Thursday, 16 November 2017

Pasta Cheese Kukus


Asalamualaikum. Kalau ingat pasta, mestilah ingat Najihah ada jual pasta! dan ini juga pastilah dari resepi yang dikongsikan kepada Najihah dari keluarga perniagaan EEIBO. Resepi pasta apa pula kali ini yang Najihah cuba untuk kongsikan? Untuk tahu lebih lanjut tentang pasta boleh baca (Baca : Saya Jual Pasta )

Pasta ini berbentuk Star.


Bahan-bahannya adalah

  • Pasta Star EE (yang Najihah jual)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 tin sos spaghetti
  • 1 sudu sos tiram
  • Sedikit daun sup
  • 150g daging/ayam cincang
  • 2 sudu besar sos cili
  • Sedikit gula dan garam
  • Buah tomato yang dipotong dadu
Bahan-bahan untuk membuat sos putih
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slide cheeseslade
  • Sedikit gaam dan gula
  • lada sulah
Cara-caranya adalah 
  1. Rebus pasta dan toskan
  2. Panaskan mentega dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah sehingga naik bau
  3. Kemudian masukkan daging/ ayam cincang dan kacau sehingga airnya kering
  4. Masukkan sos spaghetti dan gaul sehingga sebati
  5. Lepastu masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan gula secukupnya. masukkan juga daun sup supaya naik bau
  6. Kacau sehingga pekat dan masukkan lada sulah
  7. Thennn masukkan pasta yang sudah direbus tadi ke dalam kuah dan kacau sehingga sebati
  8. Tutup api dan biarkan seketika
  9. Andd pasta siap digoreng!
Cara membuat sos putih pula adalah 
  1. Cairkan mentega ke dalam kuali
  2. Then masukkan sekeping cheeseslade dan kacau sehingga cair
  3. Lepas itu barulah masukkan susu segar
  4. Masak sehingga mendidih
  5. Masukkan gula, garam dan lada sulah
  6. Akhir sekaliiii masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat!
  7. Tuang ke dalam pinggan yang diisi pasta.
  8. Dan siap untuk sos putih 
Cara kukus Pasta adalah
  1. Sediakan bekas tahan panas atau bekas aluminium
  2. Masukkan pasta yang siap digoreng di lapisan bawah 
  3. Letakkan cheeseslade ke atasnya dan kemudian lapiskan dengan sos putih dan sedikit mozarella cheese
  4. Akhirnya, letak daun sup, tomato, origano sebagai hiasan
  5. Andddddd kukus sehingga masak!.
  6. Done boleh makannn
Jadi selamatt mencuba!. Sesiap yang belum ada pasta boleh order dengan Najihah. Comment di bawah untuk tahu lebih lanjut dan PM Najihah di Facebok!

Hubungi Najihah!
Email - nurulnajihahwork@gmail.com

4 comments:

  1. Aduhai cheese pulakkkkkk... Ya Allah sedapnyaaa

    ReplyDelete
  2. banyaknya bahan nak pakai. memang memerlukan kerajinan ni kalau terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe di mana ada kemahuan, di ditu ada jalan :D

      Delete

Blog This Little Light Of Mine hanyalah blog personal milik Nurul Najihah, di blog ini hanya menceritakan cerita harian Nurul Najihah, keluarga, Kawan-kawan, tentang review buku dan juga pengalaman di universiti. Segala post ini ditulis Nurul Najihah kecuali yang dinyatakan pemiliknya. Anda semua dilarang copy paste entry yang ditulis Nurul Najihah.

Sekian terima kasih. Have a nice day!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...