Wednesday, 18 October 2017

First Time Makan Ice Cream Magnum!

Asalamualaikum. Jangan terpedaya dengan gambar magnum red velvet. Hahaha Aku nak review pasal ice-cream magnum yang lain. Tapi yang pasti bukan red velvet. Ini throw back punya cerita!. Magnum mesti terkenal dengan harganya yang mahal. Ops. Bagi aku, mahallah. Orang yang mampu sahaja boleh makan setiap bulan  (or setiap hari) . Aku, haha mungkin 3 bulan sekali. Entah-entah satu kali setahun. Kah kah. Tapi alhamdulillah satu hari, abah aku beli ais krim masa pergi pasar malam. (apa kena mengena pasar malam dan ais krim magnum?) Hahaha aku pun tak tahulah. Abah aku beli buah, tiba-tiba sekali dengan ice cream. Satu je abah aku beli. masuk sahaja kereta, abah aku pelawa, nak tak. Aku kalau bab ice-cream, aku on sahaja. Dengan sebang hati aku makan.

So,first time makan. Aku dah dapat agak. Ice-cream yang aku makan ini ice-cream magnum. Haaa sampai macamtu sekali rasa mahal dia. tapi serius. Abah aku tak cakap pun dia beli ais krim apa. Aku dapat teka sendiri. Ya Allah, masa itu memang nikmatnya makan. Sedap!. Rasa mahal. Rasa elegant. Hahaha.

Ayah aku beli Magnum Pink Pomegranate. Sedap! Aku recommended ice cream ini. Serius sedap. Sedap sangat!,
Silky, delicate, pink pomegranate ice cream and sauce covered in a layer of cracking Magnum pink chocolate to bring out your playful side.

Bila aku search ice-cream magnum, ada banyak lagi perisa yang magnum keluarkan tapi aku tak pernah rasa. So tak boleh nak review hahaha. Bagi aku, ice cream ini memang kaya dengan rasa yang memang kaya dengan kelazatan. (apa aku merepek ini). Hahaha. Kalau bab makan memang sedap sedap sedap. Tapi bab nak beli, mungkin fikir dua kali. Eh tak sepuluh kali kot. Bukan apa, duit perlu berjimat-cermat. Sekadar barang kemahuan, hmm sabar sahajalah. Lagi-lagi aku ini student.

Tambahan lagi, korang boleh check website diorang. Setiap ice-cream diorang bagi maklumat nutrisi lagi. Hebat bukan?.


Bye talk to you later!

12 comments:

  1. ice cream magnum memang best, makan sorang2 boleh muak .hehe..tapi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu baru rasa bestnya. Memang sedap! please someone sponsor Najihah magnum hihihi

      Delete
  2. magnum memang sedap, tpi tula harga dia mahal T__T last2 aiskrim potong dgn aiskrim rainbow je yg kita slalu makan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh betul! sama la kita. Huhu tapi ais krim potong pun sedap apa... hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Wahhh Najihah pun. baru sahaja minggu ini jadi top fav food huhu

      Delete
  4. Saya pernah makan yang red velvet tu, memang sedap.. yang ni belum lagi... nanti boleh try....

    ReplyDelete
  5. Magnum sedap tapi bagi Siqah, manis sangat. Sesekali makan bolehlah. Siqah lebih suka aiskrim Milo je. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh betul juga.Ais krim milo 20 sen ke ais krim yang memang ada jenama milo? huhu

      Delete
  6. Adeh..Terliur tgk ice cream pomegranate tu..Huhu

    Blogwalking here from segmen :

    https://thisni3zahata.blogspot.my/2017/10/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-ayu.html

    ReplyDelete