Tuesday, 23 May 2017

Throwback belajar di Alabang (part 1)

Alabang = Sekolah Sri Al-Amin Bangi = SRIAAB = SMIAAB.

Sangat comel nickname itu bukan?. Alabang. (Alaa~abang). Lol. Sebenarnya nickname Alabang baru kecoh di sekolah tahun 2016 yang lepas. Aku tak tahu siapa yang cipta dulu tapi just nak cakap yang aku suka nickname itu. Salute.

Baiklah. Aku tahu bahawa entry kali ini memang panjang jadi siap-siap aku letak part 1 dekat tajuk. Insyallah part 2 bakal menyusul. Part 3 bakal menggelongsor kalau ada. Bukan apa, aku ini kalau bab tulis mesti nak panjang-panjang. #Throwback form 1 dulu aku kena tegur sebab tulis karangan panjang-panjang. Panjang dia sampai 5 muka surat itu. Maafkan saya Muallimah Salamiah (guru perempuan). Saya ingat karangan form 1 tulis panjang-panjang. Al-maklumlah tiada kakak tiada abang.So...

Terima kasih juga kepada Muallimah Asyiqin Ahmad yang selalu bagi B untuk karangan saya. Kerana saya tahu, kalau mlmh bagi saya A confirm tak nak buat karangan dah hahaha. Alhamdulillah A untuk Bahasa Melayu SPM 2016.

Jadi kenapa aku nak tulis tentang sekolah aku adalah disebabkan aku nak balas balik jasa sekolah. Obviously. Mlm dan mlmh selalu ingatkan supaya kami pelajar Al-Amin bangga belajar di sini. Kerana tak semua pelajar di luar sana yang dapat apa yang kami dapat. Jadi dengan bangganya aku tulis entry kali ini tentang sekolah aku. Semoga dengan tulisan ini ramai lagi pelajar di luar sana dapat informasi tentang sekolah yang ber'tittle'kan agama.

***

1) TADIKA HIDAYAH CAHAYAKU

Baiklah. Sebelum ke sekolah mestilah kau ke tadika bukan?. Jadi pada tahun 2003 (4 tahun) aku tadika di sini. Aku ini kalau tanya bab-bab lepas lemah sikit. Pengalaman yang aku ingat kat sini pun boleh dikira dengan jari.

  1. Aku menangis sebab tak dapat buku 25 Nabi colour-read padahal aku tengok semua orang dapat. Tapi akhirnya dapat juga. Tak tahulah macammana ibu aku deal dengan cikgu tapi thank you ibu. (read : Ibu, saranghae ).
  2. Aku ada pergi UKM dengan abah dan aku beli buku nota 2. Yang aku ingat aku ada bagi dekat kawan aku yang lelaki. Hahaha lawak betul. Macam tak ada kawan perempuan sahaja.
  3. First time pakai gincu warna merah menyala sebab nak ambil gambar sekelas. Masa itu ikut sahaja arahan guru. Pakai gincu! pakai... Tapi yang lawaknya budak lelaki pun pakai. So, itulah pengalaman first time pakai make up wooo.
  4. Mak cik aku selalu ambil aku awal. Kadang-kadang tak nak balik sebab nak main dengan kawan-kawan.
  5. Aku pelajar cemerlang tadika. Ya. Hahaha aku bangga.
  6. Aku berkawan dengan senior aku Kak Iman dari tadika, sekolah rendah hingga sekolah menengah. Strong betul chemistry kami.
  7. Masa aku ambil hadiah di pentas, aku terjatuh. Hahaha.
Itu sahaja memory yang aku ada di tadika ini. 

