Saturday, 11 November 2017

Warna Kegilaan : Merah !


Merah?. So...menyerlah, Kenapa suka warna merah?
Tak tahu lah, tapi apa yang pasti merah nampak cantik. Nampak berani, nampak strong. That's why Najihah suka warna itu kot. Semoga dengan menyukai warna itu, Najihah dapat aura positif dan tidak mengaku kalah. 

Mengikut saintifik. 
Merah merupakan mana-mana satu warna dalam sebilangan warna yang serupa pada frekuensi cahaya yang terendah yang dapat dilihat dengan mata manusia. Cahaya merah mempunyai julat panjang gelombang antara kira-kira 630 - 760 nanometer. Frekuensi yang lebih rendah digelarkan inframerah. - Wikipedia

Bagaimana boleh tiba-tiba tersuka pada warna merah?
Macamni...semasa di sekolah rendah, darjah 3 rasanya. Najihah termasuk dalam kumpulan warna merah pada waktu sukan sekolah. Lebih menabjubkan, Najihah 4 tahun berturut-turut dapat masuk dalam kumpulan merah yang sepatutnya orang lain akan bertukar-tukar warna setiap tahun. So dengan tak matangnya Najihah kata. Ohh, ini mesti warna yang ditakdirkan untuk aku. hahaha. Tapi apa yang pasti start dari situ, Najihah suka gila gila warna merah. Begitulah sejarahnya...

Warna merah ada banyak jenis. Apa dia?



Mengikut psikologi?
Warna merah menunjukkan satu nilai positif dan semangat yang kuat dalam individu seseorang. Dia melihatkan satu kekuatan yang kuat dan berkuasa dalam melakukan sesuatu.

Tetapi,
Disebabkan apa yang Najihah belajar di sekolah iaitu tabarruj (berlebih-lebihan) dalam berfesyen. Warna merah adalah warna yang manaik perhatian. Oleh itu, Najihah kurang keluar rumah pakai warna merah. Warna kedua Najihah suka adalah warna hitam dan pallete. Chaw!

2 comments:

Littlexme said...

Samaaa!!! Fav color sya pon merah! Samalah sekolah rendah pon sya rumah merah! Hahah..byknya Jenis warna merah.. Semua lawaaa

Nurul Najihah said...

wahhh sama la kita! tahu takpe semuanya cantik belaka!