Friday, 7 July 2017

Bualan Orang Tua di Hari Raya

Tertanya apa yang selalu difikirkan orang tua pada zaman ekonomi yang tak stabil ini, maka aku memasang telinga mendengar luahan dan pendapat mereka sambil makan kuih raya. Omnomnom.

Mereka memberitahu bahawa keadaan ekonomi mereka banyak memberi kesan kepada pekerjaan mereka. Ada satu orang yang berbual dengan ibuku. Berkelulusan Degree di UTP  dalam bidang Engineering. Pelajar cemerlang mungkin. Mendapat biasiswa namun pekerjaannya terjejas kerana masih tiada projek yang boleh dijalankan.

Kisah lain, dia bekerja sebagai arkitek. Rumahnya cantik, citarasanya luas. Namun, sering kali dia berasa risau akan banjir menimpa rumahnya. Mengapa banjir? Adakah longkang masih tidak cukup?. Ataupun semakin meningkat orang membuang sampah dengan tidak berhemah dan berilmu?.

Ada juga, datang beraya dengan perut yang lapar. Kemudian tuan rumah sajikan makanan dan dakwah. Dakwah?. Macammana itu?. Sambil kita makan, sambil dia kata yang makanan itu rezeki kita yang Allah dah rancang untuk kita. Sambil berbual, banyak tuan rumah mengucapkan kebesaran Allah. Subhanallah, Alhamdulillah Allahuakbar. Kata-katanya yang berumpama zikir tidak lekang dari mulutnya. Membuatkan aku setiap kali mengunyah berasa insaf. Serius. Makan pun jadi tidak gelojoh. Hahaha.

Banyak sebenarnya aku dapat bila makan berdekatan dengan orang yang lebih tua daripada kita. Pelbagai pengajaran yang aku dapat. Sekurang-kurangnya aku tidak pulang beraya dengan ilmu yang kosong. Bukan hanya mendapat duit raya sahaja. Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Peace!.

Ditulis dalam dorm dengan tergopoh-gapah kerana mahu jimat data. :')
Kalau tak tulis nanti tidur tak lena. Otak terasa penuh. Huhu. Gurau sahaja.

No comments:

Post a Comment

Blog This Little Light Of Mine hanyalah blog personal milik Nurul Najihah, di blog ini hanya menceritakan cerita harian Nurul Najihah, keluarga, Kawan-kawan, tentang review buku dan juga pengalaman di universiti. Segala post ini ditulis Nurul Najihah kecuali yang dinyatakan pemiliknya. Anda semua dilarang copy paste entry yang ditulis Nurul Najihah.

Sekian terima kasih. Have a nice day!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...