Saturday, 28 October 2017

I Do Like Anime

Anime. Apa maksud anime?.
an·i·me
ˈanəˌmā/
noun
  1. a style of Japanese film and television animation, typically aimed at adults as well as children. - Google

Aku pun ada juga minat anime ini. Tapi setiap kali aku tengok mesti ibu aku kata. Tengok kartun lagi ke. Huhuhu. Taklah ibu. Anime, dia punya graphy memang macam yang kartun itu. Tapi, kebanyakan cerita dia cerita orang besar. Serius!. Jadi tak hairanlah walaupun dah ada anak still tengok anime. Hehe. Ini list anime yang aku suka suka suka sangat!.

1) Detective Conan



2) Kimi No WaWa



3) Death Note (real life)



Sekian. Have a great day!

Thursday, 19 October 2017

1st Analifestyles Giveaway


Asalamualaikum. Segmen lagi yeayy. Sejak semester break ini, rajin pula aku join segmen-segmen ini. Apa-apapun, selain dapat tambah lagi kenalan, kita dapat hadiah kalau ada rezeki. So, Jom! ramai-ramai sertai giveaway yang menarik ini!.

Hehe, tetapi korang mesti nak tahu juga hadiah apa yang akan diberikan kan? Hadiah dia best! jadi usha-usha lah segmen ini. kalau Najihah, Najihah nak hadiah buku nota huhu. (obses dengan buku. Harap maklum.) Apa apa apa apa punn jom join!. Jomla jomlaaaa.

Tapi macam biasa, mestilah ada syarat-syaratnya. Najihah dah join. Korang bila lagi?

Wednesday, 18 October 2017

Kelebihan Menyertai Walk 4 Humanity 2017!

Asalamualaikum.


Cepat! cepat jom register walk 4 humanity bagi menaja pendidikan kanak-kanak pelarian di Malaysia dan luar negara yang antara mereka 50% tidak mendapat pendidikan kerana tidak bersekolah!. Najihah tak pernah lagi join aktiviti kemanusiaan yang sebegini. Jom ramai-ramai menunjukkan kesokongan kita terhadap mereka.

Wait.What? Kenapa kita perlu join Walk 4 Humanity 2017 ini?

  1. Yuran penyertaan yang korang bayar itu akan disalurkan ke tabung pendidikan Syria, Palestin dan Rohingya.
  2. 7 Orang pemenang akan diberi hadiah setiap kategori
  3. Anda akan menerima jersey Ultron yang bernilai RM50 beserta merchandise yang lain
  4. Akan terima Voucher dari Butik Alya Sarah official
  5. Korang boleh berlari, berjalan atau tolak stroller! (Nak tolak stroller tapi adik-adik semua dah besar. Anak pula, hmm tak ada lagi huhu. Lol tak kawen lagi)
  6. Ini best! anda dapat peluang jumpa Dr Fauziah Mohd Hasan selaku penasihat Rose2Rose (penganjur)
  7. Adik-adik Rohingya akan menyertai larian ini!
  8. Dan...pelbagai lagi aktiviti menarik sepanjang program ini!

Wahhhh so apa yang perlu saya buat? kalau nak sertai ini?



Untuk mengetahui lebih lanjut 

Jom bantu saudara kita!. Kalau bukan kita siapa lagi?.

First Time Makan Ice Cream Magnum!

Asalamualaikum. Jangan terpedaya dengan gambar magnum red velvet. Hahaha Aku nak review pasal ice-cream magnum yang lain. Tapi yang pasti bukan red velvet. Ini throw back punya cerita!. Magnum mesti terkenal dengan harganya yang mahal. Ops. Bagi aku, mahallah. Orang yang mampu sahaja boleh makan setiap bulan  (or setiap hari) . Aku, haha mungkin 3 bulan sekali. Entah-entah satu kali setahun. Kah kah. Tapi alhamdulillah satu hari, abah aku beli ais krim masa pergi pasar malam. (apa kena mengena pasar malam dan ais krim magnum?) Hahaha aku pun tak tahulah. Abah aku beli buah, tiba-tiba sekali dengan ice cream. Satu je abah aku beli. masuk sahaja kereta, abah aku pelawa, nak tak. Aku kalau bab ice-cream, aku on sahaja. Dengan sebang hati aku makan.

