6 In Our Eyes 7 In Our Hearts

Officially 18

Asalamualaikum.

Semalam semalam (27/8) hari jadi aku yang ke-18. Wah! Sekejap sungguh masa berlalu. Dah masuk universiti~ dah hari jadi.  So nak dijadikan cerita semalam, di menara gading tak ramai mana pun tahu birthay aku. Yang tahu hanya jiran roommate, kawan yang selalu berdamping di U. Itu sahaja. hahaha. Semalam juga duit aku tinggal telur. Tinggal kosong. Lepastu ada satu masa bila aku beli nasi lemak ayam aku terlupa yang aku tak ada dah duit. Damn.

Haha #studentlife kot. Memang macamni ke apa.
So dengan kudrat yang ada aku pergi juga bank. Nak cocok duit. Nak makan. lapar huhu.
Akhirnya dapat juga makan. Alhamdulillah. Sebenarnya kan. Bukan tak ada duit langsung. Tapi sebenarnya malas nak pergi bank keluarkan duit.Tee heeee.

Semalam juga masa aku mahu berjalan ke kelas ada seorang kawan debat tegur aku.
"Najihah! nampak cantik hari ini"
Respon aku macam 'ha?." apa dia merepek pagi buta ini?. bayangkan! nak ke kelas tetibe Boosh!.
Baru aku ingat yang semalam hari jadi aku. So aku dah meningkat remaja. so kalau remaja mestilah cantik. Kan?. Kan? Ok merapu je.

Aku pun senyum kerang hahaha. Sampai sahaja ke kelas kawan aku tegur yang poket jubah aku terkeluar. Ok ini malu, Kawan aku yang tegur aku cantik tadi itu perli ke apa hahaha.

Ingat tak yang aku kata tak ada duit itu?. Masa maghrib semalam ayah aku ajak berbuka puasa dengan dia. Hahaha jimat duit aku. So pergilah kami berdua berdating di kedai DQaseh berdekatan dan makan sate. Sedap!. Just bawang dia je jurang memuaskan. Berkat hari jadi kau + solat dhuha. hahaha.

Sebelum itu, sebelum itu,
sebelum aku berbuka puasa dengan ayah aku. kak Farah senior roommate aku buat suprise!. Dia bagi kek secret recipe. memang fuhh sedap gila. Terima kasih Kak farah. First time orang yang buat aku suprise begitu selain ahli keluarga sendiri. Huhu terharu.

So bye bye lah semua. Dah malam dah ini. esok kelas pukul 8. Ngeeee. Asalamualaikum.
Your officially 18, Nurul Najihah

Today Is My Birthday

Asalamualaikum.

Di hari yang mulia ini (mulia sebab hari lahir saya 😝+ hari ahad). Aku ingin bercurhat, mangarut dan sebagainya. Jadi, hari ini 27 Ogos 2017 adalah hari aku. Dulu aku pernah mengidam (?) untuk lupa tentang hari jadi aku. Akhirnya menjadi!. Tak, tak bukan tak nak ingat birthday sendiri tapi nak merasa juga kata 'eh, hari jadi aku rupanya esok'. Menjadi guys menjadi...


Semalam baru aku teringat hari ini hari jadi aku. Mungkin lupa birthday sendiri sebab banyak sangat assigment nak dilakukan. Sudahlah tiada study week. Huhu.

So bila birthday kau, kau kenalah ingat pengorbanan ibu kau melahirkan kau. Abah kau menjaga makan minum kau. Jadi, belajarlah sungguh-sungguh dalam ipts/ipta.


Kenapa google berbentuk lilin?. Adakah pihak Google ingin menyambut hari jadi aku juga?. Wah! kagumnya!.

Ok straight to the point. Sebenarnya bila aku tekan google.
August 27 is the 239th day of the year (240th in leap years) in the Gregorian calendar. There are 126 days remaining until the end of the year. This date is slightly more likely to fall on a Monday, Thursday or Saturday (58 in 400 years each) than on Tuesday or Wednesday (57), and slightly less likely to occur on a Friday or Sunday (56).
 Baiklah. Disebabkan final exam dah nak dekat, Baik aku chaw dulu. Asalamualaikum!.
your future bankertraveller.

