Dulu Peminat Penulis Ain Maisarah. Sekarang?

Asalamualaikum.

Najihah memang suka sangat dengan buku. Bau buku, pegang kulit buku, belek-belek buku. Memang ketagih. Pergi MPH, POPULAR, MUJI mesti nak juga beli buku sebelum keluar dari kedai. Ya Allah, ada juga terasa nak ada kedai buku sendiri sebab best gila duduk dikelilingi buku. Hahaha


Dulu aku bukanlah seorang budak perempuan yang minat membaca. Tetapi satu hari, ibu aku perli dekat aku.

"Najihah, tengok itu adik ibu banyak baca buku. Najihah pula? asyik-asyik tengok tv sahaja kerja." Mula-mula aku buat endah tak endah sahaja. Tetapi, lama kelamaan ego aku tercabar, aku mula nak baca buku. Heyyy ego perempuan jangan dicabar! Disangka kucing, rupa-rupanya harimau. Roarrr!!!

So aku dan keluarga aku ke PKNS dan ada jualan borong dekat bawah. Banyak buku diberi diskaun. Aku apa lagi, memang mata liar mencari buku yang diminati. Tiba-tiba aku ternampak buku Ain Maisarah. Aku pilih je buku itu. First aku beli buku penulis itu adalah Aku Mahu Ke New York 1.

Bila difikirkan balik, bukanlah aku  pilih buku berdasarkan tajuk. Tetapi berdasarkan nama Ain Maisarah itu nak sama dengan kawan baik aku. Nurin Aina Maisarah. Hahaha. Ok ok walupun pilih buku itu diebabkan nama penulis, lama-kelamaan aku tertarik untuk baca lagi buku-buku yang ditulis penulis.

Banyak koleksi (bagi aku) buku Ain Maisarah yang aku beli. Antaranya :

Aku Mahu Ke New York 1
Aku Mahu Ke New York 2
Aku Mahu Popular
Impiana
Impiana II
Impiana : Misteri Terbongkar
Impiana : Finale
Projek Diet
Hero Sri Bangsar : Hero Rebut Popular
Aku Mahu Lawan Hantu

Ini pula novel yang aku ada pinjam buku dari kawan. Disebabkan duit pokai aku tak mampu nak beli. Berhuhu lah kita. 
Aku Mahu Buli
Aku Mahu Teman Tapi Mesra
Dongeng Sri Bangsar : Cinderella VS Rapunzellah
Dongen Sri Bangsar : Duyung Diva & Si Tanggang

Tak silap itu sahaja buku aku yang aku pernah baca dari penulis. Hmmm. Jadi apabila meningkat remaja, aku kurang minat.Sebab sekarang aku banyak baca buku motivation dan business dari Robert T.Kiyosaki dan buku belajar huhu. Walaubagaimanapun, masa aku ke kedai buku hari itu, aku teringin sangat sangat nak beli semua koleksi Ain Maisarah!. Aku nak tahu apa yang terjadi pada Fasha Ketua The Wannababes, dan sebagainya!. Tetapi aku tahu aku perlu tahan nafsu. Alasannya kerana pokai. Sabarkah wahai hati...

Kalau aku kaya~ aku nak beli semua koleksi buku Ain Maisarah~
Nak baca semua~ Hingga puas hati~
Kalau aku kaya~ Kalau aku kaya~
Asalamualaikum.

6 comments:

  1. wahhh bagusnya ..akak pun suka baca buku robert kiyosaki..mcm best je tajuk2 lagu tu

    ReplyDelete
  2. tajuk lagu plak..tajuk buku..huhu

    ReplyDelete
  3. Robert kiyosaki had interesting books kan.. I always wanted to buy his books but end up amik buku lain.. So selalu baca macam tu.. But ain maisarah is a good writer too.. Dulu ikut jugak dia punya aku mahu size xl series..

    ReplyDelete
  4. ارخص شركة تنظيف منازل بالرياضخصم 50% -ركن كلين للخدمات المنزليه
    نعتمد على فريق عمل متكامل يقوم باستخدم مواد معنية تحتوى على معطرات وأدوات تنظيف مميزة كما أننا نعتمد على مناشف لا تغير من لون الاثاث اطلاقا بل تجعله جديدا وأنيقا مميزا افضل شركة تنظيف كنب بالرياض .
    شركتناشركة تنظيف سجاد بالرياض تتخصص فى القيام بأعمال تنظيف الموكيت ونظرا لحساسية التعامل مع الموكيت فشركتنا تعتمد على أدوات محددة لسلامة الموكيت وعدم تجريحه .
    شركة تنظيف موكيت شمال الرياض
    شركة تنظيف موكيت شرق الرياض
    شركة تنظيف موكيت غرب الرياض
    شركة تنظيف موكيت جنوب الرياض




    ReplyDelete
  5. Tak minat ain maisarah tapi bila pergi library mesti baca buku dia hahaha sebab best :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe best la juga kalau bosan tak tahu nak baca apa

      Delete

Baca lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...