Sunday, 12 November 2017

Resepi Chicken Pasta Nugget (Buat Nugget Sendiri!)

Asalamualaikum!
Ini adalah salah satu resepi pasta yang Najihah jual. Kalau berminat untuk beli pasta atau nak tahu dengan lebih lanjut (baca : Saya Jual Pasta ). Ini resepi dari family EEIBO.

Hubungi Najihah!
Email - nurulnajihahwork@gmail.com
Bahan-bahan yang diperlukan adalah 

  • Mixed Veggies Pasta (yang Najihah jual)
  • Ayam*
  • Telur*
  • Bawang putih*
  • Bawang besar*
  • Roti
  • Susu
  • Tepung Gandum
  • Serbuk bilis/garam lada sulah

Bahan-bahan untuk menyalut Nugget adalah
  • Telur
  • Serbuk Roti

Cara-caranya adalah
  1. Rebus pasta yang Najihah jual itu dan toskan
  2. Kisar bahan yang bertanda * dengan pasta
  3. Rendamkan roti dengan susu sehingga ia kembang
  4. Satukan adunan yang korang dah kisar tadi dengan adunan roti, tepung gandum, dan serbuk bilis/lada sulah. Dannnn gaul sehingga sebati
  5. Lepas itu korang kukus sehingga adunan itu masak dan jangan lupa untuk sejukkan
  6. Seterusnya, korang potong nugget itu dengan bentuk yang korang suka!
  7. Ok step akhir,  korang celup nugget (yang sudah dibentuk) ke dalam telur dan golekkan 2x supaya salutan nugget cantik.
  8. Apa lagi?. Gorenglahhh yeayyy.
Ataupun kalau korang tak nak goreng lagi, nugget yang dah siap salut letak dalam bekas kedap udara dan frozenkan. Mudah bukan?.

Selamat mencuba!. Tak ada pasta lagi? Tak apa! boleh order dengan Najihah. Boleh comment untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau PM di facebook!


Hubungi Najihah!
Email - nurulnajihahwork@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Blog This Little Light Of Mine hanyalah blog personal milik Nurul Najihah, di blog ini hanya menceritakan cerita harian Nurul Najihah, keluarga, Kawan-kawan, tentang review buku dan juga pengalaman di universiti. Segala post ini ditulis Nurul Najihah kecuali yang dinyatakan pemiliknya. Anda semua dilarang copy paste entry yang ditulis Nurul Najihah.

Sekian terima kasih. Have a nice day!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...