Monday, 1 January 2018

Bersiap-sedia Untuk Ke Universiti.

Asalamualaikum.

Kebanyakan kawan aku sudah masuk semester 2, tetapi aku pula ulang balik semester 1. Selama 3 bulan tanam anggur (menganggur) - sepatutnya cuti sem 1 bulan sahaja tetapi aku letak surat berhenti belajar jadilah 3 bulan tanam anggur. Buat pengetahuan korang, anggur kat rumah ini dah banyak dah. Siang malam aku tanam. Gigih betul!. (>.,<)

Credit Google Picture

Jadi esok 2/1/2018 aku perlu berdaftar di Universiti berkenaan. Alhamdulillah. Daripada Diploma perbankan islam ---> Diploma Muamalat. Aku tak tahu la sama ke tak tapi apa yang pasti aku nak belajar bersungguh-sungguh. Pernah tak rasa otak kau tepu?. Rasa macam tak ada ilmu pun yang kau dapat hahaha.Itulah aku rasa masa cuti 3 bulan. Padahal ada sahaja ilmu baru tapi tak hargai. Apa-apapun today is a big day. Tahun baru, azam baru, ilmu baru, semangat baru dan hati yang baru.
Mungkin, ada yang datang melamar. Hehe siapa yang melamar? Ajal ke jodoh?. (*,,*#)

Ajal dan jodoh.
Jodoh, sesuatu yang belum pasti kita miliki tetapi selalu kita risaukan.
Ajal, sesuatu yang pasti tetapi jarang kita ambil peduli.

Risau tak nak buat kawan baru di tempat baru?.
Kadang-kadang risau lah juga. Sebab masih tak ngam dan tak kenal kan. Tetapi percayalah, Allah akan datangkan kat kau seorang kawan yang sekepala dengan kau insyallah. Dapat yang tak baik bukan bermakna kita perlu tinggalkan kawan tersebut bukan?.

Alla' kulli hal, semoga semuanya berjalan lancar esok. Dan siapa yang dah beli planner baru 2018 jom plan dengan baik! insyallah Asalamualaikum!.

1 comment: