Balik Kampung English Song Contest

Asalamualaikum.


Pejam celik pejam celik sudah akhir tahun dah. Alhamdulillah. Walaupun masa berlalu dengan pantas. Semoga segala perbuatan kita diredhai Allah. Malam jumaat aku dan keluarga akan pulang ke kampung. Wahhh rindunya nak hirup udara segar. 

Jadi dalam perjalanan balik kampung, ibu aku ada buat pertandingan.Hehe pertandingan menyanyi dalam kereta. Hadiahnya berupa wang tunai RM100 wahhh. (walaupun kitorang tahu tak semudah ibu nak bagi hehe) Apa-apapun apa kata kita hanya meluangkan masa berhibur dengan keluarga?. Tidaklah kereta terlalu sunyi dan semua orang buat hal masing-masing.

Yela, budak zaman sekarang bila dah ada hp seperti dah ada segala-galanya. Letak sahaja mereka di mana-mana even dalam hutan sekalipun, mereka akan survive. Serius. (ok berpada-padalah. analogi je) Jadi, sebelum balik kampung aku dan adik-adik perlu bersedia. Huhu siap print lagi lyrics.

Syarat-syarat :
  1. Kena hafal lagu
  2. Lagu mestilah berbahasa inggeris
  3. Suara sedap (ok ini pilihan)
List lagu masing-masing : 
  • Aku - The Climb (Miley Cyrus)
  • Balqis - Trust In Allah (Saif Adam)
  • Amni - I Am The Earth
  • Harith - Boboboy Galaxy Theme Eng Song 
  • Fahim - ABC's Song
Insyallah, nanti kalau dah tahu siapa menang aku roger-roger. Go!

No comments:

Post a Comment

Baca lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...