So,first time makan. Aku dah dapat agak. Ice-cream yang aku makan ini ice-cream magnum. Haaa sampai macamtu sekali rasa mahal dia. tapi serius. Abah aku tak cakap pun dia beli ais krim apa. Aku dapat teka sendiri. Ya Allah, masa itu memang nikmatnya makan. Sedap!. Rasa mahal. Rasa elegant. Hahaha.

Ayah aku beli Magnum Pink Pomegranate. Sedap! Aku recommended ice cream ini. Serius sedap. Sedap sangat!,
Silky, delicate, pink pomegranate ice cream and sauce covered in a layer of cracking Magnum pink chocolate to bring out your playful side.

Bila aku search ice-cream magnum, ada banyak lagi perisa yang magnum keluarkan tapi aku tak pernah rasa. So tak boleh nak review hahaha. Bagi aku, ice cream ini memang kaya dengan rasa yang memang kaya dengan kelazatan. (apa aku merepek ini). Hahaha. Kalau bab makan memang sedap sedap sedap. Tapi bab nak beli, mungkin fikir dua kali. Eh tak sepuluh kali kot. Bukan apa, duit perlu berjimat-cermat. Sekadar barang kemahuan, hmm sabar sahajalah. Lagi-lagi aku ini student.

Tambahan lagi, korang boleh check website diorang. Setiap ice-cream diorang bagi maklumat nutrisi lagi. Hebat bukan?.


Bye talk to you later!

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

Asalamualaikum Join lagi segmen. Hahaha. Kalau bab-bab buku ini, aduhai lemah longlai lutut. Memang najihah nak la join segmen berkaitan buku ini. Ok ok, apa yang menarik tentang segmen kali ini?.



Segmen ini di hasilkan oleh Siqahiqa (http://www.siqahiqa.com/2017/10/october-book-giveaway-by-blog-siqahiqa.html) sempena birthday month bulan october. Wahh. Sannah Helwah, (ucap awal-awal) Apa-apapun jom join segmen dia yang menarik ini.

Buku apa yang akan diberikan?. Ok jangan terkejut ye. Tadaaa.

Wahhh meleleh air liur Najihah! Just kidding. Bestnyaaaa. Kalau Najihah, Najihah teringin nak baca buku yang bewarna biru itu. How to be Interesting. Uwaaa how howwww?. Dan, dan apa yang menarik lagi, Hadiah bukan hanya buku!. Diuulangi. Hadiah bukan hanya buku! Ada hadiah misteri menanti anda yang join segmen ini. Bestnyaaaa.

Tetapi, nak join segmen ini ada syaray-syaratnya juga. Apa syarat-syaratnya?. Korang boleh tekan gambar atau klik SINI, Tarikh bermula pada 12/10/2017 hingga 12/11/2017!. Dan pemenang hanya 2 orang sahaja dipilih. So mari sama-samai join segmen ini. //semangat nak buku. Bye! Goodluck juga kepada siapa yang dah sertai. 

Dia Peminat Tegar Boboiboy.



Siapa tidak kenal boboiboy. Budak-budak di Malaysia ini memang kenal sangat dengan pahlawan yang mempunyai kuasa pelbagai itu. Cakap sahaja kuasa apa, semuanya ada. Api?Air?Tanah?Petir. (dan sebenarnya penat juga nak didik budak-budak tentang Allah lebih berkuasa dari boboiboy) Bukan apa, takut tetibe budak-budak ini dibasuh dengan pemikiran boboiboy lah kuasa yang paling hebat. Macam adik aku. Pandao-pandailah kita nak didik mereka.

Tapi alhamdulillah lama-kelamaan dia faham, Boboiboy hanyalah sebuah kartun dan animasi. Berkuasa hanya kerana diberi kuasa. Tidak kekal selamanya.

BoBoiBoy is a Malaysian animated series produced by Animonsta Studios, centering on a boy who has elemental-based superpowers and the ability to separate into three. With his friends, Ying, Hannah (Yaya in the original Malay version), Gopal, and Fang, they fight to protect the earth from alien threats who aim to conquer the Earth in the hunt for cocoa beans. - source : Wikipedia

Satu pencapaian yang bagus untuk animated di Malaysia. Masa first-first aku tengok pun, kagum juga dengan watak dan graphic Boboiboy. Serius cantik. Kalau berjaya macamni, boleh terus berkembang maju ini.

