Sunday, 4 June 2017

Masuk Universiti

Hey guys.
Pejam celik pejam celik aku nak masuk universiti dah. Alhamdulillah. Rasa takut memang ada tetapi gerak sahaja. Packing barang alhamdulillah berjalan dengan lancar. Haha aku sekolah swasta yang balik rumah tak tidur asrama. Rasa kekok sangat nak kemas barang lagi-lagi sudah lama tidak ber'camping'. Kah kah kah. Ketawa pilu.

Jadi aku harap selepas aku masuk universiti ini, fikiran aku lebih matang. Nak tulis blog pun ada hikmah dan info yang bermanfaat. Aku akui dalam blog ini tak banyak aku sebarkan maklumat atau pendedahan ilmu. (lagipun aku baru budak hingusan haha). Ok tak ada alasan walaupun kau budak.

Terima kasih kepada follower-follower yang follow blog aku. Walaupun kau terpaksa follow aku kau follow jugak hahaha. Insyallah aku dah follow blog blog korang semua. Adil kan. Kau nak suruh aku apa, comment, blogwalking, kau cakap sahaja dekat chit-chat itu insyallah aku buat. Ok tipu sahaja. Kalau pasal insta dan facebook bagai sorry tak boleh. Aku tak aktif dan malas nak buka kedua app itu. Serius. Sebab itu lah aku hanya join segmen-segmen yang tak ada nak kena follow insta dan fb semua itu.

Kalau kau tertekan nuffnang aku, bagi tahu juga dekat chit-chat nanti aku tolong tekan kau punya. Hahaha. Kalau kau rajin sekalipun bagi tahu aku juga. Nanti aku balas jasa. Then, kalau siapa-siapa yang baru datang and follow aku bagi tahu juga ya. Oh. Selamat berkenalan. Saya Najihah, ini blog saya. Saya suka bla bla bla. Awak suka ini?. Oh saya sempat bla bal bla (tengah cakap dengan follower baru)

Haha aku macam nak tinggaklan wasiat sahaja.

Akhir sekali, korang doa-doakanlah aku diploma selama 3 tahun ini berhasil. Matlamat aku, aku nak PhD sebelum umur 30/31 tahun. diploma pun belum. Kah kah tinggi sangat angan-angan itu. So what kann. Asalkan ada tolakan untuk belajar. Kadang-kadang rasa macam nak matrik sahaja. 3 tahun sekali kan jadi 1 tahun. Hmm. Hmm. Hmmmmmmmmmmm.

Aku masuk universiti swasta. Kan aku tak dapat UPU. (read : Tak dapat UPU ) Nanti kalau rayuan UPU keluar aku fikir balik nak mana. Aku harap pilihan aku itu nanti membolehkan aku capai cita-cita aku untuk tuuuutt. Ok jumpa lagi. Asalamualaikum.

8 comments: