Friday, 22 December 2017

Decblog - My Year 2017

Asalamualaikum.
Decblog - December blog

credit : Google picture
Masa itu cepat. Masa itu emas, perak juga berlian. Ada juga menganggap masa itu seprti nyawa kita. Perlu tepati dan jangan buang masa. Surah Al'Asr di dalam Al-Quran menjadi bukti. Masa yang pergi tidak akan kembali. Ikut kita nak beruntung atau rugi. Kerana akhirnya semuanya tercatat di kanan dan kiri.

Wahhh tidak sangka sudah mahu masuk tahun 2018 kan?. Sekejap sahaja masa. Jadi, aku nak kongsikan what's going on in my life this 2017. Banyak liku-liku kehidupan yang aku alami. Membuatkan aku lebih matang untuk akan datang. Doakan!

Tahun ini aku banyak belajar tentang kegagalan. Jack Ma Founder AliBaba ada kata, Get Used To Rejections. Membuatkan aku lebih bersemangat apabila banyak benda yang aku nak tidak menjadi kenyataan. Ya, sekiranya kau tiada Allah, kau tidak ada segala-galanya.

Pengorbanan ibu melahirkan aku juga aku kenangkan. Betapa susahnya untuk menjaga aku yang nakal dari kecil ini. (baca doa untuk ibubapa korang). Amin.

Tahun ini juga aku mula untuk bergiat balik untuk membuat blog. Dan! dan memulakan satu bisnes. Iaitu bisnes Pasta!. Alhamdulillah. Aku baru dalam bidang perniagaan, tetapi sedikit-sebanyak aku cuba untuk konsisten promote. (hehe tahun depan).

Aku menimba pengalaman di universiti swasta, KUIS. Banyak aktiviti yang dianjurkan pihak universiti dan fakulti membuatkan kehidupan di alam U tidaklah setress mana. Mendapat pointer yang bagi aku okla 3.5 untuk semeseter 1 islamic Banking. Bolelaaa. (walaupun nak sangat 4 flat!) Tapi syukur sahaja alhamdulillah...

Aku belajar kereta dan tunggu untuk lesen berada di genggamanku. Ya Allah permudahkanlah...Mendapat komputer dan kereta myvi warna merah! ahaks!. Tapi kereta itu belum official lagi huhu. Apa lagi ya... Oh! ibu abah banyak ke luar negara tahun ini. Semoga aku pun boleh travel satu dunia nanti insyallah. Ibu abah pergi Korea, China. Ibu pula UK, abah ke Las Vegas dan New York. Bestnya!

Insyallah. Jumpa lagi untuk Decblog akan datang!. Terima kasih!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...