Wish List : Nak jumpa Presiden Recep Tayyip Erdogan

Asalamualaikum
credit : Youtube
picture by Google

Kalaulah Youtubers Indonesia boleh berjumpa dengan Presiden Soekarno dan bekas Presiden Indonesia iaitu B.J Habiebie, mungkin tidak mustahil Najihah boleh berjumpa dengan Presiden Turki. Yes, i know peluang itu mungkin tipis. Ataupun memang tak ada pun peluang itu. That's okay. If you have Allah, you have everything. Tapi first, kena jadi Youtuber yang bertauliah dulu lah maknanya. Hmmm. Hahaha insyallah boleh. Kalau ada rezeki alhamdulillahhhhhhh. 

Kenapa aku nak jumpa presiden Turki ini?.
Najihah minat President ini dari tingkatan 4 lagi. Masa itu Najihah ada cita-cita nak sambung belajar universiti di Marmara University, Turkey. Tapi tiada rezeki. Walaupun masa itu semangat gila isi borang nak masuk. Tup tap tup tap belajar je kat Malaysia dulu hehe. Ok lari pula tajuk kenapa aku nak jumpa Presiden ini.

Tak tahulah. Mungkin Najihah terasa nak tengok dengan mata Najihah sendiri pemimpin yang berani. Nak sahaja minta advice darinya face-to-face supaya diri ini rasa semangat dan kuat. Nak minta pengalaman. Nak minta tandatangan (eh). Banyak sangat perubahan yang dilakukan presiden Turki ini kepada negaranya. Dari segi agama hingga ke ekonomi. Lantang bersuara. Thinking like a boss dan banyak lagi yang menarik. memang salute!

Hahaha mesti korang gelak sahaja. Ada ke budak ini nak jumpa presiden. 
Who cares, bukan artis sahaja ya yang boleh jadi idola. bahkan presiden dan perdana menteri juga!.

yang kuat berangan,
Nurul Najihah

2 comments:

  1. don't worry it's not wrong to dream of something big.

    ReplyDelete

Baca lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...