Friday, 13 October 2017

Tidak Salah Untuk Bersangka Baik.

Semester Break. How nice to meet you.

Ada orang kata, nak berfikiran matang perlulah sentiasa bergaul dengan orang tua. Orang berpengalaman dan orang yang berilmu. Oleh itu, aku selalu juga menyuarakan hujah aku kepada mereka dengan harapan dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang aku nampak dan alami. Sekiranya hujah tidak diterima, aku belajar untuk menerima hujah mereka. Tidak guna mempertahankan hujah yang salah.

Manusia sekarang, banyak memandang serong terhadap orang lain. Termasuk aku. Hanya orang yang kuat dan kental jiwanya sentiasa berprasangka baik terhadap semua perkara yang dia nampak. Di universiti, aku nampak perbezaannya. Budak yang baru masuk struggle untuk adapt dengan persekitaran yang baru. Boleh nak dikatakan tempat aku belajar adalah masih di zon selesa. Tetapi zon selesa tidak semestinya selamat. 

Manusia tak perfect. Ya, Semua yang aku kenal ada banyak personaliti yang berbeza. Ada sahaja mereka yang daripada sekolah kebangsaan biasa tetapi, masuk universiti pakai purdah. Ada juga yang sebaliknya. Daripada sekolah agama, tetapi memakai tudung tidak menepati syariah. Kenapa begitu?. Apa yang sudah jadi?. 

Sebenarnya, kita semua dalam proses berubah.
Yang jahat berubah kepada baik, yang baik berubah kepada yang semakin baik dan seterusnya. konklukasinya di sini, iman kita turun dan naik. Aku ada sebijik kawan yang dari sekolah agama, tetapi di universiti perangainya tidak sama dengan 'tittle' sekolah agama. Aku dapat rasakan yang ramai orang tak suka kepadanya hanya kerana pemakaiannya begitu. lebih-lebih lagi menarik aku juga untuk terus berjauhan dengannya.

Apa yang kau akan buat?.

Aku, tidak akan meninggalkan kawan aku itu. Boleh jadi dengan aku melekat dengannya satu hari nanti dia akan ubah perangainya dengan sendiri. Hidayah Allah punya coy.

Kau akan nampak orang yang pakai purdah tetapi matanya ada eye-shadow.
Kau akan nampak orang yang pakai jubah tetapi tudungnya tidak menutupi syariat.
Kau akan nampak orang yang pergi masjid tetapi tak pakai tudung.
kau akan nampak orang yang menghafal Al-Quran tetapi mewarnakan kuku.

Senang kata, walaupun banyak kebaikan yang dia buat kau hanya akan nampak dan tertumpu kepada kesalahannya. Ibarat kain lebar bewarna putih, tetapi kau hanya nampak titik hitam yang ada pada kain putih itu.

Kurang kita nak hargai pengorbanan baik mereka.
Mereka cuba untuk memakai purdah. walaupun akhlak mereka kurang, sekurang-kurangnya mereka cuba untuk melakukan satu perkara yang orang lain susah untuk lakukan. iaitu dengan berpurdah.

Mereka yang lain, ada satu amalan yang mungkin sering diamalkan. Mungkin sering solat tahajud. Sering membaca Al-Quran. Jadi berprasangka baiklah dengan semua. Don't think that you are perfect enough. Judge orang dengan bertempat. jangan buka aib mereka. Bersangka baik juga begitu, perlu bertempat. Tegur dengan berhikmah.

Aku tahu di luar sana masih ada orang lagi yang cuba untuk berprasangka baik dengan semua orang. Dengan bertempat. We have our own struggle. Tidak salah untuk berprasangka baik. 💌

No comments:

Post a Comment

Blog This Little Light Of Mine hanyalah blog personal milik Nurul Najihah, di blog ini hanya menceritakan cerita harian Nurul Najihah, keluarga, Kawan-kawan, tentang review buku dan juga pengalaman di universiti. Segala post ini ditulis Nurul Najihah kecuali yang dinyatakan pemiliknya. Anda semua dilarang copy paste entry yang ditulis Nurul Najihah.

Sekian terima kasih. Have a nice day!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...