Hanya Propaganda

Asalamualaikum.
Tak jawab dosa, kalau jawab sayang. Hashtag Peliks Fan.
Sekarang aku sedang menikmati cuti mid-sem. Selepas sahaja cuti, ada mid-term exam. Walaupun ada sedikit perasaan gentar dalam diri tetapi, teruskan sahaja.

***
Di mana lagi aku mahu bercurhat (curahan + hati) melainkan di blogku A Little Light Of Mine. 
Aku ada seorang kawan yang memakai niqab. Dia sangat baik dan gadis yang kuat sukan orangnya. Ya. Dia boleh main pelbagai sukan seperti bola tampar, larian dan sebagainya. Bukan itu sahaja, Semua permainan yang dimainnya, dia mewakili sekolah. Hebatkan?. Siapa kata orang yang berniqab terhad aktivitinya?.

Satu hari, kami berjalan membeli keperluan kami di asrama. Tiba-tiba ada seorang budak menjerit "ninja!" kepada kawanku yang berniqab. Terus dia memandang ke arah lain malu. Berniqab kan tutup semua angota di muka kecuali mata. Memang macam ninja lah jawabnya. Apa yang korang rasa sekiranya berada di tempat aku. Masa itu, aku hanya fikir "oh, budak-budak lama-lama nanti dia tahu lah.". Tetapi, bila aku fikir balik, sebenarnya ramai lagi yang tak kenal islam. Even muslim sendiri pun tak kenal lagi apa itu islam sebenarnya. And that's why we need to learn. Learn everything.

Kawan aku yang berniqab itu pasti malu dikatakan seperti itu tetapi menurut pandanganku. Itulah yang dia perlu hadapi. Tetapi, disebabkan dia kuatlah dia still istiqamah (berterusan) memakai niqab/purdah. Doakan dia supaya kuat. Aku sering terasa dengan permikiran mereka yang aku ragu-ragu kebenarannya. Mereka memakai tudung yang boleh dikatakan pendek. Kemudian dengan bangganya di cakap yang dia dari sekolah agama sendiri yang memakai tudung yang boleh dikatakan labuh dan memerli orang yang bertudung labuh itu sendiri. Aku terasa sangat yang dunia sekarang diputar-belit. Perkara baik dipandang buruk, malah perkara yang buruk dipandang baik pula.. Sungguh pelik.

Namun, apa yang kita nampak di mata tidak semestinya betul. Aku juga ada seorang senior yang bukan bertudung labuh tetapi still auratnya ditutup. Setiap maghrib, mereka akan membaca Al-Quran dan itu mengukuhkan lagi hormat aku kepada mereka. Mereka tidak lokek dalam memberi panduan kepada aku selama 2 bulan aku tinggal di kolej.

Lain orang lain ragamnya. Aku sering perhati bahawa ada segolongan niqabis yang suka mengambil gambar. Nak senang faham selfie lah namanya. Siap menyimpan angan-angan untuk membeli set make-up. Ada lagi yang mencarut. memang tidak sesuai dengan pemakaiannya. Akhlak dan cara pemakaian lain?. tapi still dua perkara ini memberi kesan pada diri. Memakai niqab itu bagus. Tetapi, perlu ditambah sekali dengan ilmu, ikhlas dan iman. Ada sahaja yang memakai purdah ketika sedang solat. Nak buat apa lagi?. tegurlah.

Manusia. kadang-kadang aku lelah. Aku sering melihat orang yang menjaga auratnya orang yang kuat. Tetapi kadang-kadang semua itu propaganda. Aku juga sedih apabila aku post gambar diriku, gambar itu ramai orang like daripada post gambar landscape. Memandangkan zaman sekarang ramai orang post dirinya, tidak semestinya aku perlu mengikut trend itu.

Tetapi. Walaupun semuanya hanya propaganda. Kuatkanlah dirimu. Perbaikilah selagi mana kita rasa ia perkara betul. Alla kulli hal we need to remember that this dunya is temporary.

your maybe future banker,
Nurul Najihah M.A
(a traveller and succesful banker and business woman)

When You're An Introvert And You Joined Debate.

Gambar rakan yang sedang menunjukkan contoh cara perdebatan. Mana Najihah?. Oh Najihah tengah ambil gambar la hahaha.

Sudah lama Najihah menyepi. Ya. Banyak. Terlalu banyak assigment yang perlu dibuat. Alhamdulillah disebabkan Najihah pandai jugala menyusun masa, banyak perkara yang dapat diselesaikan. So guys, duduk di universiti memang kena berdikari sendiri. Tiada ibubapa yang mahu menegur. Pandai-pandai kita nak buat apa. #Najihahdahbesar huhu.