Untuk lebih lanjut, korang boleh usha-usha laman media sosial Boboiboy.
Web : http://boboiboy.com/
Wiki : https://en.wikipedia.org/wiki/BoBoiBoy
Twitter : https://twitter.com/BoBoiBoy?ref_src=twsrc%5Egoogle%7Ctwcamp%5Eserp%7Ctwgr%5Eauthor
Instagram : https://www.instagram.com/boboiboy.terbaik/?hl=ms

Boboiboy apa yang korang suka?. kalau aku, aku suka boboiboy petir. Eh, Boboiboy Halilintar. First sebab dia cool. Second sebab dia sangat cool. Third, sebab dia sangat sangat sangat coooool. Fangirling sekejap. Hahaha. Walaupun aku dah universiti, aku still ambil perkembangan tentang Boboiboy ini. Bukan aku nak ambil tahu, tetapi adik-adik aku semua pasti akan report apa yang terjadi pada Boboiboy, bila aku balik asrama. So memang aku tahulah semua perkembangan Boboiboy. Semuanya disebabkan adik-adik aku jadi CNN yang berfokuskan Boboiboy.
Tambahan pula, adik lelaki aku 7 tahun Muhammad memang peminat tegar Boboiboy. Tidak sah satu hari tak cakap pasal Boboiboy. Ada sahaja topik yang nak dibincangkan dengan aku. lepastu, memang minat dia semakin mendalam kepada Boboiboy bila abah aku belikan banyak komik Boboiboy untuknya. Fuhh,  banyak tuh. Rasanya dah dekat berapa puluh dah dilaburkan untuk adik aku. Jangan cakap lagi pasal air Boboiboy, alat tulis, topi. aduhh kalau lah dia tahu apa namanya berjimat dan beli barang keperluan sahaja. Hmmm. Tapi takpelah, budak-budak lagi. Biarlah. 

Sebenarnya, bukan hanya buku. Tetatapi patung-patung Boboiboy pun ada. hanya aku yang malas nak cari balik dekat bilik mainan dan ambil gambar. Muhammad si peminat tegar Boboiboy. Dan coming soon peminat tegar Ejen Ali. Apa-apalah dik oi. 


Tuesday, 17 October 2017

1 Week Blogger Challenge

Hello tuesday.
Anda dipersilakan untuk menggunakannya. Tetapi janga lupa! tingglkan link untuk Najihah baca.


Monday, 16 October 2017

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu


Segmen kedua/ketiga aku join untuk tahun ini. Hahaha. Nampak sangat memilih bila nak bersegmen. Ya. Aku memilih. Tetapi, segmen kali ini memang senang sahaja nak masuk. Tak perlu melalui pelbagai jenis prosedur dan protokol. Chill.

Syarat-syaratnya senang sahaja. Yang pertama, korang tekan banner di atas dan baca sendiri syarat-syaratnya. #bukanpemalastapimendidikkorangyangmalasmembaca.

Tarikh tamat : 22/10/2017
Jam tamat : 10:00p.m

Jom join ramai-ramai. Tambahkan lagi kenalan blog.
Good luck!.

App Qzingo Merapatkan Hubungan?

How i wish i have something to read on.



Sebelum aku semester break, ramai orang hantar link Qzingo untuk aku jawab persoalan tentang diri diorang. Aku masatu nak jimat data. So memang tak bukak lah. Balik sahaja rumah, aku check balik apa itu qzingo?.

We are a small team of engineers who are dedicated to provide exceptional quiz for social bonding between friends.
We are thankful to all the users who made this a huge success.
If you have a cool idea, we would be glad to work with you. You can send us an email.
If you want to advertise your product, you can also send us an email.
Pune, India 413102
Email : contactqzingo@gmail.com

Ohhh patutlah bila aku click 'select your country', ada juga negara India yang (rare aku jumpa apps yang made in India). Rupa-rupanya, HQ dia dekat india. Jadi, Qzingo ini adalah mobile entertainment and media platform to rapatkan lagi ukhuwah kita dengan orang lain (itupun kalau dia jawab soalan/ tekan link yang kita bagi).

So bila dah select country, negara Malaysia tak ada. So buat sahaja 'others'. Dan kita kena jawab soalan yang dia bagi for the answer untuk orang lain jawab soalan kita.

Kelemahan yang aku nampak dalam apps ini adalah, dia hanya boleh jawab sedikit soalan. mana puas bagi aku untuk jawab soalan orang lain. Hahaha. Itu sahaja kot yang aku tak puas hati. Jadi korang yang tetibe ada masa terluang boleh check it out this quiz. Click link bawah ini. Have fun!