Business Accounting Test and Meet Ustaz Haslin & Shamsul Ghau Ghau


Asalamualaikum.
Wah. Kagum tak tengok poster-poster di atas?.😎Semalam malam aku ada test Business Accounting. Pukul 8:00p.m-10:00p.m. Masa itu tak fikir dah nak jumpa Ustaz Bollywood.πŸ˜– Tak fikir dah nak tengok depan mata En.Shamsul Ghau Ghau. Haha so tengah fikir macammana nak kasi seimbang trial balance ini. Alhamdulillah.😊

Jadi tepat (tak tepat sangat pun sebab aku keluar awal dari dewan peperiksaan) pada pukul 10:00 p.m, kami sudah habis exam. Tunggu kawan-kawan yang lain dan pergi ke Ekstival ke-20 KUIS. Di Astaka Perdana (or mahasiswa/wi KUIS panggil Dewan PKK) forum ini dah mula. Kami beli satu kuih iaitu kuih denderam = kuih peniaram = kuih keling (RM5 1 paket) untuk dijadikan popcorn sambil mendengar kata-kata orang di pentas.😁

Mereka membincangkan tentang mentaliti remaja sekarang yang mudah terbawa-bawa dengan viral. Mereka suka akan perkembangan semasa tetapi ditenggelamkan oleh arus kemodenan. Keluar i-phone baru, terus nak beli. Kenapa?. Kerana diorang nak stick dengan hipster. Stick dengan fashion. Sikit-sikit nak viral sana sini. Sikit-sikit nak kecam orang.

Sekarang remaja suka akan hiburan gosip-gosip artis. Ustaz kata, tugas student sekarang adalah BELAJAR. Gosip artis semua itu tolak ke tepi. Layari internet semua itu hanya dengan tujuan untuk belajar dan tambah maklumat. Budak zaman sekarang sudah ada peluang untuk belajar tetapi tidak menggunakanyya. Mereka mahu sahaja shortcut terus untuk berjaya. Nak dekan tetapi tak nak ulangkaji. Nak dekan tetapi tak mahu siapkan assigment dan tak mahu datang ke kelas. Orang kita tak mahu usaha lebih tetapi nak pulangan yang cepat dan untung. 


Ambillah peluang if you want to change your life. Ustaz juga ada pesan. Masa 9 Zulhijjah hari kita sambut merdeka, jom puasa. Jom!


Ada ke shortcut untuk berjaya?.
Tak ada!. Ustaz Haslin ada cerita pengalamannya belajar di India. First year ustaz berada di situ sudah asma. Sebab air pollution dia kat sana tak terlalu baik. Dulu semua orang berpakat nak pergi jordan. Tetapi di Pakistan, universiti yang ustaz menuntut pelajaran ini free. Masa itu, memang ustaz kata nak balik Malaysia!. Tetapi, tanpa putus asa, ustaz teruskan juga. 
Apa yang kita dapat daripada pengajaran dari pengalam Ustaz Haslin?.

Jangan putus asa.

En.Shamsul Ghau Ghau ada juga berkata. Anak-anak yang mendengar cakap ibu bapa adalah kerana solat tahajud ibu bapa itu. Kalau student nak berjaya, pointer tinggi, student perlu solat tahajud. Banyak kebaikan solat tahajud bukan?.

Apabila soal sesi menjawab dibuka. Ada seorang mahasiswi bertanya apa yang dia perlu lakukan apabila emaknya memaksanya untuk mengambil kos perguruan walaupun dirinya tidak minat akan kos itu?.

Jawab ustaz : Sami'na wa ato'na!
Dengar sahaja apa yang ibu bapa kata. Walaupun kita tak minat, walaupun kita tak suka. Dengar sahaja. Allah tidak akan boring dengan kita selagi kita boring dengan apa yang kita lakukan. Apa-apapun dengar sahaja kerana! kalau kita dengar kata semoga segala apa yang kita belajar itu Allah redha dan berjaya.

