ornag rindu selalu kat kita, Hanani = Kerinduanku/Kesayanganku 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh ini mesti ramai orang sayang dan rindu ini...

      Delete