Officially 18

Asalamualaikum.

Semalam semalam (27/8) hari jadi aku yang ke-18. Wah! Sekejap sungguh masa berlalu. Dah masuk universiti~ dah hari jadi.  So nak dijadikan cerita semalam, di menara gading tak ramai mana pun tahu birthay aku. Yang tahu hanya jiran roommate, kawan yang selalu berdamping di U. Itu sahaja. hahaha. Semalam juga duit aku tinggal telur. Tinggal kosong. Lepastu ada satu masa bila aku beli nasi lemak ayam aku terlupa yang aku tak ada dah duit. Damn.

Haha #studentlife kot. Memang macamni ke apa.
So dengan kudrat yang ada aku pergi juga bank. Nak cocok duit. Nak makan. lapar huhu.
Akhirnya dapat juga makan. Alhamdulillah. Sebenarnya kan. Bukan tak ada duit langsung. Tapi sebenarnya malas nak pergi bank keluarkan duit.Tee heeee.

Semalam juga masa aku mahu berjalan ke kelas ada seorang kawan debat tegur aku.
"Najihah! nampak cantik hari ini"
Respon aku macam 'ha?." apa dia merepek pagi buta ini?. bayangkan! nak ke kelas tetibe Boosh!.
Baru aku ingat yang semalam hari jadi aku. So aku dah meningkat remaja. so kalau remaja mestilah cantik. Kan?. Kan? Ok merapu je.

Aku pun senyum kerang hahaha. Sampai sahaja ke kelas kawan aku tegur yang poket jubah aku terkeluar. Ok ini malu, Kawan aku yang tegur aku cantik tadi itu perli ke apa hahaha.

Ingat tak yang aku kata tak ada duit itu?. Masa maghrib semalam ayah aku ajak berbuka puasa dengan dia. Hahaha jimat duit aku. So pergilah kami berdua berdating di kedai DQaseh berdekatan dan makan sate. Sedap!. Just bawang dia je jurang memuaskan. Berkat hari jadi kau + solat dhuha. hahaha.

Sebelum itu, sebelum itu,
sebelum aku berbuka puasa dengan ayah aku. kak Farah senior roommate aku buat suprise!. Dia bagi kek secret recipe. memang fuhh sedap gila. Terima kasih Kak farah. First time orang yang buat aku suprise begitu selain ahli keluarga sendiri. Huhu terharu.

So bye bye lah semua. Dah malam dah ini. esok kelas pukul 8. Ngeeee. Asalamualaikum.
Your officially 18, Nurul Najihah

4 comments:

Baca lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...