Apabila aku fikir balik, aku juga mengalami situasi begitu. Aku mahu mengambil kos sejarah islam. Angan-angan aku mahu belajar di Turki. Tetapi akhirnya pejam celik pejam celik. Aku berada di KUIS dan mengambil kos Perbankan Islam. Nampak tak kontranya di situ Perbankan Islam dan Sejarah Islam (even though ada islam kat belakang itu tapi you know la what i meant right?) Jujur aku kata, aku takut aku tak boleh bawa dengan kos ini. Tetapi tak tahu kenapa, rasa macam mudah sahaja. Akaun yang dulu aku pernah fed-up kat sekolah tetapi di Universiti, aku tidak putus asa. Mungkin itu berkat aku ikut sahaja kata-kata ibu bapa. So kawan-kawan yang seusia dengan aku. Dengarlah kata ibu bapa selagi tak keluar dari ajaran islam.πŸ’ͺ

Kemudian ada juga seorang mahasiswa bertanya kepada ustaz. Bagaimana kita mahu survive apabila terdapat banyak sangat pendapat-pendapat yang berlainan antara orang yang alim-ulama'?.
Ustaz menegur bahawa :
kalau bab fikah, tak payah nak bergaduh. Jangan rasa pendapat dia sahaja yang betul. Ada banyak pandangan. Selain 4 mazhab yang terkenal, ada lagi mazhab-mazhab lain sebenarnya. Remaja jangan kecam. 

Jadi tepat dalam pukul 11 lebih, forum itu berakhir. Banyak sangat penlajaran yang aku dapat sebenarnya. Ustaz juga ada pesan, kalau remaja ada masuk group yang tak ada kena mengena dengan belajar, WAJIB left group.

p/s : Sanggupkah kita?. 😜

Bila Kau Nak Belajar Tapi


Sekarang pukul 12:59 a.m. Dan aku tak hafal lagi pengucapan awam untuk kelas debat esok. Esok kan hari Ahad. Ya. Aku ada kelas ganti dan sekarang rasa mengantuk sangat-sangat. Baca blog orang lain tak henti-henti. Aduhaiii. I need to study.


Habislah, tak tahu macammana untuk pembentangan debat esok. Tolonglah. Kalau korang nak tahu, tajuk pengucapan awam aku adalah Idola Penentu Masa Depan Bangsa. Aku ada buat karangan itu dan mendapat rujukan dari blog-blog yang lain. Jadi rasanya kalau korang nak tambah lagi ilmu korang, korang search sahaja tajuk itu dan banyak maklumat tentangnya.


So, kalau aku tak nak berjaya dan buat pembentangan dengan elok untuk esok aku dah tidur dah sekarang ini. Nasib life kejutkan aku macam dalam gambar gif di atas. Bila lagi kita mahu bermimpi bukan?. so cepat-cepatla aku kena hafal dan masuk tidur. Biiznillah!

Kehidupan Di Universiti


Sudah 3 bulan aku berada di universiti. Sekejap sangat masa berlalu. Ada juga kawan yang sudah bertunang. Aduh! tak tahu kenapa, tetapi rasa macam diri ini masih terlalu muda untuk bertunang. Lagi-lagi berkahwin. Kita baru 18 tahun kot. Kalau aku, aku mahu belajar dahulu. Lupakan tentang kahwin, aku dah rasa asam garam manis pahit bila berada di universiti. Penat cari kelas, duit jimat cermat. Kalau ada orang hutang dengan kita, pasti ingat berapa dia hutang walaupun satu sen. Nampak sangat memang perlukan duit untuk survive di universiti. Kadang-kadang, tak perlu nak selalu mintak dengan parents duit kan?.

Lagi-lagi kau anak sulung. Mesti kau dah lali tahu apa itu tanggujawab dan amanah. Masa yang sangat beharga. Kalau dulu, boleh sahaja nak buang masa. Eh. Tetapi di universiti tidak boleh. Berlambak assigment yang kau perlu siapkan. Presentation yang kau perlu bersedia. Kertas kerja yang belum dihantar. Jadi, pandai-pandailah korang uruskan masa. Salah satu cara aku buat untuk always stay in the line, aku plan dalam planner. Dengan itu, banyak juga kau boleh tahu apa kerja yang kau dah siap, dan kerja yang kau belum siap.

Di Universiti juga, aku belajar untuk kawal nafsu aku untuk selalu main internet. Contohnya media sosial kegemaran aku adalah Instagram. Ada sahaja awan cantik, aku tangkap dan post di Insta. Landscape yang cantik, matahari terbit, semua itu kadang-kadang menjadi punca utama kenapa kita tak banyak siap assigment. So, apa yang aku buat adalah aku delete insta. Balik sahaja rumah, wifi laju, install balik Insta dan hantar semua gambar yang aku tangkap semasa di U. Bila balik U balik, aku delete. Hahaha. Tetapi itu sedikit sebanyak tak buat aku untuk selalu ketagih tengok Hp.

Tambahan pula, kita boleh jimat data kalau tak guna banyak sangat app. Yang selalu aku guna adalah whatsApp. Game langsung aku tak download. 5 minggu lagi aku nak Final untuk semester 1 Perbankan Islam. So, aku cabar diri aku untuk tidak buka Insta. Tetapi kan, kadang-kadang apabila aku banyak sangat tengok hp, aku terasa ingin muntah. Serius. So, sebab itu juga aku akan delete Insta. 

Aku tak tahu kenapa, ramai pelajar yang suka bangun lewat pagi. Kenapa ya?. Kelas pukul 8, mereka cakap terlalu awal. Dah itu, masa sekolah dulu itu bangun bersiap untuk ke sekolah pukul 6 boleh pula ya?. Aku just harap sahaja penyakit bangun lewat itu tak terjangkit kat aku. Pasti aku akan rasa sangat menyesal kerana dengan masa itu, aku boleh buat perkara lain yang lagi berfaedah. 

Ramai orang beranggapan bahawa kalau duduk di universiti mereka akan bebas. Aku pun fikir sebegitu. Tetapi parents aku tidak berfikiran begitu. Bayangkan, nak balik rumah menggunakan ktm pun teraga-agak untuk bagi. Akhirnya balik dengan parents sahaja. tak naik ktm. Nak keluar makan ke Mines dengan kawan-kawan pun ditanya pelbagai soalan seperti di soal siasat pegawai polis pula. Kadang-kadang aku ada juga rasa cemburu dengan kawan yang lain. Parents diorang kasi sahaja berjalan, membeli-belah dan sebagainya. Tetapi, disebabkan itu semualah aku bersyukur kerana tidak terasa untuk keluar berjalan-jalan. Tidak terasa untuk menggunakan duit untuk membeli-belah. membazir duit tengok panggung wayang,  bayar sewa kereta lagi. Aku bersyukur sangat dapat parents yang strict.

Semasa aku inform dekat kawan aku yang aku tak boleh pergi Mines sebab parents aku tak kasi, ada juga yang menyuruh aku merayu. Tetapi aku tak mahu. Kerana yang pertama, memang aku ada rasa malas untuk keluar. Yang kedua, kalau parents tak kasi, jadi dengarlah sahaja kata parents. Aku tak nak nanti kalau aku pergi tanpa beritahu ibubapa atau tidak diberi keiizinan, segala perbuatan yang aku buat masa itu, Allah tak redha. Bayangkan kehidupan korang sekiranya tidak diredhai pada masa itu?. Dengarlah kata parents korang setiap masa. jangan menyesal pula apabila anak korang semua buat perkara yang sama kau buat pada parents kau dulu.

Kalau kau diberi 2 pilihan, family dan friends. mana kau akan pilih?.
Aku mahu pergi Mines untuk reunion dan makan di kedai korea dengan kawan-kawan. So, masa itu parents tak kasi dan suruh aku balik rumah. Nak tak nak kena dengar cakap parents. Bila parents datang ambil di asrama, mereka kata nak makan di kedai Korea. Masa itu perasaan aku sangat gembira. Tak makan dengan kawan di kedai korea, makan dengan family pun boleh~

Aku ada juga rasa bersalah kerana takut taste parents aku tak sesuai dengan makanan-makanan korea ini. Kita kan Malaysia. Mestilah lagi suka makan makanan tradisional bukan?. Tetapi aku terharu kerana mereka bawa makan aku dan asik-beradik di situ. Apa-apapun, family first.

Kadang-kadang aku sedih juga apabila ramai budak-budak zaman sekarang lebih meluangkan masanya dengan kawan daripada family. Ambil gambar post kat insta, banyak gambar kawan. Family pula?. Walaupun kita di universiti, jangan ingat kita sudah lepas dari banyak tanggujawab. Tanggujawab sebagai abang, kakak, dan adik. Kau kena laksanakan amanah itu walaupun di mana-mana sahaja.

Your future banker,
Cahaya Berjaya. M.A

Merdeka!Merdeka! Lazada Blogger Contest

Asalamualaikum.


KLIK SINI UNTUK JOIN!!!
AMARAN KEPADA SESIAPA YANG BELUM JOIN CONTEST MERDEKA! MERDEKA! BLOGGER CONTEST. SILA SERTAI PERTANDINGAN INI SEBELUM 31 AUGUST 2017. ANDA PASTI TIDAK AKAN MENYESAL!!!

Kembali lagi dalam contest yang aku selalu masuk. Iaitu contest yang dibuat Lazada. Hahaha. Jom ramai-ramai memeriahkan lagi hari anda dengan Lazada. Ish, asyik-asyik Lazada Blogger Contest sahaja contest yang aku masuk. (Siapa suruh Lazada buat contest yang best-best 😝) So, aku dah masuk untuk Birthday Contest, Ramadhan Contest dan sekarang, untuk Merdeka punya contest pula.Yeayy!.

Jom, jom tengok apa soalan Encik Lazada kali ini. 😊

 a. What do you love about being Malaysian? 
Menjadi seorang warganegara Malaysia adalah satu kelebihan. Iaitu dapat hidup dalam satu negara yang mempunyai pelbagai bangsa,budaya dan agama. Cuba lihat di negara lain, ada ke macammani?. Ramai orang luar sering berkunjung ke Malaysia untuk menikmati pelbagai makanan-makanan tradisional. Roti canai, Nasi Lemak, Dim Sum dan sebagainya. Dan sejujurnya, makanan favourite aku adalah nasi lemak. Serius! Kalau dulu, memang 1 bungkus nasi lemak tidak cukup buat aku. Aku perlukan 2 bungkus!. Kalau aku belajar di luar negara nanti, aku akan pastikan aku sudah mahir dalam memasak Nasi lemak yang sedap. Apa-apapun, aku bangga menjadi Malaysian.


 b. Choose your favorite local brand here : http://www.lazada.com.my/malaysian-brands/


 c. Select two product from that brand that you love. The Article must contain screenshots of the products mentioned. 



 Kalau korang ada baca salah satu post lepas tentang Contest Lazada, mesti korang tahu aku memang nak beli kamera ini dari dulu lagi. Tunggu masa sahaja. Ada duit lebih insyallah nanti aku beli benda ini kat Lazada. Nothing is imposible!.


JADI! APA TUNGGU LAGI? JOMLAH JOIN CONTEST INI!!!


Prizes – Merdeka!Merdeka! Blogger Contest


 1st Prize: 1 x RM600 
 2nd Prize: 2 x RM300 
 3rd Prize: 3 x RM200 


TUNGGU APA LAGI? JOIN SAHAJALAH!!!

Salam Jumaat


Curhat (curahan + hati)

12:29 a.m di mana sepatutnya mengikut jadualku. Aku perlu tidur. Mengantuk tetapi aku rasa aku perlu post sesuatu. Maka terbitlah post ini.

Nak dijadikan cerita, hari ini aku tiada kelas langsung. Tetapi, tiada kelas bukan bermakna boleh tidur di dalam bilik sepanjang masa. Aku perlu renew lesen kereta di pejabat pos. Kebetulan senior aku Kak Syamimi ajak keluar makan breakfast. Menggunakan keretanya, kami pun ke pejabat pos dan makan roti canai telur di kedai mamak.

Selama 4 bulan aku berada di alam universiti, aku rasa diri aku semakin berubah. Aku tidak lagi mengharapkan semua masalah aku untuk ibubapa aku selesaikan. Aku selesaikan sendiri. Pergi berurusan dengan bank sendiri, pergi renew lesen sendiri. Walaupun banyak lagi aku perlu belajar, tetapi aku bersyukur kerana diri aku kini lebih yakin bermuamalah dengan orang.

Pendek kata, aku bangga dengan diri aku. Semoga akan datang nanti aku boleh buat perkara yang lebih mencabar dengan tenang dan matang. Jangan lupa untuk pastikan hari anda hari ini lebih baik daripada semalam. Ok?. 😊. Your future banker, Nurul Najihah.

Just Be Yourself




BACA LAGI

POPULAR POST