Cita-citaku yang tidak kesampaian.

Sometimes, i do feel like to vomit when they post a lot of selfies. I can't handle it. That's why i'll just post my fav pic (scenery) and log out (delete apps).




am·bi·tion
amˈbiSH(ə)n/
noun
  1. a strong desire to do or to achieve something, typically requiring determination and hard work.

    "her ambition was to become a model"

    synonyms:aspirationintentiongoalaimobjectiveobjectpurpose,
    intentplandesirewishdesigntargetdream
    "her ambition was to become a diplomat"
    • desire and determination to achieve success.

      "life offered few opportunities for young people with ambition"

      synonyms:drivedeterminationenterpriseinitiativeeagerness,
       motivationresolveenthusiasmzealhungercommitment, a sense of purpose;
      informalget-up-and-go
      "young people with ambition" - Credit : Google

Kalau masa kecil, pasti ibubapa atau guru akan tanya. Bila besar nanti mahu jadi apa?. Kalau budak-budak masatu, semua nak kata jadi hamba Allah, (effect bila duduk tadika agama) Hahaha.
 Kalau nak cakap tentang cita-cita. Sebenarnya banyak sangat aku mahu jadi. Boleh nak dikatakan semua pekerjaan aku nak buat. Lepas itu, masuk Genius Book Of World records. Dengan tittle, "Seorang perempuan yang bekerja semua pekerjaan di dunia" So cliche. Muntah hijau sekejap. Uwek.
Jadi, ini adalah pekerjaan-pekerjaan yang aku dulu mahu lakukan. Walaupun aku tahu ia tidak  akan kesampaian tetapi why not to appreciate the lost dreams.

1. Doktor
I love doctor. Seriously. Kau tahu, masa aku tingkatan dulu aku nak sangat jadi doctor. Aku nak bedah. Ye Betapa naknya aku bekerja sepenuh masa, housemenship. Aku tabik dengan doctor bila kena struggle. Aku suka dengan pekerjaan diorang yang sepenuh masa berbakti jiwa dan tenaga mereka untuk masyarakat.Like, entahla bagi aku macam best sahaja kalau dapat kerja ini. I love how they talk about something 'disease'/diognisis with acronyms. Tapi. aku tahu tak semua orang kuat untuk menjadi doktor. Hanya orang terpilih sahaja.

Tapi aku tak suka bila aku sakit aku kena jumpa doctor. Itu yang aku tak suka. Chill.

Satu hari, ada kawan ibu tanya cita-cita aku nak jadi apa. Masa itu tengah kekeliruan identiti. Aku cakap aku nak jadi doktor. Wth?. Tapi seriously masa itu dah tak boleh tahan dah. Nak juga cakap cita-cita aku nak jadi doktor. Tambahan pula masa itu, ibu aku ada sekali. Memang dia naik tanda soal lah jawabnya. Sejak bila pula anak aku nak jadi doktor ini?. Dahla dia ambil sains sosial. Boleh pulak ada angan-angan nak jadi doktor. (aku just reka apa ibu aku cakap. Korang bayanglah sendiri macammana reaction dia) Tapi yang pasti memang parents tolak mentah-mentah aku jadi doktor. Diorang tahu, aku tak mampu. Tapi, entahla. Huhu goodbye my dream. Aku akan ingat kau sampai bila-bila. Dengan menonton medical drama. //ambil tisu lap air mata.

2. Saintis
Ini semua salah media aku ada cita-cita untuk menjadi saintis. Kisah aku tiba-tiba nak jadi saintis masa aku sekolah rendah dahulu sebab aku ada nampak ada seseorang buat eksperimen and deboom. Meletup. Aduhai. And betapa tidak matangnya apabila kau nak jadi saintis semata-mata nak main dengan alat kimia. Ughh.

Tetapi kan, disebabkan cita-cita aku itu, aku semangat nak belajar sains. Even aku nak dapat score gila-gila dekat subjek sains. Betama semangatnya aku hafal planet-planet (padahal takde kena mmengena dengan kimia). Tapi still itu sains kan hahaha. So, why not.

Tambahan pula, mungkin aku nak jadi saintis kerana aku nak ikut mak aku jadi santis. (Pegawai penyelidik). Ibu aku kaji pokok dan menghasilkan produk darinya. Kertas, sample, dan sebagainya. Hmmm. Well then, bye my scientist dream. Nice to meet ya.

