Friday, 22 December 2017

Review Drama : Pengemis Itu Saudaraku

Asalamualaikum.

picture by Google

Pada awal 1 Disember, aku ada menonton movie melayu. Btw, ini first cerita melayu yang aku tengok. Serius!. Selama 11 bulan aku tak tengok drama melayu. Kali ini memang cerita ini memanggil namaku! Tengoklah~ tengoklah~

Dan bila aku tengok, wow! memang jalan cerita dia mantap. Dia bukan cerita cliche cerita melayu tapi cerita yang penuh pengajaran. Dani nama pangilan, nama sebenarnya adalah Danish. Kehidupannya berubah apabila kematian kedua ibu-bapa dan dijaga oleh pak cik dan mak ciknya yang mempunyai anak bernama Hairi.

Semasa Dani tinggal bersama Pak cik dan mak ciknya, Hairi sentiasa menjadi batu api terhada ibubapanya dan Dani. Ia menyebabkan Dani keluar dari rumah dan mula mengemis. Bertahun kemudian, walaupun Dani mengemis, Hairi masih mempunyai dendam di hati dan ingin memusnahkan lagi hidup Dani.

Telefilem istimewa ini sempena maulidur rasul.

Judul : Pengemis Itu Saudara Aku
Pelakon:

  • Izzue Islam
  • Amirul Faqeem
  • Ezzaty Abdullah
  • Izzy Reef
  • Firdaus Ghufran
Tarikh/masa disiarkan : Jumaat, 1 Disember 2017 10.00 malam 
Siaran : TV3
Pengarah : Along Kamaludin
Terbitan : Ansar Creative Media Sdn. Bhd

Sinopsis :
Hairi punca sebenar Danish mengemis kerana merebut harta milik keluarga sehingga menyebabkan Danish menimpa kemalangan suatu ketika dahulu. Kini, Hiri ingin memusnahkan kembali hidup Danish.

So far aku bagi cerita ini 4 bintang daripada 5. ⭐⭐⭐⭐✩

Saturday, 9 December 2017

Review Drama : Witch Court

Asalamualaikum.
Picture by : Asian Wiki

Hari ini aku nak review tentang drama yang sangat best. Sangat sangat sangat best. Drama ini menceritakan tentang seorang pendakwa raya (prosecutors) yang sudah berpengalaman bekerja selama 7 tahun, iaitu Ma Yi Deum. Dia menggunakan taktik dan helah luar kotak untuk menang sesuatu kes. Satu hari, dia dipindahkan ke 'division' khas yang menyiasat tentang kes jenayah seks

Drama : (English tittle) Witch at court
Direktor : Kim Young-Kyoon 
Writer : Jung Do-Yoon 
Watak utama : Jung Ryeo-Won - sebagai Ma Yi Deum
                      : Yoon Hyun-Min - sebagai Yeo Jin Wok
                      : Jeon Kwang-Leol - Cho Gab Soo
                      : Kim Yeo-Jin - sebagai Min-Ji Sok
                      : dan ramai lagi.

Pendapat penulis : 
Gred drama : A+

Tentang :
Ma Yi Deum hidup bersama ibunya di rumah yang kecil. Tidak terlalu miskin dan tidak terlalu mewah. Satu hari, ibunya hilang. Dengan kekuatan yang ada, dia teruskan hidupnya walaupun tanpa kasih sayang. Impian untuk menjadi doktor dibuang dan berusaha keras untuk menjadi pendakwa raya (prosecutors) yang hebat. Dalam perjalanan hidupnya, dia berjumpa dengan Yeo Jin Wok. Sejak itu, banyak rahsia-rahsia yang tidak diketahuinya terbongkar. Termasuk dengan kehilangan ibunya.

First Impression :
BOMB!. Siapa tidak merasa semangat apabila watak perempuan di dalam cerita ini adalah seperti Hero dan watak lelaki adalah Heroin?. Kalau dalam banyak-banyak cerita banyak sahaja watak perempuan yang lemah. (tak semua) tapi bukan drama ini!. Drama ini watak perempuannya memberi vibe yang semangat dan yakin yang sepatutnya ada di dalam semua perempuan. That's why kalau dah tertengok drama ini, memang akan terlekat. 

Ending dia juga memuaskan. Si pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan jahatnya. Walaupun drama ini tidak terlalu romance. Tetapi, cukup dengan watak Ma Yi Deum dan chemistry dengan rakan sekerja membuatkan cerita ini lebih menarik. Kadang-kadang, bosan juga cerita yang terlalu banyak romance bukan?. Kalau sesiapa yang kurang gemar drama korea + romace. Drama ini untuk anda!.
Thank you for reading this review!.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...