Di Universiti, aku masuk koku debat. Debat?. Bukanke Si Najihah itu Introvert orangnya?. Kenapa mahu masuk debat?. Ya aku memang pemalu. Di sekolah aku kurang bercakap di depan. Kalau presentation itu kacang sahaja. Tapi, disebabkan ada anxiety dan rasa diri ini tidak layak ke depan mulalah gementar, takut orang kata apa dan sebagainya.

Namun sampai bila kita mahu duduk di comfort zone sendiri?.

Aku kagum dengan orang yang pandai berdebat. Aku cemburu dengan keyakinan dan keberanian mereka menyampaikan hujah mereka. Disebabkan itu jugalah semakin lama, semakin aku berani untuk tampil kehadapan. Tak kisah apa orang kata, aku still mahu masuk debat. Aku tak tahu di mana tiba-tiba kekuatan itu datang tetapi yang pasti aku tidak akan sia-siakan kekuatan yang diberikan.

Jadi, tengahari tadi kelas debat aku yang kedua. Aku dan group aku membentangkan presentation yang pertama. Tajuk kami, Pengenalan Struktur Debat. Pada mulanya memang gementar. Bibir tidak boleh duduk diam asyik menggeletar sahaja.

Tetapi.

Aku cuba untuk berusaha memperbaiki diri aku. Alla kulli hal semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun presentation kami tidak sehebat yang lain tetapi itu satu langkah untuk aku dan group aku lebih maju kehadapan. Yang lain punya group presentation mereka sangat gempak. Tabik!.

Experience kedua kelas debat aku rasa, sangat gembira kerana wishlist 2017 aku tercapai. Iaitu mahu masuk debat. Sebenarnya aku masuk debat kerana aku mahu meningkatkan lagi keyakinan komunikasi aku. Kemudian, pendapat aku kalau masuk debat banyak maklumat yang aku akan dapat. Debat kan perlu banyak mencari maklumat. Itu yang aku suka itu.

Apa-apapun aku kagum dengan diriku yang berjaya melangkah keluar dari comfort zone. Aku sangat sangat terharu dengan diriku. Serius.

Kadang-kadang, diri kita mampu untuk melakukan sesuatu yang kita mahu.
Gerak dan percaya sahaja.

your future banker,
Nurul Najihah M.A

Move out your comfort zone. You can only grow if you're willing to feel awkward and uncomfortable when you try something new - Brian Tracy

Finally Got A Laptop

Asalamualaikum.

Sebenarnya sudah lama aku mahu updated blog. Tetapi, seperti semua orang tahu. Kalau duduk di U mesti sibuk sedikit. Nak fokus study, main kokurikulum dan sebagainya. Tetapi kalau perancangan masa bagus, pasti dapat sahaja melakukan semua perkara yang kita mahukan. Kuncinya adalah menepati masa. Dalam surah Al-Asr juga sudah memperingatkan. Hanya diri kita mahu bergerak atau tidak.

Ayah aku membelikan sebuah laptop untuk aku. Jadi sudah boleh aku buat karangan 'Aku Sebuah Laptop." eh, "Komputer Riba". Kah kah semangat sahaja. Sudahlah gembira dapat laptop, warna merah pula itu. Ya Allah bestnya. Terima kasih ibu abah. Setiap kali buka laptop mesti akan cakap, cantiknya warna merah ini. Bestnya warna merah ini. Aku puji tak habis-habis laptop ini. Kalaulah laptop aku itu ada perasaan mesti lagi merah dibuatnya. Tahan malu kononnya hahaha.

Jadi, kalau sudah dapat laptop mesti kena tahu cara jaga laptop bukan?. Mempunyai laptop tetapi tidak tahu cara menjaganya tidak gunanya. Jadi aku ada baca di blog-blog di google ini dan aku dapat membuat kesimpulan.

Cara Menjaga Laptop Tersayang Korang Dengan Baik

1) Pastikan Laptop korang sentiasa sejuk.
Disebabkan laptop menjana banyak haba, maka ia akan menjadi panas. Lebih-lebih lagi menggunakan software yang terbaru. Kesan ini menyebabkan kerosakan pada motherboard korang. Apa itu motherboard?. Ini contohnya.



Kemudian, selain daripada memastikan laptop korang sejuk, anda perlu memastikan laptop korang mempunyai pengudaraan yang baik. Pastikan korang tidak menghalang aliran angin dari kipas laptop kerana di situ adalah hanya satu-satunya ruang udara yang ada.

Jadi, bila mahu menghantar laptop untuk diservis?.
1) Apabila laptop anda panas di bahagian kipas
2) Setiap 6 bulan sekali

Laptop kita still akan memerangkap habuk di bahagian kipas processor. Dan ini memberi kesan kepada laptop korang yang menjadi panas dan kesan kepada motherboard korang. Ini buktinya.


