Sunday, 26 November 2017

Review Buku : Ana Puteri Ayahanda

Asalamualaikum.

The blogger in this example obtained the paint she is reviewing for free and must disclose that fact. Although she does so at the end of her blog post, there are several hyperlinks before that disclosure that could distract readers and cause them to click away before they get to the end of the post. Given these distractions, the disclosure likely is not clear and conspicuous.

Ok hari ini Najihah nak review buku siri Ana Solehah yang terlaris di pasaran. Masa Najihah kecil dahulu, watak Ana Solehah sangat popular. Sampaikan ada kawan-kawan najihah yang fanatik dengan watak perempuan yang cantik ini. Dari buku, baju, topi, hingga ke beg sekolah ada gambar watak ini.



Book name : Ana Puteri Ayahanda
Series : Siri Ana Solehah 13
Author : Anies Hisham
Publisher : Blue-T Publication Sdn Bhd
Publish date : Cetakan pertama 2011
                       Cetakan kedua Oktober 2011
Goodreads : - 
Author links : Anies Hisham in MPH
Provided by : Ana Muslim Distributors Sdn.Bhd.
ISBN 978-983-3811-68-7 (set)
          978-967-5401-77-0 (kkt)
Price : RM10.90
Page : 124 m/s

Siri novel Ana Solehah
Ana solehah bersama adiknya Ibrahim dan Luqman adalah anak yatim. Hidup mereka berubah sejak tinggal di rumah kebajikan Darul Riayah. Di tempat itu bermulalah episod kehidupan Ana bersama adik-adiknya. Pelbagai kisah menarik yang berlaku. Dia semakin matang dan menjadi seorang penyayang, baik hati, amanah, bertanggujawab, rajun belajar dan pelbagai jati diri yang dipelajari berdasarkan pengalaman hidupnya bersama kawan-kawannya.

Sinopsis Siri 13
Hidup dan kenangan. Pastinya dua perkataan ini tidak dapat lari dari setiap makhluk Tuhan yang bernama manusia. Baik kenangan manis atau pun pahit, kita pasti akan melalui dan mengalaminya. Kenangan juga mengajar kita untuk terus kukuh melangkah menuju masa depan. Semoga, kenangan semalam menjadi teras hidup untuk hari ini demi meniti kebahagiaan hari esok.
***
"Sudah, jangan menangis lagi. mari sini ayah nak peluk Ana. Hari ini, ayah belum peluk ana lagi. Dari tadi Ana asyik bermain saja dengan Im. Mari sini, ayah nak peluk," Ujar Pak Soleh sambil menarik tangan Ana.
Ana termakan dengan kata-kata tersebut. Lantas dia bangun, lalu mereahkan kepalanya di bahu Pak Soleh.
"Hah, macam bilah anak ayah," kata pak Soleh sambil tangannya mengusap lembut di belakang badan ana.

Buku ini banyak memberi pengajaran kepada Najihah untuk betul-betul menghargai ibubapa. Wahh tidak hairanlah buku ini terlaris di pasaran. Buku ini tiada unsur lambat dan cepat bosan bila baca kerana semuanya diceritakan dengan terus dan jelas apa yang berlaku. 

Genre di kebanyakannya bagus untuk budak-budak sekolah rendah dan menengah. Ada juga scene yang Najihah bagai termasuk dalam situasi itu di mana muka surat 87 Bab Musim Banjir : Pindah. Ia dimana kampung Ana dan keluarga dilanda banjir. Masa itu semua bersedia mempersiapkan barang-barang untuk pindah ke tempat selamat. Disebabkan Najihah tak pernah mengalami lagi situasi banjir (alhamdulillah) bab ini membuatkan Najihah terasa real bila situasi in berlaku. 

Watak Ana yang kita tahu adalah penyayang, baik hati, pemurah dan sebagainya itu kurang ditunjukkan dalam buku ini kerana ini adalah fasa Ana semasa kecil yang baru belajar untuk mengenal dunia. So tidak hairanlah apabila Ana dan adik-adiknya sangat nakal pada masa waktu mereka kecil. Watak ini sangat Najihah suka kerana ditunjukkan latar belakang Ana sebelum berubah menjadi lebih baik. 

Untuk setiap siituasi yang ditunjukkan dalam cerita ini adalah sangat unpredictable. Kita tak tahu apa yang akan terjadi dengan keluarga apabila kekurangan makanan. Dan ada juga Najihah predict lain tapi sebenarnya akhir dia lain. So memang best apabila cerita yang kita baca tak terlalu clische dan tidak boleh dijangka apa yang berlaku seterusnya. 

Cerita akhirnya sangat tenang di baca dan Najihah boleh terima ending dia. Walaupun taklah happy ending sangat tetapi bolehla diterima. 

Najihah enjoy baca buku ini. Walaupun untuk budak-budak tetapi banyak sebenarnya pengajaran yang kita boleh ambil dari buku ini. Part yang paling Najihah suka adalah bab 8 Hati Seorang Ayah m/s 77 apabila Ana dan adik-adiknya mandi kolam dan habis baju seragamnya kotor. Disebabkan itu, mak  mereka, Mak Timah sangat marah dan medenda mereka bertiga berdiri sehingga Pak Soleh pulang. Pak Soleh mendapat tahu apa yang diperlaku anak-anaknya tidak dirotan walaupun pada mulanya dia ingin merotan anaknya. Pak Soleh membuat keputusan supaya mereka bertiga basuh sendiri baju mereka selama seminggu supaya dapat menyedarkan perbuatan mereka yang salah. Part itu sangat sweet dan terharu Najihah dibuatnya. Sehingga tamat riwayat hidup Pak Soleh tidak merotan anaknya. 

Watak kegemaran aku pastilah watak pertama iaitu Ana. Ana sanggup menolong ibubapanya untuk jual kuih di kampung untuk membayar yuran persekolahan mereka. Betapa luhurnya jiwa Ana pada masa itu. Kecil-kecil dah pandai memberi cadangan untuk berniaga dan ingin menolong ibubapanya meningkatkan lagi pendapatan keluarga mereka.

Kalau ada siri ini lagi, Najihah pasti akan baca kerana it never gets bored. Dan harganya juga berpatutan!. Buku ini juga tidaklah terlalu nipis dan terlalu tebal. just so-so. Jadi aku rasa memang berbaloi beli buku yang banyak pengajarannya. 

2 comments:

  1. this brings back memories. i love reading this when i was a kid

    ReplyDelete