Tuesday, 14 November 2017

My Own Mandala's Idea Collection

Asalamualaikum. Malam yang tenang ini Najihah nak kongsikan koleksi Mandala doodle Najihah. Najihah belajar lukis ini dah lama. Tetapi tak rajin nak lukis. Jadi baru-baru ini masa tengah cuti sem tiba-tiba nak asah balik bakat. Alhamdulillah. Ini semua hasil Najihah dan idea Najihah. Najihah tak tengok langsung contoh or video kat internet. Kadang-kadang, kalau kita lukis spontan nanti pasti akan ada idea yang datang tiba-tiba. Jadi jangan takut untuk mulakan dan cuba sesuatu baru.


Mula-mula Najihah fikir nak buat mandala huruf. Kalau korang tengok betul-betul lukisan atas ini, akan nampak jelas huuf 'F' , 'G' dan 'E'. Tetapi hanya dapat idea untuk buat huruf A hingga M sahaja. Takpelah sekurang-kurangnya Najihah cuba. Dan akhir sekali Najihah tutup dengan diamond dan atap macam elektrik (haha tak tahu nak panggil apa). Kalau korang nampak lagi, ada bunga kelopak tajam di sekeliling diamond.



Percaya atau tidak ini Najihah bincang dengan adik-adik najihah. Diorang suruh lukis love Najihah lukis love. Hasilnya sungguh memuaskan hati. 50% Najihah lukis + idea adik-adik. Kadang-kadang, kalau kita bincang idea kita sama-sama, hasilnya akan jadi lebih centik daripada idea kita seorang sahaja. Kerana idea kita semua kan lain-lain.


Dah bosan dengan satu bulatan mandala, Najihah lukis separuh lain separuh lain. Boleh tengok di sebelah atas itu kontra dengan lukisan bawah. Di atas akan nampak macam feeling feeling lembut gitu. Hal itu disebabkan Najihah akhirkan lukisan atas itu dengan lukisan yang berbentuk bulatan. Walaupun ada tanduk kecil-kecil itu, dia tidak memberi kesan langsung sebab still nampak bentuk bulat. Di bawah pula, Najihah akhiri lukisan dengan kelopak tajam. So dia akan ada feeling strong sikit hahaha.


Siapa suka bunga? Ini hasil daripada banyak-banyak kelopak yang Najihah lukis. So hasilnya akan nampak ada banyak jenis kelopak tetapi dalam satu bunga. All in one gituuu. Ada kelopak yang tak perfect sebab induknya tak buat dengan teliti. Walaupun salah bentuk, nanti dia akan affect dekat akhir lukisan itu. Sebab itu ramai yang guna pembaris, ukur semua itu. Hahaha tapi Najihah tak rajin dan malas nak ukur guna pembaris. So lukis sahaja dengan spontan.


Kalau nak rasa elegant. najihah letak macam biji-biji mutiara (ewah) dekat akhir-akhir mandala. Konsep ini pula ke arah garisan banyak-banyak yang memberi vibe warna ke atas mandala itu walaupun hanya menggunakan warna pen hitam.


Kadang-kadang, bosan juga asyik lukis bulatan mandala. So najihah lukis bunga-bunga yang mengelilingi huruf 'N'. Kenapa N? Of Course la sebab nama Najihah bermula dengan huruf N. 


Berbalik kepada Mandala. Yang atas najihah lukis kelopak macam bunga tulip. dan di bawah seperti mandala yang biasa yang korang selalu tengok. Yeayy. Insyallah kalau najihah semangat, Najihah kongsikan tips nak buat mandala. Kalau nak lukis benda ini, kena banyak sabar. Kadang-kadang dengan lukis mandala ini boleh release kan stress dan tension. Seba itulah, salah satu terapi yang selalu orang buat adalah dengan mewarna. Ataupun lukis pun boleh sahaja. Baiklah. Thank you for reading this entry!. 

4 comments:

Raydah said...

wow you're so talented. cantik la

han said...

Cantik2~ Untung ada bakat melukis :)

nnajihah said...

Arigatoee

nnajihah said...

Eh, mana pandai lukis dulu. Bak kata kawan Najihah, semua orang ada pisau. Cuma asah atau tidak sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...