Day in my life 18 years old/6 month of 2017

Bismillah.

Tahun ini aku sering menanam anggur. Menganggur.  Aku  selalu berada di rumah. Kadang-kadang rasa macam suri rumah sepenuh masa. Kerja?. Tak apalah. Kalau boleh tak nak lah. Apa yang penting sekarang aku perlu belajar memasak, buat kerja rumah, dan menguruskan masa dengan efisien. Sebab nanti senang masa belajar dan masa hadapan nanti. So apa rutin harian aku di rumah?.

Pagi
6:00 a.m-6:30 a.m - Kejut adik-adik solat subuh. Bersiap sedia untuk solat subuh berjemaah dengan keluarga.
6:30 a.m-7:00 a.m - Sediakan breakfast untuk adik-adik pergi sekolah. Buat susu untuk adik bongsu supaya senang bangun.
7:00 a.m-7:40 a.m - Pastikan adik-adik makan dan sediakan bekal untuk mereka. Pastikan mereka ada duit, botol air dan bekal. Jangan lupa beri mereka vitamin shaklee. Tunggu ibu bersiap. Letak beg dalam kereta. Start enjin kereta.
7:40 a.m- 8:00 a.m - Ibu dan adik-adik bertolak ke tempat kerja dan sekolah. Pastikan adik bongsu dah bangun. Mandikan adik bongsu.
8:00 a.m-8:20 a.m  - Sediakan beg adik bongsu untuk ke sekolah. Letak towel, susu, botol susu dan baju. Beri adik makan. Sambil itu buka TV cartoon. Biar dia tengok sambil makan.
8:20 a.m -8:30 a.m - Sambil adik tengah makan kena basuh pinggan tadi yang breakfast.
8:40a.m  - Hantar adik bongsu sekolah dengan berjalan kaki
9:00 a.m - Bawa baju kotor turun bawah, basuh baju.
10:00 a.m- 11:30a.m  - Naik atas kemas semua bilik, sapu sampah, kemas meja dan banyak lagi

Tengahari
12:00 p.m - Me time.
1:30 p.m - solat zohor dan lipat baju.
3:00p.m - Masak

Petang
4:00p.m - Adik-adik balik dari sekolah. Pastikan mereka mandi dan susun buku.
5:00p.m - Solat asar berjemaah dan makan bersama-sama dalam dulang.
6:00p.m - Parents balik

Malam
7:00p.m - Bersiap sedia untuk solat maghrib berjemaah
7:30p.m - Baca Al-quran dan solat isyak
9:00p.m - Mengajar adik-adik dan lipat baju sekiranya tidak sempat tengahari tadi.
10:00p.m-12:00p.m - Me time and tidur.

Ini sedikit sebanyak rutin harian aku.

Wasting time is worse than death because death seperates you from this world whereas wasting time seperates you with Allah
-Ibn Qayyim-

No comments:

Post a Comment

Baca lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...