2) Jaga Screen LCD korang

Korang perlu elakkan diri korang daripada main screen LCD korang. Daripada main screen LCD baik layari internet, main game sebagainya. Tak perlu kot naik main Screen LCD kan?, Insyallah.

Jadi, apa kesannya kalau kita ter'main' Screen LCD? Apa jadi?

LCD korang akan ada garisan putih-putih, bergegar-gegar, memaparkan warna merah, hijau atau kuning dan menjadi seperti TV yang rosak. Jadi jagalah baik-baik, kalau tak akan jadi macam ini.

Ada berani?. 
kalau boleh, jangan letak apa-apa di atas laptop. Senang!.

3) Sila cuba untuk tidak menjatuhkan laptop korang.

Pastikan masukkan laptop anda ke dalam beg yang betul-betul boleh menjaga laptop korang. Tidak perlu beg yang cantik tetapi langsung tidak dapat meindungi laptop sendiri bukan?.


4) Menggunakan beg yang selamat untuk laptop anda.

Biasanya, apabila kita membeli laptop, kita akan mendapat sekali beg jenama yang kita beli itu. Beg itu sesuai digunakan untuk meletak dan menyimpan laptop korang. Jangan letak ke dalam beg yang mungkin tidak akan tahan lama. Dengan itu, satu alternatif untuk menjaga laptop kesayangan korang dengan baik. 

Lampiran
1) http://www.okcomputersolution.net/2011/12/tips-tips-umum-menjaga-laptop-anda.html
2) https://profhariz.com/tips-menjaga-laptop/

Aku dapat banyak cara penjagaan laptop. Semoga korang ada dapat informasi sedikit tentang penjagaan laptop ini. Aku bukan profesional dalam bab ini tetapi selagi kita boleh baca dan elakkan perkara buruk berlaku, kita patut lakukan perkara tersebut. Ok Fighting!. kalau korang mahu informasi lebih boleh ruju' di lampiran.

Oh. Korang nak tahu aku pakai laptop apa? 

Doakanlah supaya ia dapat bertahan selama-lamanya insyallah. Doakan tau!.

With sarang,
Nurul Najihah
(One day a CEO of 'a bank')

Bualan Orang Tua di Hari Raya

Tertanya apa yang selalu difikirkan orang tua pada zaman ekonomi yang tak stabil ini, maka aku memasang telinga mendengar luahan dan pendapat mereka sambil makan kuih raya. Omnomnom.

Mereka memberitahu bahawa keadaan ekonomi mereka banyak memberi kesan kepada pekerjaan mereka. Ada satu orang yang berbual dengan ibuku. Berkelulusan Degree di UTP  dalam bidang Engineering. Pelajar cemerlang mungkin. Mendapat biasiswa namun pekerjaannya terjejas kerana masih tiada projek yang boleh dijalankan.

Kisah lain, dia bekerja sebagai arkitek. Rumahnya cantik, citarasanya luas. Namun, sering kali dia berasa risau akan banjir menimpa rumahnya. Mengapa banjir? Adakah longkang masih tidak cukup?. Ataupun semakin meningkat orang membuang sampah dengan tidak berhemah dan berilmu?.

Ada juga, datang beraya dengan perut yang lapar. Kemudian tuan rumah sajikan makanan dan dakwah. Dakwah?. Macammana itu?. Sambil kita makan, sambil dia kata yang makanan itu rezeki kita yang Allah dah rancang untuk kita. Sambil berbual, banyak tuan rumah mengucapkan kebesaran Allah. Subhanallah, Alhamdulillah Allahuakbar. Kata-katanya yang berumpama zikir tidak lekang dari mulutnya. Membuatkan aku setiap kali mengunyah berasa insaf. Serius. Makan pun jadi tidak gelojoh. Hahaha.

Banyak sebenarnya aku dapat bila makan berdekatan dengan orang yang lebih tua daripada kita. Pelbagai pengajaran yang aku dapat. Sekurang-kurangnya aku tidak pulang beraya dengan ilmu yang kosong. Bukan hanya mendapat duit raya sahaja. Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Peace!.

Ditulis dalam dorm dengan tergopoh-gapah kerana mahu jimat data. :')
Kalau tak tulis nanti tidur tak lena. Otak terasa penuh. Huhu. Gurau sahaja.

Suasana Di Bank

Sekarang, Aku sedang tunggu giliran untuk mendapatkan pin ptptn kawanku. Pertama kali datang ke bank tanpa ibu bapa. Mungkin ini dapat membuktikan bahawa aku ini sudah membesar dan menuju ke arah kematangan.

Suasana di Bank adalah suasana yang paling aku kurang gemar . Bukan kerana penjaga kaunter yang sombong. Bukan juga kerana Pak Guard yang bengis. Tapi disebabkan customer yang datang ke Bank. Kenapa customer?