3. Pakar Sejarah Islam
Dari aku sekolah rendah hingga sekolah menengah, aku suka belajar sirah dan sejarah. Banyak aku baca buku fiksyen Abdul Latip Talib yang sungguh menarik. Serius. Dengan itu juga, aku mahu menjadi pakar sejarah. Idola, Dr. Hafizi Mohd Nor. Tabik.

Aku suka gila-gila-gila sejarah. Lagi-lagi sejarah islam, kalau boleh masa kat sekolah dulu, aku tak mahu dapat markah rendah dalam subjek yang aku suka. Lagi-lagi Sirah Nabawiyyah. Tambahan pula, aku dapat mlmh (guru perempuan) ; pronounced as mu-all-limah. In case you don't know. Aku dapat mlmh yang memang suka akan sejarah. Kalau boleh, masa dia ajar aku tak kisah pun nak berjam-jam. Aku suka. Doakan, Mlmh Marhamah.

***

Tetapi, semua cita-cita itu mungkin sudah terlepas nun jauh. Sekarang aku mengambil kos Perbankan islam. Aku minat tak minat (50-50) tapi entahla. Ikut sahaja parents. Semoga dipermudahkan.

Pesanan untuk korang budak sekolah ren/men yang masih keliru cita-cita,
Korang belajar dulu bersungguh-sungguh. kalau tetiba ada satu pekerjaan yang korang nak buat muncul dalam hati pemikiran korang. Tulis. Tell your parents apa yang korang nak jadi. Cakap ngan parents universiti mana yang kau nak pergi. Doa banyak-banyak supaya impian kau tercapai. Jangan putus asa dengan impian kau. Jangan main cakap kau nak jadi arkitek tetapi tak berusaha bersungguh-sungguh. Jangan buat kerja samba lewa. Think about your dream future. Tetapi, kalau lah tetibe parents suruh jadi benda yang kita tak ingin pun jadi. First, ingat. Mungkin parents lebih tahu apa kelebihan kita. Second, cuba terima apa yang ditakdirkan untuk kita. Third, Kalau kau tak tahan or still tak boleh move on. Tell your parents. kata kau nak jadi ini. nak masuk universiti ini. Mungkin diorang boleh tolerate. Tapi buat masa sekarang. Aku cuba untuk bertahan dengan apa yang sudah ditakdirkan sekarang. Ambil kos perbankan. Allah knows best. Jangan give up dengan cita-cita kau ok?. Chaiyyok! Fighting!.

Jenis Influencer Yang Sebagaimana Yang kau Inginkan Untuk Generasi Seterusnya?

Semester break makes me exhausted. Thinking what i'm gonna do today besides study. Ughhh.

Tipulah kalau aku tak ada tak puas hati dengan penulisan/media influencer yang tak capai expectation aku. What do you expect from people?. Semua tak sempurna termasuk diri aku sendiri. That's why kadang-kadang aku desperate sangat nak ada blog teenagers di negara aku ini genre nya adalah study dan motivation. Talks about fact, do social experiment in a good way (not pranks) , about student life. Not just vlog/blog about lifestyle but about how to make your viewer appreciate their own lives. Also, not too much stick with trends. Seriously.

Mungkin di sini ramai sahaja yang sudah membaca beribu-ribu blog. Tetapi hanya akan ada sebilangan sahaja yang dapat melekat difikiran. Betul tak?
Jadi, ada tak pernah terfikir. Blog sebagaimana yang kau ingin baca?. Video bagaimana yang dapat memberi kesan kepada kau?. And what's your forte?

1. A Good Attitude

Character is the result of two things: mental attitude and the way we spend our time. Life is 10% what happens to you and 90% how you react to it. Our attitude toward life determines life's attitude towards us. Attitude is a little thing that makes a big difference.Jan 29, 2017
Credit : Google

Jaykeeout. Seorang pelajar universiti yang mempunyai passion untuk membuka mata-mata masyarakat di korea, malah di dunia tentang apa yang berlaku kepada masyarakat kini. Banyak social eksperimen yang dilakukan bagi menyedarkan kita untuk bijak menghadapi dugaan yang akan datang. Aku suka cara dia membuat video yang mendapat memberi inspirasi untuk influencer di luar sana bagi menghasilkan video yang bukan sahaja berkualiti, malah mendidik.






