Dia Peminat Tegar Boboiboy.



Siapa tidak kenal boboiboy. Budak-budak di Malaysia ini memang kenal sangat dengan pahlawan yang mempunyai kuasa pelbagai itu. Cakap sahaja kuasa apa, semuanya ada. Api?Air?Tanah?Petir. (dan sebenarnya penat juga nak didik budak-budak tentang Allah lebih berkuasa dari boboiboy) Bukan apa, takut tetibe budak-budak ini dibasuh dengan pemikiran boboiboy lah kuasa yang paling hebat. Macam adik aku. Pandao-pandailah kita nak didik mereka.

Tapi alhamdulillah lama-kelamaan dia faham, Boboiboy hanyalah sebuah kartun dan animasi. Berkuasa hanya kerana diberi kuasa. Tidak kekal selamanya.

BoBoiBoy is a Malaysian animated series produced by Animonsta Studios, centering on a boy who has elemental-based superpowers and the ability to separate into three. With his friends, Ying, Hannah (Yaya in the original Malay version), Gopal, and Fang, they fight to protect the earth from alien threats who aim to conquer the Earth in the hunt for cocoa beans. - source : Wikipedia

Satu pencapaian yang bagus untuk animated di Malaysia. Masa first-first aku tengok pun, kagum juga dengan watak dan graphic Boboiboy. Serius cantik. Kalau berjaya macamni, boleh terus berkembang maju ini.

Untuk lebih lanjut, korang boleh usha-usha laman media sosial Boboiboy.
Web : http://boboiboy.com/
Wiki : https://en.wikipedia.org/wiki/BoBoiBoy
Twitter : https://twitter.com/BoBoiBoy?ref_src=twsrc%5Egoogle%7Ctwcamp%5Eserp%7Ctwgr%5Eauthor
Instagram : https://www.instagram.com/boboiboy.terbaik/?hl=ms

Boboiboy apa yang korang suka?. kalau aku, aku suka boboiboy petir. Eh, Boboiboy Halilintar. First sebab dia cool. Second sebab dia sangat cool. Third, sebab dia sangat sangat sangat coooool. Fangirling sekejap. Hahaha. Walaupun aku dah universiti, aku still ambil perkembangan tentang Boboiboy ini. Bukan aku nak ambil tahu, tetapi adik-adik aku semua pasti akan report apa yang terjadi pada Boboiboy, bila aku balik asrama. So memang aku tahulah semua perkembangan Boboiboy. Semuanya disebabkan adik-adik aku jadi CNN yang berfokuskan Boboiboy.
Tambahan pula, adik lelaki aku 7 tahun Muhammad memang peminat tegar Boboiboy. Tidak sah satu hari tak cakap pasal Boboiboy. Ada sahaja topik yang nak dibincangkan dengan aku. lepastu, memang minat dia semakin mendalam kepada Boboiboy bila abah aku belikan banyak komik Boboiboy untuknya. Fuhh,  banyak tuh. Rasanya dah dekat berapa puluh dah dilaburkan untuk adik aku. Jangan cakap lagi pasal air Boboiboy, alat tulis, topi. aduhh kalau lah dia tahu apa namanya berjimat dan beli barang keperluan sahaja. Hmmm. Tapi takpelah, budak-budak lagi. Biarlah. 

Sebenarnya, bukan hanya buku. Tetatapi patung-patung Boboiboy pun ada. hanya aku yang malas nak cari balik dekat bilik mainan dan ambil gambar. Muhammad si peminat tegar Boboiboy. Dan coming soon peminat tegar Ejen Ali. Apa-apalah dik oi. 


No comments:

Post a Comment

Baca lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...