Saturday, 9 December 2017

Review Drama : Witch Court

Asalamualaikum.
Picture by : Asian Wiki

Hari ini aku nak review tentang drama yang sangat best. Sangat sangat sangat best. Drama ini menceritakan tentang seorang pendakwa raya (prosecutors) yang sudah berpengalaman bekerja selama 7 tahun, iaitu Ma Yi Deum. Dia menggunakan taktik dan helah luar kotak untuk menang sesuatu kes. Satu hari, dia dipindahkan ke 'division' khas yang menyiasat tentang kes jenayah seks

Drama : (English tittle) Witch at court
Direktor : Kim Young-Kyoon 
Writer : Jung Do-Yoon 
Watak utama : Jung Ryeo-Won - sebagai Ma Yi Deum
                      : Yoon Hyun-Min - sebagai Yeo Jin Wok
                      : Jeon Kwang-Leol - Cho Gab Soo
                      : Kim Yeo-Jin - sebagai Min-Ji Sok
                      : dan ramai lagi.

Pendapat penulis : 
Gred drama : A+

Tentang :
Ma Yi Deum hidup bersama ibunya di rumah yang kecil. Tidak terlalu miskin dan tidak terlalu mewah. Satu hari, ibunya hilang. Dengan kekuatan yang ada, dia teruskan hidupnya walaupun tanpa kasih sayang. Impian untuk menjadi doktor dibuang dan berusaha keras untuk menjadi pendakwa raya (prosecutors) yang hebat. Dalam perjalanan hidupnya, dia berjumpa dengan Yeo Jin Wok. Sejak itu, banyak rahsia-rahsia yang tidak diketahuinya terbongkar. Termasuk dengan kehilangan ibunya.

First Impression :
BOMB!. Siapa tidak merasa semangat apabila watak perempuan di dalam cerita ini adalah seperti Hero dan watak lelaki adalah Heroin?. Kalau dalam banyak-banyak cerita banyak sahaja watak perempuan yang lemah. (tak semua) tapi bukan drama ini!. Drama ini watak perempuannya memberi vibe yang semangat dan yakin yang sepatutnya ada di dalam semua perempuan. That's why kalau dah tertengok drama ini, memang akan terlekat. 

Ending dia juga memuaskan. Si pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan jahatnya. Walaupun drama ini tidak terlalu romance. Tetapi, cukup dengan watak Ma Yi Deum dan chemistry dengan rakan sekerja membuatkan cerita ini lebih menarik. Kadang-kadang, bosan juga cerita yang terlalu banyak romance bukan?. Kalau sesiapa yang kurang gemar drama korea + romace. Drama ini untuk anda!.
Thank you for reading this review!.

4 comments:

  1. i really wanna start watching k dramas back

    ReplyDelete
  2. Macam best je! sya tak tengok lagi drama ni tapi tengah tengok drama nothing to lose :) best! pasal hakim. :) ok jap lagi nak tengok cerita ni online..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omg i know! memang Najihah tengah tengok cerita itu! wahhhh betulll besttt

      Delete

Blog This Little Light Of Mine hanyalah blog personal milik Nurul Najihah, di blog ini hanya menceritakan cerita harian Nurul Najihah, keluarga, Kawan-kawan, tentang review buku dan juga pengalaman di universiti. Segala post ini ditulis Nurul Najihah kecuali yang dinyatakan pemiliknya. Anda semua dilarang copy paste entry yang ditulis Nurul Najihah.

Sekian terima kasih. Have a nice day!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...