Sunday, 26 November 2017

Ada apa di Ekspo Negaraku 2017?



Wahhh selama Najihah hidup Najihah rasa tak pernak lagi menjejak di ekspo Negara. Bestnya! Kalau diberi peluang, Najihah nak pergi sangat. Oh, ada apa sahaja ya dalam ekspo negara?
Najihah ada baca Ohbulan punya post. Dia dapat merasa naik LRT,MONORAIL,KTM, HSR dan ECRL. Eh apa benda semua itu? 

LRT : Light Rail Transit
KTM : Keretapi Tanah Melayu
MONORAIL : (monorail is a railway in which the track that consists of a single rail. The term is also used to describe the beam of the system, or the trains traveling on such a beam or track.) Credit : Google
HSR : High Speed Rail
ECRL : East Coast Rail Line

Lepas itu, Ohbulan kata juga, kita boleh bawa sendiri bas (tanpa lesen hahaha). So bawa bas guna stimulator. Hebat bukan?. Macammana agaknya perasaan pemandu bas membawa kenderaan yang panjang macam itu. Hmmm.



Jadi! jadi! bila event ini berlaku?
Tarikh : 15 November 2017 - 15 Disember 2017
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Masa : Isnin-khamis (10a.m-10.pm)
             Jumaat-ahad (10a.m-11.pm)

Tapikannn mesti korang tertanya, kalau KL lepastu dataran merdeka pulak itu. Mestilah nanti Jam. Ramai orang. tak ke sesak macamtu?. Haaaaa itu, ada jalan penyelesaiannya.

Ada perkhidmatan LRT dan Grab Car!


Banyak lagi aktiviti yang menarik diadakan di ekspo kali ini. Spot untuk budak-budak pun ada! jadi jom ramai-ramai datang dan memeriahkan lagi ekspo negaraku 2017!

No comments:

Post a Comment

Blog This Little Light Of Mine hanyalah blog personal milik Nurul Najihah, di blog ini hanya menceritakan cerita harian Nurul Najihah, keluarga, Kawan-kawan, tentang review buku dan juga pengalaman di universiti. Segala post ini ditulis Nurul Najihah kecuali yang dinyatakan pemiliknya. Anda semua dilarang copy paste entry yang ditulis Nurul Najihah.

Sekian terima kasih. Have a nice day!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...