Untuk mengenal pemuda ini dengan lebih lanjut boleh check it out his Instagram, Youtube and Facebook. Korang pasti tak akan rugi dan insyallah dari youtube Jay, korang akan dapat sekurang-kurangnya satu manfaat. Dan aku harap ada pemuda dan pemudi sebegini di negara aku.

2. Work hard, stay motivated.

mo·ti·vate
ˈmōdəˌvāt/
verb
past tense: motivated; past participle: motivated
  1. provide (someone) with a motive for doing something.

    "he was primarily motivated by the desire for profit"

    synonyms:promptdrivemoveinspirestimulateinfluenceactivateimpelpushpropel,
    spur (on)
    "she was primarily motivated by the desire for profit"
    • stimulate (someone's) interest in or enthusiasm for doing something.

      "I'm going to motivate kids to study civics"

      synonyms:inspirestimulateencourage, spur (on), exciteinspiritincentivize, fire with enthusiasm
      "it's the teacher's job to motivate the child"
Credit : Google again.

Pendapat aku, kalau seseorang inginkan sesuatu motivation diorang tak akan berjumpa terus dengan motivator. Tak ada masa untuk ke kedai buku dan membeli buku motivasi. First thing dia akan buat adalah dengan melayari internet. Diorang akan type apa-apa keyword yang dialaminya dan meletakkan quotes. Diorang nak cepat. Cepat mencari penyelesaian apa yang diorang alami sekarang. Dan kebanyakan yang melayari adalah orang yang down, rasa lemah semangat, rasa malas belajar, dan sebagainya.

Jadi, aku inginkan seorang influencer yang bukan sahaja pandai menghias diri, tetapi pandai mengutamakan apa yang penting seperti Chenling Shi.



Bagi aku, setiap kali aku malas study. Aku akan tengok balik video dia yang dapat memberi aku semangat untuk lebih berusaha. Man jadda wajada. Kau tak akan dapat buah selagi kau tak tanam biji benih. Pokok kau tidak akan tumbuh sebegitu sekiranya kau tidak menyiram dan memberi baja kepadanya. Semuanya bermula dari usaha.

Sekarang, motivator perlu lebih usaha berbanding dengan teknologi internet. Kenapa? Sebab kau lihat, berapa ramai teenagers yang ada hp sekarang ini?. Berapa ramai teen yang ada media social. Berapa ramai search internet for motivation than looking fo motivators?. So motivator perlu pandai masuk ke dalam teknologi and do your job. Dan aku harap akan ada influencer yang dapat memberi semangat kepada teen di luar sana untuk terus belajar. Belajar belajar belajar.

Kerana apa yang aku nampak, budak-budak sekarang gigih untuk mencari duit. Walhal adik aku sendiri kata yang dia tidak mahu sambung belajar di peringkat lebih tinggi kerana ingin bekerja mencari duit. Kawan aku sendiri pun ada kata begitu. Padahal, dengan ilmulah kita boleh tukar keadaan ekonomi sekarang. Ekonomi kita tidak akan berubah sekiranya kita yang tidak merubahnya. Nak ubah, perlu ada ilmu. Dan semuanya bermula daripada motivasi untuk belajar.


Aku senang hati dengan keluaran buku pelukis jalanan dan arkitek jalanan. Sedikit sebanyak membuahkan hasil untuk para pelajar di luar sana tidak putus asa untuk terus melanjutkan pelajaran dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai sesuatu impian. Ini adalah sesuatu kejayaan bagi Teme Abdullah untuk teens di luar sana.

3. Knowledgeable


knowl·edge·a·ble
ˈnäləjəb(ə)l/
adjective
  1. intelligent and well informed.

    "she is very knowledgeable about livestock and pedigrees"

    synonyms:well informedlearnedwell readeducated, well educated, eruditescholarlyculturedcultivatedenlightened More





Untuk generasi seterusnya, aku mahukan sesuatu yang luar biasa. Luar biasa (?). Aku ada pergi program Universiti dengan kehadiran Dai'e-dai'e. Tetapi aku ini bukan tengok tv sangat di rumah. So Da'ie semua itu aku tak kenal. Apa yang aku tahu adalah diorang struggle untuk tunjukkan sesuatu kepada masyarakat di luar sana bahawa ilmu tidak boleh dipisahkan dengan agama. Diorang sedang memperjuangkan islam yang semakin lama semakin pupus. Itu yang aku tahu.

