Monday, 11 December 2017

Wish list : Menunaikan Umrah Bersama Keluarga

Asalamualaikum.
picture by Google

Umrah. Mekah. Betapa aku nak sangat menunaikan umrah dengan keluarga. Waktu sekolah dulu, ramai kawan-kawan aku dah pergi umrah. Hahaha ada la juga rasa jeles. Eip, siapa tak jeles apabila ada kawan itu tiap-tiap tahun dapat menunaikan umrah. Najihah jeles. Tapi semua orang ada rezeki dia masing-masing. Insyallah satu hari nanti. Usaha, doa dan tawakal.

Aku berangan, apa agaknya perasaan aku masa itu. Aku nangis tak? (aku ini jenis sensitif sikit). Ya la, bayangkan dari tadika belajar sirah. Muallimah (cikgu perempuan) selalu cerita tentang mekah masa zaman sekolah rendah dan menengah dulu. Tempat rasulullah berdakwah, melawat makam. Ok ini sebak. Uwaaa nak nangis!

Aku suka sangat dengan matapelajaran sirah. Sejarah nabi. Nak sangat aku tengok Gua Hira', bukit safa dan marwa (tempat Nabi Ibrahim tinggalkan isterinya Siti Hajar dan Nabi Ismail). 
Bilakah panggilan itu datang?.

Untuk kaabah, aku tidak dapat rezeki untuk tengok depan mata sebelum pembinaan dibuat. Walaupun pembinaan itu memudahkan ramai manusia untuk melakukan ibadah tapi bagi aku situasinya berubah. Tanah yang sama tapi situasi berubah. Tapi takpe. Allah knows best.

Insyallah. Nak pergi, doa. Usaha dengan kumpul duit sikit-sikit. Ada rezeki, alhamdulillah.
Wahhh nak tahu sangat perasaan aku masa itu. Ya Allah, i'm waitting for the call.

yang kuat berangan,
Nurul Najihah.

4 comments:

  1. Amer tak berkesempatan nk ikut mak ayah kali ni.. berdoa sangat2 ada peluang nnt pergi sekali... Amer doakan Najihah jugak. Aminnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh terima kasih! Insyaallah ada juga nanti masa yang sesuai untuk Amer pergi. Doa untuk Amer juga insyallah!

      Delete
  2. Sya doakan kak Najihah dapat pergi buat umrah!!Amin... Sya berpeluang pergi tahun lepas.. Subhanallah tak terkata diri ni. Sya harap dapat pergi menunaikan umrah lagi :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh alhamdulillah. mesti best kan?. Insyallahhh

      Delete