Berjaya Mengajar Fahim Untuk Potty Trainning

Asalamualaikum.

Mesti korang pelik dah kenapa si Najihah ajar budak potty trainning?. Hahah aku belum kahwin dan ada anak lagi la. Ini untuk adik bongsu aku. Even though ibu dan abah dalam proses ajar adik aku untuk belajar potty ini. Aku pun terlibat sama kerana aku kakak. Hahaha walaupun aku ini cliche tapi bertahan sahajalah.

picture by google
So, nak dijadikan cerita. Si Fahim itu dah nak masuk 4 tahun. Tapi still pakai pampers. So apa lagi?. Memang ibu dan abah boikot lah sekejap pampers. Aku ingat lagi, hari pertama masa nak trainning dia, dia kencing dalam seluar. Terus.

Jadi, sepanjang latihan potty trainning apa yang aku ajar Fahim?.

  • Aku akan sentiasa ulang dan tanya. Fahim, fahim nak kencing tak?. Aku ulang ulang ulang sehingga ke hari ini. Dah jadi habit dah pun. Tapi alhamdulillah setiap kali aku tanya dia, pasti dia fikir/rasa dia nak terkencing or tidak.
  • Setiap kali sebelum tidur, aku perlu dan wajib hantar adik aku ke toilet. Kalau tak, memang shuuuu air terjun mengalir.
  • Mak cik aku pernah ajar Fahim. Berak dan kencing dalam mangkuk tandas. Mungkin disebabkan mak cik aku ulang ulang ulang ayat yang sama, dia dah terhafal. Selalu sahaja bila tengah main lego tiba-tiba dia cakap berak dan kencing dalam mangkuk tandas. Woahh tak creepy ke hahaha.
  • Selalu cakap kat Fahim. Fahim kan dah besar. Kalau Fahim dah besar tak payah pakai pampers. Ok?. So disebabkan minda anak-anak yang curious dengan kehidupan orang besar, nak sahaja diorang jadi orang besar. Dengan itu juga, dia semakin lama-semakin malu nak pakai pampers.Percaya apabila dia automatik meninggalkan pampers, dia sudah menjadi dewasa.Uwekk.
  • Apabila diorang berjaya tahan shuuu dia dan kencing/berak di tempat yang sepatutnya. Puji mereka, puji sahaja. Kerana dengan pujian diorang akan terasa apa yang dilakukannya adalah perkara yang betul. Apa lagi, aku pujilah si Fahim itu gagah, Fahim yang kuat dan sebagainya.
  • Stay untuk potty training sehingga dia sudah bersedia.
Dan sampai sekarang, Fahim dah pandai untuk pergi ke tandas dan bagi tahu dia nak apa. Mula-mula memang susah tapi lama-lama ok dah. Serba sedikit aku tahu bagaimana proses potty trainning ini. Benda ini juga perlu banyak baca dari blogger-blogger yang lain. Kerana lain orang, lain ceritanya.
Thanks for reading!.

No comments:

Post a Comment

Baca lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...