Tuesday, 26 December 2017

Decblog - Apa Persediaan Korang Untuk Tahun 2018?.

Asalamualikum.
Credit : google Picture
Wah wah wahhhh dah nak masuk tahun 2018! Alhamdulillah masih sihat waalfiat. Jadi jadi jadi...apa yang korang perlu ada untuk tahun 2018 yang akan datang?

1. Azam baru 2018
Seperti biasa, untuk berjaya kita perlukan keazaman yang kuat. Nak berdisiplin, tulis. Nak sihat, tulis. Nak apa-apa sahaja azam sekalipun tulis. Biasanya kalau Najihah selalu buat azam baru di planner. Ada sahaja yang buat dalam kertas manila, kertas biasa lepastu tampal dekat dinding. ada juga yang buat azam secara visual iaitu dengan print gambar-gambar azam kita tu dan tampal tempat yang kita selalu pergi. Contoh depan pintu, depan cermin, tepi katil. Dengan cara itu, kita boleh menghasilkan Law Of Attraction.

2. Planner baru
Credit : Google Picture
Yeayyy ini benda yang Najihah suka! Planner! Planner Najihah dah ada Planner Syabab 2018. Gambar yang kat atas inilah Najihah punya planner. Cantik! dalam itu pun ada mutabaah amal, finance tracking dan sebagainya. Nak tahu lebih lanjut tentang planner ini, sila ke laman web Syabab. Ok ok. Korang perlu ada planner supaya hidup korang tersusun. Ada assigment boleh plan nak buat bila, ada events boleh catat supaya tak lupa. Apa-apapun you need to have your own planner. Ada je orang tak suka planner buku, so dia guna planner hp. Dalam hp kan ada calendar yang boleh kita plan. Ye la, hp kan semua orang pegang. bagai isi dengan kuku, aur dan tebing. Hahaha

3. Memaafkan dan meminta maaf
Semua orang tidak lekang dari membuat kesilapan. Pasti sahaja ada yang silapnya. Jadi kita perlu sentiasa meminta maaf kepada orang yang kita buat silap. Dan memaafkan sekiranya ada yang minta maaf kepada kita. Tak apa, kita kan tak sempurna. Tetapi tidak semestinya kita perlu selalu membuat kesilapan bukan?. Jadi, memaafkan dan meminta maaf adalah satu perkara yang perlu kita lakukan sebelum menjelang tahun 2018.

4. Muhasabah balik perkara yang kita lakukan pada tahun 2017
Ini maknanya throwback la, kalau kita ada buat silap. Betulkan dengan tidak melakukan kesalahan itu lagi untuk tahun baru ini. Throwback balik ujian-ujian yang ditimpa untuk kita. Belajar lagi banyak perkara supaya kita lebih matang untuk menyelesaikan masalah yang akan datang untuk hari-hari berikutnya.

5. Bersihkan...
Ya! bersihkan hati kita dengan bertaubat dan bersihkan rumah kita! Bergotong-royong rumah. Buang kotak-kotak dan sampah ataupun barang-barang yang tidak digunakan. Baju-baju yang tidak digunakan boleh derma ataupun beri kepada orang yang memerlukan. Tetapi pastikan baju itu masih elok dan boleh dipakai. Bersihkan meja study kita. Bersihkan beg-beg kita yang selalu bawa ke kelas. Bersihkan ruang tamu, bilik, dapur, tandas dan semua bilik-bilik yang korang ada. Bersihkan hp kita dengan gambar-gambar yang banyak selfie. hahaha, buang apps yang tak mahu guna. Dannn buang attitude buruk kita!

6. Habiskan/mulakan...
Habiskan tilawah Al-Quran ataupun mulakan tilawah/hafazan dari juz 1. konsisten untuk khatam Al-Quran. Habiskan semua novel-novel atau buku motivasi yang korang belum habis baca. Ataupun habiskan baca novel dan buku di mana korang berhenti baca.

7. Korang...
Ya, korang perlu fikir lagi apa persediaan korang untuk tahun 2018...

Semoga sedikit-sebanyak membantu korang untuk masuk dalam tahun 2018. Tahun baru, azam baru dan diri yang baru. 

4 comments:

  1. Dah dapat planner dah tapi tak banyak macam tahun ni. Azam pun dah start buat harapnya terlaksana lah separuh pun jadi lah

    ReplyDelete
  2. boleh slow slow buat ni, tq for sharing sis :))!

    ReplyDelete
  3. planner kite lebih kurang same.. cume cover je lain.. hihi

    ReplyDelete
  4. hi it's been a while. oh btw i love the planner

    ReplyDelete