Monday, 4 December 2017

Alat Canggih Google Home?

Asalamualaikum.

Ini adalah alat magik yang pasti disukai ramai buat peminat tegar alat teknologi canggih. Nama pun Google. Maknanya apa-apa sahaja pertanyaan di minda boleh tanya macam itu sahaja! Wah! hebat bukan?. Peranti (device) yang pertama dikeluarkan di Amarika Syarikat pada bulan November 2016. Kemudian, keluaran seterusnya dikeluarkan pada tahun 2017 di seluruh dunia!.



Pembesar suara Google Home membolehkan pengguna untuk memberi arahan suara untuk berinteraksi dengan perkhidmatan melalui pembantu peribadi pintar Google yang dikenali sebagai Google Assistant. Antara kelebihan alat ini adalah pengguna dapat mendengar muzik,mengawal video dan foto gambar, atau mendapatkan berita sepenuhnya hanya dengan melalui suara!

Seterusnya, update April 2017 peranti ini boleh membezakan antara 6 orang suara yang berbeza. Bulan Mei 2017 pula, peranti ini di update termasuk kemas kini proaktif menjelang acara yang dijadualkan; respons visual pada peranti mudah alih atau televisyen yang membolehkan Chromecast; Streaming audio Bluetooth; dan keupayaan untuk menambah peringatan dan pelantikan kalendar.


Banyak review tentang alat ini ---> (GOOGLE HOME REVIEW).
Bukan Google Home sahaja! ada juga Google Home Mini dan Google Home Max.

Apa yang aku buat kalau aku ada alat ini.
Senang! tak payah buka hp dan komputer untuk cari maklumat. Tetapi, tertanya juga, alat ini memang kena speaking ke?. Yang Bahasa Melayu tak ada?. Hahaha. Jadi benda ini macam 'Siri' lah ya?. Tetapi lebih advance. Wahhh hebat betul ciptaan sekarang. Hmmm. Kalau nak tahu, alat-alat ini ada juga jegunaan seperti Google Home tetapi jenama yang lain seperti Amazon Echo, HomePod, dan INVOKE. Hebatnyaaa!

Website : home.google.com
______________________________________________________________________
References : 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...