Tuesday, 5 December 2017

Pindah Universiti

9:26p.m, aku mula menulis. Haha nak tengok berapa lama aku ambil masa untuk menulis post kali ini. Jadi, read if you dare kerana post kali ini sangat panjang. Alah bisa tegal biasa. Baiklah, bagaimana mahu mulakan?.

Credit : Tourism Selangor

Selepas peperiksaan SPM 2016, seperti biasa duduk mereput di rumah. Yang perempuan (aku latu) kena full time kemas rumah, masak, dan layan drama-drama korea yang tertangguh. Buatlah kerja yang berfaedah, asah balik bakat khat dan melukis. Dan! start balik buat blog. Setelah 8 tahun delete blog lama dan hiatus kerana tak tahu nak tulis apa dalam blog, akhirnya aku gagahkan juga diri aku untuk buat blog baru. #struggle. So Alhamdulillah blog aku yang baru ini aku maintain dan mula cari idea untuk menulis. Mempersembahkan, This Little Light Of Mine. Tadaaaaa!

Ok. Hari berganti hari, keputusan SPM 2016 pun tiba. Aku dengan gementarnya dapat keputusan dengan pasrah. Keputusan aku bukanlah tip-top tapi cukup-cukup makan. Alhamdulillah lulus. Tapi Allah ganti untuk keputusan agama aku SPPM (peperiksaan sekolah Musleh) dapat 7A2B. Peperiksaan itu meliputi subjek Hadis, Hafazan, Feqah, Sirah, Tajwid, Tafsir, KRSM, Tauhid/Aqidah dan (satu lagi ta ingat). So mestilah lepas SPM mulalah tawaran-tawaran universiti berlari-lari mengejar korang. (?). Apapun, pasti ada sahaja yang minta UPU bukan?. Kan kan? Dengan hati yang happy-go-lucky aku apply. 

Untuk UPU fasa 1, aku gagal. Tidak diterima.
UPU rayuan fasa 1, aku gagal lagi.
UPU fasa 2, gagal.
UPU rayuan fasa 2 (berhubung terus dengan pihak U) - LULUS! BERJAYA!

Apa pengajaran yang korang dapat?.
YA! jangan putus asa. Jangan mengalah. Jangan tawar hati. Aku mengaku aku memang dah "ahhh tak kisahlah! upu tak nak aku! takpe je! aku boleh hidup!" dan "Semua kawan aku dapat UPU, kenapa aku tak?" Tapi abah aku yang beri motivasi kepada aku dalam diam. Dia yang suruh aku apply lagi untuk U. Kali ini, terus dengan U tersebut. Alhamdulillah aku dapat.

Tapi masa itu aku sedang belajar di Universiti Swasta. Ya, kalau korang ada baca blog aku, aku masuk KUIS. Memang best! dekat situ ramai sahaja yang baik-baik belaka. Lagi-lagi kawan aku Husna. Dia yang ajar aku akaun sampaikan aku dapat 90.5% untuk test aku. (+Rezeki Allah kasi). Memang mula-mula berat hati nak pindah tapi tengok ibu abah kuatkan juga hati ini. 

Ikut sahaja kata ibu abah. 
So, semalam aku setelkan borang berhenti pengajian. Memang penat. Kena gerak sana-sini cari cop jaminan keluar untuk library, fakulti, mentor, hostel, bpm dan sebagainya. Alhamdulillah semuanya settle. Sekarang nak setelkan borang untuk masuk U baru pula. 

Jadi untuk adik-adik yang nak minta UPU tapi tak dapat, jangan putus asa. Korang boleh lagi untuk buat rayuan. Tak dapat, buat lagi tak dapat buat lagi. Aku tahu walaupun sakit, kata-kata orang yang menyakitkan hati, mata-mata yang memerli. Semua itu aku pernah rasa. Tapi, kenapa kita kena peduli tentang mereka?. Be tough ok?. 

Get used to rejection - Jack Ma Founder of Ali Baba

Untuk korang yang sudah melepasi alam SPM/UPU/Masuk Universiti, adakah ini pengalaman manis untuk korang?. Aku diberi peluang untuk merasa Sem 1 di universiti swasta. Itu bagi aku kelebihan untuk aku. Alhamdulillah pointer aku pun baik. Sangat baik. Dapat 3.5 ke atas Alhamdulillah. 

So secara rasmi dah aku keluar U dan sekarang tengah menanggur lagi. That's why korang nampak bulan November lepas yang sepatutnya aku masuk sem 2 tapi aku berblogging sahaja kerja. 

Pindah universiti adalah hak masing-masing. Ada sahaja best friend aku dapat UPU masuk uitm tapi dia masuk KUIS. Sebab apa?. Sebab tidak minat dengan kos yang ditawarkan. So dia masuk KUIS. Hak masing-masing. Semua U ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. So bukan bermakna aku pindah U lain sebab U yang aku duduk dulu tak best ok.Faham?. Baiklah. Doakan aku supaya semuanya berjalan dengan lancar.

p/s: Nak tahu aku masuk U mana?. Stay tuned! 
Eh kejap. Aku berhenti menulis pada pukul 10:31p.m. Berapa lama aku tulis post ini? 1 jam 5 minit?. Daebak.

4 comments: