Thursday, 24 August 2017

Business Accounting Test and Meet Ustaz Haslin & Shamsul Ghau Ghau


Asalamualaikum.
Wah. Kagum tak tengok poster-poster di atas?.๐Ÿ˜ŽSemalam malam aku ada test Business Accounting. Pukul 8:00p.m-10:00p.m. Masa itu tak fikir dah nak jumpa Ustaz Bollywood.๐Ÿ˜– Tak fikir dah nak tengok depan mata En.Shamsul Ghau Ghau. Haha so tengah fikir macammana nak kasi seimbang trial balance ini. Alhamdulillah.๐Ÿ˜Š

Jadi tepat (tak tepat sangat pun sebab aku keluar awal dari dewan peperiksaan) pada pukul 10:00 p.m, kami sudah habis exam. Tunggu kawan-kawan yang lain dan pergi ke Ekstival ke-20 KUIS. Di Astaka Perdana (or mahasiswa/wi KUIS panggil Dewan PKK) forum ini dah mula. Kami beli satu kuih iaitu kuih denderam = kuih peniaram = kuih keling (RM5 1 paket) untuk dijadikan popcorn sambil mendengar kata-kata orang di pentas.๐Ÿ˜

Mereka membincangkan tentang mentaliti remaja sekarang yang mudah terbawa-bawa dengan viral. Mereka suka akan perkembangan semasa tetapi ditenggelamkan oleh arus kemodenan. Keluar i-phone baru, terus nak beli. Kenapa?. Kerana diorang nak stick dengan hipster. Stick dengan fashion. Sikit-sikit nak viral sana sini. Sikit-sikit nak kecam orang.

Sekarang remaja suka akan hiburan gosip-gosip artis. Ustaz kata, tugas student sekarang adalah BELAJAR. Gosip artis semua itu tolak ke tepi. Layari internet semua itu hanya dengan tujuan untuk belajar dan tambah maklumat. Budak zaman sekarang sudah ada peluang untuk belajar tetapi tidak menggunakanyya. Mereka mahu sahaja shortcut terus untuk berjaya. Nak dekan tetapi tak nak ulangkaji. Nak dekan tetapi tak mahu siapkan assigment dan tak mahu datang ke kelas. Orang kita tak mahu usaha lebih tetapi nak pulangan yang cepat dan untung. 


Ambillah peluang if you want to change your life. Ustaz juga ada pesan. Masa 9 Zulhijjah hari kita sambut merdeka, jom puasa. Jom!


Ada ke shortcut untuk berjaya?.
Tak ada!. Ustaz Haslin ada cerita pengalamannya belajar di India. First year ustaz berada di situ sudah asma. Sebab air pollution dia kat sana tak terlalu baik. Dulu semua orang berpakat nak pergi jordan. Tetapi di Pakistan, universiti yang ustaz menuntut pelajaran ini free. Masa itu, memang ustaz kata nak balik Malaysia!. Tetapi, tanpa putus asa, ustaz teruskan juga. 
Apa yang kita dapat daripada pengajaran dari pengalam Ustaz Haslin?.

Jangan putus asa.

En.Shamsul Ghau Ghau ada juga berkata. Anak-anak yang mendengar cakap ibu bapa adalah kerana solat tahajud ibu bapa itu. Kalau student nak berjaya, pointer tinggi, student perlu solat tahajud. Banyak kebaikan solat tahajud bukan?.

Apabila soal sesi menjawab dibuka. Ada seorang mahasiswi bertanya apa yang dia perlu lakukan apabila emaknya memaksanya untuk mengambil kos perguruan walaupun dirinya tidak minat akan kos itu?.

Jawab ustaz : Sami'na wa ato'na!
Dengar sahaja apa yang ibu bapa kata. Walaupun kita tak minat, walaupun kita tak suka. Dengar sahaja. Allah tidak akan boring dengan kita selagi kita boring dengan apa yang kita lakukan. Apa-apapun dengar sahaja kerana! kalau kita dengar kata semoga segala apa yang kita belajar itu Allah redha dan berjaya.

Apabila aku fikir balik, aku juga mengalami situasi begitu. Aku mahu mengambil kos sejarah islam. Angan-angan aku mahu belajar di Turki. Tetapi akhirnya pejam celik pejam celik. Aku berada di KUIS dan mengambil kos Perbankan Islam. Nampak tak kontranya di situ Perbankan Islam dan Sejarah Islam (even though ada islam kat belakang itu tapi you know la what i meant right?) Jujur aku kata, aku takut aku tak boleh bawa dengan kos ini. Tetapi tak tahu kenapa, rasa macam mudah sahaja. Akaun yang dulu aku pernah fed-up kat sekolah tetapi di Universiti, aku tidak putus asa. Mungkin itu berkat aku ikut sahaja kata-kata ibu bapa. So kawan-kawan yang seusia dengan aku. Dengarlah kata ibu bapa selagi tak keluar dari ajaran islam.๐Ÿ’ช

Kemudian ada juga seorang mahasiswa bertanya kepada ustaz. Bagaimana kita mahu survive apabila terdapat banyak sangat pendapat-pendapat yang berlainan antara orang yang alim-ulama'?.
Ustaz menegur bahawa :
kalau bab fikah, tak payah nak bergaduh. Jangan rasa pendapat dia sahaja yang betul. Ada banyak pandangan. Selain 4 mazhab yang terkenal, ada lagi mazhab-mazhab lain sebenarnya. Remaja jangan kecam. 

Jadi tepat dalam pukul 11 lebih, forum itu berakhir. Banyak sangat penlajaran yang aku dapat sebenarnya. Ustaz juga ada pesan, kalau remaja ada masuk group yang tak ada kena mengena dengan belajar, WAJIB left group.

p/s : Sanggupkah kita?. ๐Ÿ˜œ

No comments:

Post a Comment