Aku sedih melihat bapa yang tua. Tidak larat untuk berjalan. Tetapi digagahkan kakinya untuk ke Bank. Barangkali membeli ptptn. Ataupun menghantar duit untuk anaknya yang sambung belajar. Ditemani isteri yang sabar. Mereka membawa buku akaun itu dengan harapan masa depan anaknya.

Banyak lagi suasana di sini yang banyak memberikan aku pengajaran. Biarlah ia menjadi pemangkin semangat untuk terus berbakti pada ibu-bapaku  dan belajar bersungguh-sungguh. Bukan sekadar untuk  mendapat pekerjaan yang bagus tapi untuk membantu dunia, menjadi lebih baik.

Nak sedih sedih pun, sekarang aku belajar perbankan juga. Kena masuk Bank juga.

Sudah pukul 11:45 a.m tapi still penjaga kaunter tak panggil no giliran kami lagi. Huhu cepatlah...

Hasilkan Keunikan Anda

Dulu aku pernah baca di surat khabar yang rakyat negara aku malas membaca. Harap-harapnya kesan buku Teme mendapat anugerah menjadi pilihan pembaca nombor 1 menangkis pandanganku yang generasi sekarang ini malas membaca. Hopefully.

Kalau ditanya buku mana yang paling aku suka, semua orang tidak akan hairan kenapa aku pilih buku Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan. Sebenarnya, semakin lama aku masuk ke ipts semakin banyak aku rasa apa yang Teme rasa. Sedikit sebanyak, aku mengikut jalan penyelesaian yang Teme lakukan. Dan ia berjaya.

Aku kagum dan bangga dengan Teme kerana berjaya mengeluarkan 'anak' (buku) yang kontra dengan genre kesukaan remaja iaitu kahwin, cinta dan sebagainya. Dari zaman aku sekolah lagi, apabila bab kahwin diutarakan semua orang bersemangat mendengar dan bertanya tentangnya. Tidak lupa juga di alam universiti. Sama sahaja. Pandanganku, tiada kestabilan pendidikan dan kewangan membuktikan aku masih belum mampu lagi untuk membicarakan tentang alam perkahwinan. Perkahwinan, ia adalah suatu sunnah dan tidak bermakna kita harus lakukannya segera tanpa ilmu di dada.

Teme berhasil mengutarakan genre yang tersendiri dalam menghasilkan buku. Sebenarnya, ramai sahaja penulis-penulis di luar sana yang menulis genre seperti Teme, tetapi mereka tidak berjaya dalam mempromosikannya. Tidak berjaya mengekalkan dalam market dan akhirnya, buku mereka ditenggelamkan.  Buku mereka tersisih. Disebabkan itu juga ramai yang menggunakan nama Islam kerana untuk mendapat tempat di pasaran. Rezeki. Semuanya di tangan Allah.

Sekiranya korang follow instagram aku @nnajihahmamzi . Korang akan mendapati bahawa gambar aku tidak banyak mempunyai gambar selfie aku. Bagiku, tiada sebab untuk aku menghantar gambar aku sendiri yang tidak akan membawa sebarang faedah. Melainkan seseorang itu ada review dan endorsement untuk dikerjakan. Itu aku sokong.

Di instagramku banyak aku hantar gambar hasil tangkapanku. Dan kebanyakannya gambar nature dan scenery yang aku lihat selama aku hidup. Kemudian satu hari, aku terfikir untuk membuat satu Insta yang berlainan iaitu @nnajihahgraphy. Ia bertujuan untuk mengasingkan minatku terhadap photography dan perkembangan semasa.

Tetapi, apabila difikirkan balik. photography yang aku tangkap itulah yang membuatkan aku ini lain daripada yang lain. Inilah keunikanku. Ia menjadi satu ancaman apabila ramai orang disekelilingmu menghantar gambar yang lain daripada kau. Membuatkan kau terasa asing kerana tidak sama genre post  dengan masyarakat yang lain.

Dan akhirnya. Untuk menjaga keunikanku sendiri, aku delete @nnajihahgraphy.

Create your own style. 
Let it be unique for yourself & yet identifiable for others
-Anna Wintour-

Kadang-kadang mungkin kita terlalu melihat keunikan orang lain dan lupa keunikan kita sendiri.

Aku mula berblogging semasa umurku 12 tahun lagi. Sentiasa buat blog yang baru dan ingin menjadi seperti orang lain. Aku hairan kerana tidak boleh mengekalkan blog aku sendiri.. Ternyata aku tersalah kerana tidak appreciate keunikan yang ada padaku.

p/s : Susunan bahasa mungkin sedikit lari gara-gara membaca blog indo dan menulis dalam bahasa melayu dalam pada yang sama. Well, who cares?.