Ada seorang Da'ie ini, dia pelajar universiti mengambil jurusan jurutera + Al-Quran. Wth?. Dia ambil multi-course. Memang aku tabik dengan dia. Dia cerita, pagi-pagi bangun hafal quran, lepas itu pergi kelas, petang kelas, malam kelas Al-Quran. So hectic.

Pemuda beginilah aku ada simpan angan-angan untuk tengok generasi seterusnya. Dia ambil ilmu dunia dan ilmu akhirat. Wow. Tak semua orang boleh buat begitu.

But, afterall...

Kau tahu, sebenarnya jenis-jenis influencer ini yang kau mahu untuk generasi seterusnya.
Kau yang perlu mulakan langkah itu dahulu.
Sebab kalau bukan kau. Siapa lagi?.

Friday, 13 October 2017

Tidak Salah Untuk Bersangka Baik.

Semester Break. How nice to meet you.

Ada orang kata, nak berfikiran matang perlulah sentiasa bergaul dengan orang tua. Orang berpengalaman dan orang yang berilmu. Oleh itu, aku selalu juga menyuarakan hujah aku kepada mereka dengan harapan dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang aku nampak dan alami. Sekiranya hujah tidak diterima, aku belajar untuk menerima hujah mereka. Tidak guna mempertahankan hujah yang salah.

Manusia sekarang, banyak memandang serong terhadap orang lain. Termasuk aku. Hanya orang yang kuat dan kental jiwanya sentiasa berprasangka baik terhadap semua perkara yang dia nampak. Di universiti, aku nampak perbezaannya. Budak yang baru masuk struggle untuk adapt dengan persekitaran yang baru. Boleh nak dikatakan tempat aku belajar adalah masih di zon selesa. Tetapi zon selesa tidak semestinya selamat. 

Manusia tak perfect. Ya, Semua yang aku kenal ada banyak personaliti yang berbeza. Ada sahaja mereka yang daripada sekolah kebangsaan biasa tetapi, masuk universiti pakai purdah. Ada juga yang sebaliknya. Daripada sekolah agama, tetapi memakai tudung tidak menepati syariah. Kenapa begitu?. Apa yang sudah jadi?. 

Sebenarnya, kita semua dalam proses berubah.
Yang jahat berubah kepada baik, yang baik berubah kepada yang semakin baik dan seterusnya. konklukasinya di sini, iman kita turun dan naik. Aku ada sebijik kawan yang dari sekolah agama, tetapi di universiti perangainya tidak sama dengan 'tittle' sekolah agama. Aku dapat rasakan yang ramai orang tak suka kepadanya hanya kerana pemakaiannya begitu. lebih-lebih lagi menarik aku juga untuk terus berjauhan dengannya.

Apa yang kau akan buat?.

Aku, tidak akan meninggalkan kawan aku itu. Boleh jadi dengan aku melekat dengannya satu hari nanti dia akan ubah perangainya dengan sendiri. Hidayah Allah punya coy.

Kau akan nampak orang yang pakai purdah tetapi matanya ada eye-shadow.
Kau akan nampak orang yang pakai jubah tetapi tudungnya tidak menutupi syariat.
Kau akan nampak orang yang pergi masjid tetapi tak pakai tudung.
kau akan nampak orang yang menghafal Al-Quran tetapi mewarnakan kuku.

Senang kata, walaupun banyak kebaikan yang dia buat kau hanya akan nampak dan tertumpu kepada kesalahannya. Ibarat kain lebar bewarna putih, tetapi kau hanya nampak titik hitam yang ada pada kain putih itu.

Kurang kita nak hargai pengorbanan baik mereka.
Mereka cuba untuk memakai purdah. walaupun akhlak mereka kurang, sekurang-kurangnya mereka cuba untuk melakukan satu perkara yang orang lain susah untuk lakukan. iaitu dengan berpurdah.

Mereka yang lain, ada satu amalan yang mungkin sering diamalkan. Mungkin sering solat tahajud. Sering membaca Al-Quran. Jadi berprasangka baiklah dengan semua. Don't think that you are perfect enough. Judge orang dengan bertempat. jangan buka aib mereka. Bersangka baik juga begitu, perlu bertempat. Tegur dengan berhikmah.

Aku tahu di luar sana masih ada orang lagi yang cuba untuk berprasangka baik dengan semua orang. Dengan bertempat. We have our own struggle. Tidak salah untuk berprasangka baik. 💌