Friday, 18 August 2017

Curhat (curahan + hati)

12:29 a.m di mana sepatutnya mengikut jadualku. Aku perlu tidur. Mengantuk tetapi aku rasa aku perlu post sesuatu. Maka terbitlah post ini.

Nak dijadikan cerita, hari ini aku tiada kelas langsung. Tetapi, tiada kelas bukan bermakna boleh tidur di dalam bilik sepanjang masa. Aku perlu renew lesen kereta di pejabat pos. Kebetulan senior aku Kak Syamimi ajak keluar makan breakfast. Menggunakan keretanya, kami pun ke pejabat pos dan makan roti canai telur di kedai mamak.

Selama 4 bulan aku berada di alam universiti, aku rasa diri aku semakin berubah. Aku tidak lagi mengharapkan semua masalah aku untuk ibubapa aku selesaikan. Aku selesaikan sendiri. Pergi berurusan dengan bank sendiri, pergi renew lesen sendiri. Walaupun banyak lagi aku perlu belajar, tetapi aku bersyukur kerana diri aku kini lebih yakin bermuamalah dengan orang.

Pendek kata, aku bangga dengan diri aku. Semoga akan datang nanti aku boleh buat perkara yang lebih mencabar dengan tenang dan matang. Jangan lupa untuk pastikan hari anda hari ini lebih baik daripada semalam. Ok?. 😊. Your future banker, Nurul Najihah.

No comments:

Post a Comment

Blog This Little Light Of Mine hanyalah blog personal milik Nurul Najihah, di blog ini hanya menceritakan cerita harian Nurul Najihah, keluarga, Kawan-kawan, tentang review buku dan juga pengalaman di universiti. Segala post ini ditulis Nurul Najihah kecuali yang dinyatakan pemiliknya. Anda semua dilarang copy paste entry yang ditulis Nurul Najihah.

Sekian terima kasih. Have a nice day!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...