Monday, 8 May 2017

What Does It Feel Like To Be Short 2016

Ditemankan hujan dan satu mentol lampu, (aku mula menaip)

2016 adalah tahun kegemilangan. Tahun kurang tidur malam, telan kopi untuk stay up belajar. Ya. Itu tahun aku menduduki peperiksaan SPM. Tahun itu aku tingkatan 5 dan banyak kisah clishay dan pelik yang aku alami. Gara-gara ketinggianku yang tak berapa nak tinggi ini. Tinggi aku dulu (2016) adalah 139 cm dan mungkin tahun ini (2017) ketinggian aku meningkat kepada 140 cm. Owh yeah. Itu realiti. Mungkin aku akan selama-lamanya 140 cm and it's okay. Smile. Justtt smile.

Kalau pergi majlis kahwin atau melawat rumah kawan parents mesti akan ada yang assume aku ini anak kedua. Memandangkan adik aku badannya tinggi dan besar so tak hairanlah orang ingat dia anak sulung bukan?. Lagi-lagi apabila dapat doorgift. Part paling kelakar adalah aku dapat doorgift genre budak-budak, adik aku pula genre yang adult so. Haha. Apalagi? kitaorang saling bertukar la doorgift yang dapat. Tak kuasa aku asyik dapat gula-gula sahaja.

Of course bila jumpa kawan parents dia akan terkejut dengan umurku yang sangat ketara dengan bentuk tubuhku. Mulalah mereka akan berkata, "Oh, kecilnya...". Perkataan kecil memang sudah sebati dalam hidupku. Ada sahaja orang puji aku dengan perkataan kecil. Lagi! cuba korang bayangkan ada orang tegur kau yang pendek "ehh tak makan banyak sayur ya?. Minum susu tak?" Padahal, kau sendiri dah makan dan berkotak-kotak susu kau sudah minum dengan matlamat positif aku boleh tinggi!. Tapi akhirnya suratan takdir memang menentukan kau akan pendek untuk selama-lamanya. Sungguh ironi. So melalui itu, aku faham perasaan Teme Abdullah dalam buku Arkitek Jalanan m/s 53 Bab 4 : Nasihat. Ya. Aku sungguh faham.

  And maybe you hate something that is good for you and maybe you love something that is bad for you
-Surah Al-Baqarah- 

Aku still boleh pakai baju t-shirt sekolah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sedangkan kawan-kawan aku yang lain tidak boleh. Itu adalah satu kebanggaan. Hahaha. Tambahan pula, kau akan dilayan seperti budak-budak walaupun dengan kawan kau sendiri. Berdiri sahaja mesti ada orang akan letak tangannya di bahu. Usap kepala macam kucing. So mesti korang tertanya-tanya bagaimana aku lari dari situasi macam itu.

Aku marah. Ok gurau sahaja.  Mestilah kena cakap baik-baik kan. Tolak tangannya baik-baik. Tapi ada satu masa itu aku dalam badmood and i just said "janganlah!". Nak buat macammana. Aku manusia bukan kucing yang boleh dibelai macam itu sahaja. Tetapi ada masa juga aku biarkan sahaja, dalam hati berkata "tak apa, tengok nanti aku tinggi. Masa itu kau dah tak boleh usap kepala dan letak tangan kau kat bahu aku dah.". And reality shows that she never ever growing tall forever and ever. The end.

 Short people. We maintain a great perspective on life because we're always looking up. 

Pengalaman di sekolah juga sangat menarik. Setiap kali ada quiz mesti ketinggian aku paling ketara. Angat tangan nak jawab quiz tidak dipandang menyebabkan aku sentiasa ke depan. Ada juga aku lompat dan lambaikan tangan aku. Pelik, dia nampak tak aku nak jawab soalan atau buat-buat tidak nampak?. Kadang-kadang jadi orang pertama yang jawab quiz kerana aku sering menangkap permehatian penyoal dengan kependekkan aku ini. Sungguh menabjukan bukan?.

Itu sahaja kisah aku dan kependekkan aku ini. Semua ini berlaku tahun lepas. Mana la aku ingat semua benda. Sudahla nak SPM pulak itu. Jangan risau kerana tahun ini juga still orang tegur tentang ketinggian aku (walaupun aku sedang mereput di rumah). Nanti aku cerita.
Hujan sudah berhenti. Bye.

 I'm not short. I'm just compact and ridiculously adorable. 

No comments:

Post a Comment