2) TADIKA AS-SYAMS ditukar kepada TADIKA KHALIFAH BESTARI 


Ini pula tadika kedua aku. Nak tahu tentang sejarah tadika ini?. (read : Sejarah penubuhan tadika Khalifah Bestari ). Seperti biasa, aku tak boleh nak ulas apa yang berlaku masa tadika di sini. Yang aku ingat hanyalah
  1. Aku menangis datang ke sekolah sampaikan abah aku terpaksa teman.
  2. Aku selalu tetunggu-tunggu puppet show. Entahla apa yang best sangat tapi masa itu aku memang suka sangat dengan show itu.
  3. Ada seorang kawan aku nama Hafsah (still dalam ukhuwah insyallah) lukis mata macam dalam komik Jepun. Biasalah mata komik jepunkan besar-besar. So dengan hairannya aku tanya dia. Kenapa mata dia besar?. Hahaha. Lepastu aku ini bukannya tengok sangat TV masa itu. Si Hafsah ini lukislah gambar orang lepastu ada kepak or sayap kat belakang dia. Masa itu baru aku tahu dia lukis pari-pari dalam cerita Winx Club. Hahaha. Itu pun tahu bila besar. Hafsah ini pandai lukis. Kalau dia lukis, memang cantiklah!.
  4. Ok, ok ini deep gila. Korang kena baca. Adalah satu hari itu aku berbual dengan kawan aku. Tak ingat muka dan nama tetapi hanya ingat perbualan sahaja. So masa itulah kami berdua berbual hal-hal masa depan, remaja, kahwin, universiti dan islam. Ok tipu je. Kitaorang berbual. Lepastu sampai macammana entah tetiba dia cakap Allah paling besar. Aku pun deny. Dia pun kata eh, Allah paling besar!. Aku pun kata mana ada!. So memory aku berhenti dekat situ. Bila dah nak habis sekolah baru aku teringat-ingat perbualan itu. Aduh! sungguh tidak matang. Kalau aku diberi kesempatan untuk pergi balik pada masa silam aku, aku dah jerit dah. Hei Najihah kecik. Allah lagi besar lah. Hahaha.
  5. Disebabkan Sekolah Al-Amin Bangi di belakang tadika, aku selalu usha-usha sekolah Al-Amin Bangi. Dengan harapan nak sekolah di situ bila besar nanti. Alhamdulillah tercapai juga angan-angan kecil aku itu.
Kalau korang nak hantar adik-adik atau anak-anak di sekolah ini lebih baik korang hantar di Tadika Khalifah dulu. Kerana sekolah itu ada link dengan Al-Amin Bangi dan mengajar basic pembelajaran untuk ke sekolah Al-Amin. Tetapi still kena ada ujian kemasukan kalau nak masuk. Korang boleh rujuk :

2) SMIAAB
3) Blog Tadika Khalifah Bestari

Extra : gambar adik aku yang keempat di Tadika Khalifah Bestari. Semua adik-beradik aku pergi tadika Khalifah Bestari dan Sekolah di Al-Amin Bangi. Nombor dua dari kanan. Yang pakai baju warna merah itu. Yang buat mata sepet tapi tak sepet itu. Yang handsome itu.


3) SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN BANGI


Baiklah. Korang nampak tak budak perempuan pakai baju warna hijau di sebelah kiri poster itu?. Itu adik aku yang kedua. Hahaha.

Ok berbalik kepada sekolah rendah Alabang. Di sini mempunyai nama-nama kelas mengikut nama sahabat nabi dan srikandi islam. Kalau aku dulu, 1 Fatimah, 2 Fatimah, 3 Fatimah, 4 Uthman, 5 Abu Bakar dan 6 Abu Bakar. Sekarang, bukan banyak lagi kelas yang dibina. Aku pun tak tahu apa dia. So aku tanya adik aku yang darjah 1 dan 4 itu. Tak silap aku semua kelas ini tak ada kelas pertama, kedua dan sebagainya.

Tahap 1
  • 1/2/3 Khadijah
  • 1/2/3 Aisyah
  • 1/2/3 Fatimah
  • 1/2/3 Roqayyah
  • 1/2/3 Sa'diah
Tahap 2
  • 4/5/6 Abu Bakar
  • 4/5/6 Umar'
  • 4/5/6 Uthman
  • 4/5/6 Ali
  • 4/5/6 Zaid
Di sekolah ini banyak perkara yang aku belajar. Itulah first time aku dengar pasal ikhtilat. Dan tidak lupa juga kepada diri aku yang sangat nakal masa di sekolah rendah. Maafkan anakmu ibu dan abah. Ya. Anakmu memang nakal. Di sini menurut perhatian aku, kurang ada buli secara fizikal. Di sini buli secara mental. Orang pulau lah, buat tak layanlah dan sebagainya. Sediakan mental korang betul-betul kerana memang banyak dugaan dan cabaran yang menanti anda. Kalau korang nak masuk Al-Amin. 

Baiklah. Baiklah. Sudah penat membaca?. Aku akan berhenti di sini kerana pengalaman di sekolah menengah lagi mencabar. Lagi banyak nak kena tulis. Ok sehingga kita ketemu lagi. Asalamualaikum.

Fun facts : Aku tak tahu bila nak cerita pasal throwback Alabang versi Sek.Men. Tee hee.

2 comments:

  1. aiwah kes trobek ke caner nih..kkk

    ReplyDelete
  2. @Husna Rahman Hahaha throwback sisa-sisa lepas. Semoga bermanfaat

    ReplyDelete