Wednesday, 15 November 2017

Pengalaman Sem 1 Islamic Banking di KUIS

Asalamualaikum.


Seperti yang korang tahu, Najihah belajar di KUIS mengambil jurusan Islamic Banking. Disebabkan dah tahu result dan habis sem 1, apa kata Najihah cerita apa yang Najihah dapat di sini. Hehe Baiklah pertama kali bila dah selesai semua orientasi, masuk dorm bagai. Korang akan mula kelas yang pertama.

Untuk Sem 1 Ms33 (kod islamic banking) korang akan belajar :

  • Bahasa Melayu Komunikasi 1(U1) - Kalau BM dah pandai tak payah masuk dan Wajib MQA
  • Pengajian Malaysia 2 (U1) - Wajib MQA
  • Tasawwur Islam (U3) - Wajib MQA
  • English 1 - Wajib Universiti
  • Al Arabiah Al-Asasiyah 1 - Wajib Universiti
  • Tilawah Al-Quran - Wajib Fakulti
  • Fiqh Muamalat - MIF-Core 
  • Business Accounting - Wajib Fakulti
  • Sistem Tarbiyah Pelajar - Wajib Universiti
  • Kokurikulum - Wajib Universiti

Kalau korang nak tahu, subjek Sistem tarbiyah Pelajar itu adalah periksa usrah. (whatt) hehe jangan terkejut sebab dekat KUIS memang ada periksa untuk Usrah. Siap ada buku usrah lagi. Siapa yang tak lulus kena ulang periksa. Betapa mereka pentingkan usrah. So jangan main-main ya walaupun ini hanyalah subjek usrah.

Untuk kokurikulum, percaya atau tidak. Najihah tak masuk langsung sukan. kah kah. Kalau ada perlawanan sukan antara fakulti Najihah buat tak dengar. Jangan ikut tau. Masa itu Najihah malas dan obses nak belajar 'konon'. Hahaha. Boleh sahaja nak sertai koku ataupun tidak. terpulang. Tapi Najihah masuk apa?. 

Najihah masuk debat. Dan, ada juga Najihah dengar anasir-anasir kata untuk semester 1 dan 2, wajib ambil koku yang indoor dulu. So bila sem 3 dan seterusnya barulah boleh masuk silat, taekwando dan sebagainya. Tetapi kawan Najihah masuk sahaja koku tambahan. (tetapi itu tidak akan masuk dalam point). Sekadar untuk sukan. Kalau nak main outdoor, tunggu sem selepas sem 2. Ok?

Untuk banking, dipertekankan untuk fiqh muamalat supaya belajar elok-elok. Kerana itu akan menentukan korang boleh tak nak ambil kos yang korang ambil iaitu Islamic banking. Bila sahaja dengar pensyarah cakap macam itu, memang pulun lah nak pass subjek ini huhu. Tapi bila ada kemahuan, di situ ada jalan.

Senior Najihah pesan, untuk sem 1 baik korang score betul-betul kerana nanti senang nak score untuk sem seterusnya. Dengan pesanan itu Najihah dan buku sentiasa melekat hahaha. Ye la, siapa sahaja yang tak nak score setiap sem kan? Alhamdulilla score!

Kalau nak cerita tentang pensyarah kat KUIS, pensyarah sentiasa ingatkan supaya tak ponteng. Ye la, dah la universiti swasta. Guna banyak perbelanjaan. Pelajar lah yang kena manfaat duit ibubapa dan duit ptptn kan. Hmmm. 

Sem 2 akan bermula minggu depan. Doakan supaya permudahkan segalanya. Insyallah. Ada soalan lain? (bajet dah tahu tentang KUIS).

p/s Btw Ustaz Don kan ajar di KUIS. Hari itu adalah tersempak dengan Ustaz. Bayangkan masa itu dah nak habis sem 1 baru jumpa ustaz Don. Nak bergambar ceq malu. Hahaha Masa itu ustaz tengah berborak sambil berjalan cakap yang ustaz nak belanja pizza. (dalam hati, ustaz belanja saya juga huhu). Chaw!

2 comments:

farhanna jafri said...

eh eh eh junior lah! Akak dulu pun DIB jugak. Ustaz Don tu memang dah selalu nampak. Happy betul kalau kuliah maghrib dia yang incharge. Semangat je lepak masjid before kuliah

nnajihah said...

Wahhh senior lah! DIB juga? Najihah sekali je nampak ustaz Don in real life masa kat KUIS hahaha