Monday, 19 June 2017

Rindu Ber'curhat'

Disebabkan nak jimat data, Najihah berjalan menuju masjid. Nak guna internet masjid katakan. Jalan jauh dan panas matahari  tidak menjadi penghalang. Korbankan harga dan tenaga. Demi menulis blog tercinta. Aiwahh. Naik tempat rehat muslimat, Najihah mula menulis.

***

Asalamualaikuuuuuuum.
Huhu lama tak jumpa korang semua. Apa khabar? Najihah di sini Alhamdulillah sihat sahaja. Sekarang tak mahu lah cakap aku aku dah. Sebab dalam realiti tak cakap pun aku kau sebenarnya. Haha acah acah sahaja. Alhamdulillah kalau korang ada baca post sebelumnya, Najihah ada mention yang Najihah akan masuk U. So sekarang Najihah dah bergelar mahasiswa. Wahh tepuk tangan!. Najihah masuk KUIS. Sebenarnya. U ini adalah last choice Najihah. Memandangkan Najihah still tak dapat rayuan UPU isnin baru baru ini. Aduh sedih juga ditolak 2 kali tapi Allah knows best. Akhirnya, Najihah terpaksa  dengan rela hati berbekalkan air mata belajar di sini. Drama queen.

Huhu. Jadi menetaplah Najihah di sini.
Untuk minggu pertama, minggu orientasi KUIS sangat best. Taaruf Comitee di sini melakukan perancangan yang terbaik dalam sesi orientasi berjalan. Ia berlaku pada hari ahad, isnin, selasa, sabtu dan ahad. Jangan tanya penat atau tidak kerana ia semestinya penat yang teramat. Dari pukul 4 pagi hingga 10 malam siapa tak penat. Tapi tak apa demi ilmu Najihah sanggup bekorban!. Haha

Jadi, apa yang Najihah buat semasa hari rabu, khamis dan Jumaat?. Itu, Najihah pergi kelas. Part nak pergi kelas inilah culture shock. Bayangkan tiba-tiba kena pergi kelas mengikut jadual yang dia bagi. Jadual dia pun bukan macam sekolah menengah dulu. Nama bilik pula pelik pelik. Kalau di sekolah ada juga nama 5 Ibnu Taimiyyah dan sebagainya. Tapi sekarang BT 1117. Dan nombor-nombornya bukan satu tapi banyak!. Masa itu mula la menggelabah. Portal pelajar selalu buka. Tengok peta cari kelas kat mana. Sebab, Najihah ini mudah sesat. Cari fakulti kat mana. Rasa macam tak nak belajar di sini sahaja. Nak terus fly pergi belajar luar negara hahaha. Lagi sesat kat sana kah kah. Ok gurau je.

Lepas itu, first time tak berbuka puasa dengan family. Tetapi, Alhamdulillah ada 2 orang senior yang baik hati offer ajak keluar KUIS beli kat bazaar luar walaupun dalam U ini pun ada bazaar. Peluang jangan dilepaskan. Roommate Najihah 2 diploma 2 degree. Yang degree itu lah senior yang selalu ajak keluar dengan keretanya. Dan betapa lawaknya sebilik Najihah yang diploma itu nama dia pun Najihah. Hahaha. Tetapi dia kata dia tak selalu guna nama Najihah so dia guna nama depan dia. Mar.

***

Disebabkan masa berbuka sudah hampir, Najihah berlalu pergi beli juadah berbuka di bazaar dan pulang ke asrama. Seorang diri.

1 comment:

  1. wish you all the best with your studies najihah. May be blessed, always.

    ReplyDelete