Wednesday, 28 February 2018

Done Interim!

Aslamualaikum.

Interim menurut Google Dictionary,

Jadi  kalau Interim untuk UITM pula bermaksud belajar sementara sebelum masuk ke Sem 1. Minggu interim hanya ada 7 minggu untuk habiskan 3 subjek. Mengikut apa yang Najihah belajar, Najihah kena habiskan CTU101 iaitu Subjek Prinsip-prinsip Asas Islam, HBU111 Kesatria Negara, dan ELC121 English.

Alhamdulillah sudah test pada Isnin yang lepas. Doakan supaya Najihah berjaya dengan cemerlang ya. Terima kasih. Aminnn. Ok, Jadi Najihah bila dah habis Interim dapat 5 hari cuti sahaja. kadang-kadang mengikut cawangan universiti lain, diorang ada yang cuti sampai sebulan. Wahhh. Simpan lemaklah nampak gayanya.

Jadi hari Isnin minggu depan, Najihah dah boleh start untuk Sem 1. Kawan-kawan Najihah di KUIS dah Sem 2 dan nak final dah pun. Apa-apapun good luck lah ya semua!

Semoga sihat selalu!.

Thursday, 22 February 2018

Ujian

Asalamualaikum.

Sebenarnya lah kan, baru sahaja nak give up tulis diari ini. Alasannya?. Sebab sudah 2 hari tinggal blog. Hmmm alasan yang mantap untuk berhenti menulis bukan?. Baiklah, baiklah.

Hari ini last kelas untuk CTU101 Prinsip-prinsip Islam dan ELC121 English. Minggu depan semua orang ada test dan cuti interim untuk 5 hari. Lepas itu, mula kelas balik pada bulan 3. Masa bulan 3 itu semua yang pelajar UiTM Palam kembali ke sekolah. Eh, kembali ke Universiti.

Tadi dapat keputusan ujian. Tidaklah terlalu membanggakan tapi ok la tapi sedih juga tapi entahla. Sebab tak capai target. Lepas ini kena usaha lebih lebih lebih lagi. Betulkan niat belajar kerana Allah. Belajar kerana ummah memerlukan kita. Insyallah.

Bukan belajar untuk test kan?. Deep.


Esok hari full. Jumaat esok paginya ada program Andainya Rasullullah Bersama Kita dan petang itu ada kawad kaki. Hari Sabtunya pula ada ujian Kawad kaki. Najihah masuk Kesatria Negara. Baju pun dah dapat. Korang doa-doakannlah esok dan lusa semuanya baik-baik sahaja. Ahad cuti sekejap dan Isnin ada test Prinsip Islam dan English. Lepastu balik rumah! bukan rumah hostel. Rumah original. Hehe.


Pack tak pack jadual Najihah. Lemah lutut. Takpe! BERJUANG! MUJAHADAH!
(dalam hati hanya Allah yang tahu. *emoji nangis* sebab cari emoji tak ada huhu)

Semoga korang sihat selalu!.

Monday, 19 February 2018

Challenge Myself Untuk Diari Mahasiswa

Asalamualaikum.

Setelah Najihah berfikir masak-masak, Najihah nak challenge diri untuk menulis diari online atau cerita apa yang berlaku pada setiap hari sepanjang Najihah belajar di sini. Ini adalah salah satu cara untuk Najihah tidak lupakan blog kesayangan insyallah.

Pendahuluan.
Sepanjang Najihah berada di sini, Najihah tinggal dengan 8 orang ahli rumah. Setiap bilik mempunyai 2 orang penghuni. Bermakna ada 4 bilik dalam satu rumah. Di dalam rumah ini sebahagian mengambil Kos Diploma Muamalat dan sebahagian lagi Kos Diploma Pengurusan Halal.

Setiap hari ada sahaja perangai lucu yang ditonjolkan ahli rumah. Nak dijadikan cerita, semasa tengok cerita thriller IT (2017), langsung tidak takut kerana banyak sangat gelak.

Mari Najihah kenalkan ahli-ahli rumah. Semoga ini membantu untuk korang yang membaca diari ini nanti. Hehe

1) Tasha. (Kak Long)
Tasha ini roommate Najihah. Dia seorang yang rajin membaca buku. Sangat sayang keluarganya sehingga banyak kali telefon mak. Boleh juga dalam kategori manja. Hehe. Apa-apapun kami ahli rumah gelar Tasha ini Kak Long. Walaupun perangai on off tapi sesuai sahaja la jadi Kak Long. No offense.

2) Aina (Anak Pungut)
Ok, ok anak pungut itu hanya gelaran. Najihah tak tahu pula bagaimana si Aina itu dapat gelaran Anak Pungut. Tetapi dia ok sahaja. Dia seorang yang Happy-Go-Lucky. Tak sah tak gelak kalau duduk bersamanya. Semoga kegembiraan sentiasa dengannya. Amin...

3) Hidayah Hamzah (Kakak)
Rasanya panggilan kakak. Tapi Hidayah Hamzah adalah seorang yang pemurah gila-gila! semoga Allah merahmatinya. Serius! Tak kedekut langsung. Bila balik rumah selalu sahaja dia bawa balik makanan dan bagi kitorang. Sedap pun sedap!.

4) Putri (adik)
Putri adalah seorang peminat tegar K-Pop. Serius. 1 hari tak dengar lagu Korea dari dia memang tak sah. Disebabkan dia juga Najihah kadang-kadang terikut lagu twice. Hahaha. Dia dari kelantan dan juga seorang yang tidak lekok nak bagi pinjam barang. Najihah pinjam baju, pinjam iron dia bagi sahaja. Alhamdulillah...Pinjam kerana darurat ok.

5) Safura
First Impression tentang Si Safura ini satu sahaja. Cantik. Hahaha Safura ini memang kalau senyum sangat lawa. Seorang yang suka kacau Putri sampai Putri nangis. Seorang yang lawak ketika dia stress. Memang type yang hebat lah!

6) Hidayah Shahril (ayah)
Haaa ada 2 Hidayah di sini. Hidayah ini memang macam ayah. Perangai lawak-lawak dan peliks.com Tapi apa-apapun memang mentap lah characteristic dia. Dia pun jenis yang blur dan mulutnya kalau keluar sepatah perkataan mungkin korang akan gelak. Serius dia seorang yang bila masuk Raja Lawak boleh menang punya. Bergabung dengan Aina debommm. Pecah perut nanti semua orang.

7) Ain (mak)
Ain kami panggil mak sebab memang dia seorang yang suka menyapu, kemas bilik, basuh tandas suruh anak-anak mandi (kami la tu). Memang jenis mak punyalah. Banyak jasa mak dalam keluarga ini hahaha.

Baiklah, semoga Najihah istiqomah ya tulis diari a.k.a cerita semasa di universiti. Apa-apapun doakan!

Sunday, 18 February 2018

Melambaikan Tangan Buat Keluarga Tersayang

Asalamualaikum.

Credit : Google

Berakhirnya Tahun Baru Cina, maka berakhirlah cuti 3 hariku di rumah. Maka berhuhu lah Najihah dibuatnya. Alhamdulillah, kali ini keluarga, mak cik-mak cik dan nenek ikut hantar Najihah balik kolej. Walaupun dalam keadaan tergesa-gesa nak balik bersyukur lah juga kerana mereka masih ada disisi. Bayangkan, baru duduk 2 bulan di kolej dah balik rumah 6 kali. Hahaha. Tetapi bersebab ok. Nak test jpj lah, nak buat lesen lah dan sebagainya.

Ibu kata,

Balik rumah banyak kali bukan dengan balik kosong. Balik ini sebab nak recharge semangat dan tenaga untuk bawa belajar di universiti nanti.

Betul juga apa ibu kata, bila balik rumah ini, rasa macam terhutang budi sahaja dengan parents. That's why itu boleh jadi pendorong untuk sentiasa belajar dengan bersungguh-sungguh. Lagipun nanti Najihah periksa interim. Semoga semangat itu berkekalan sehingga PhD. Amin...

Selamat Tahun Baru Cina. Najihah ada kawan muslim yang sambut Chinese New Year sebab parents dia chinese. Wahhh seronok juga bila boleh belajar budaya lain bukan?.

Xīnnián hǎo
Guònián hǎo
Xīnnián kuàilè

HAPPY NEW YEAR!

Maka, melambailah Najihah tangannya ke keluarga yang tercinta. Semoga Allah merahmati mereka selalu.

Thursday, 8 February 2018

Wah! Lah Fahmi Memang Mencuit Hati!


Asalamualaikum.

Mesti dekat sini ramai yang kenal Matluthfi. Of course la kan?. Tapi korang kenal tak Lah Fahmi?. Ada khabar angin kata yang Lah Fahmi ini adik Matluthfi. Hmmm tak tahu betul atau tidak tapi apa yang penting diorang memang lawak!

Dalam video ini memang dapat menghiburkan hati kalau korang tengah stress dengan exam ataupun melalui kepayahan kesedihan korang. Ya Allah best betul bila nampak pengalaman orang lain pergi study oversea. Bestnyaaa.

Part yang paling lawak semasa Fahmi dan kawannya Anaih (ataupun nama dia Anas haha tak tahulah aku) menyanyi. Hahaha. Lepastu masa Fahmi kata:

Ini sebenarnya tasik tuan-tuan, tuan-tuan ini tasik! tapi tasik telah beku!!! 

Hahaha banyak lagi lawak yang mereka tonjolkan dalam video ini. Masa berusaha nak lari daripada anjing, lepas itu part yang paling-paling lawak masa menyanyi old McDonald hahaha. Ya Allah terhibur tengok diorang. Sama-sama lawak. Matlutfhfi mahupun adiknya Lah Fahmi (mungkin).

Youtuber macamnilah yang Najihah suka. Beri motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh. So bila Najihah ada macam putus asa nak belajar pasti video ini menaikkan semangat aku! Lagi-lagi lagu dia pun memang kena sahaja dengan video. Baiklah Asalamualaikum!

Jangan lupa subscribe video Lah Fahmi tau! Asalamualaikum.

Youtube : Lah Fahmi

Bestnya pergi Mount Fuji!

Asalamualaikum.

Credit : Google

Jepun adalah satu tempat destinasi aku sekiranya ada rezeki nanti. Salah satu tempat yang aku nak pergi adalah Mount Fuji!.

Mount Fuji atau dikenali sebagai Fujisan adalah gunung yang paling tinggi di Jepun dengan ketinggian 3776 meter. Dan baru Najihah tahu yang Mount Fuji ini sebenarnya adalah gunung berapi yang masih aktif dan mengikut kepercayaan masyarakat Jepun, gunung ini sangat terkenal dan dianggap suci.

Kalau bercerita tentang gunung, pastilah tidak lari dengan tajuk mendaki! Jadi, kalau korang pergi mendaki pastilah ada adab-adabnya bukan?

Bagaimana untuk mendaki Mount Fuji?
Susah atau tidak nak mendaki gunung itu?

Mengikut artikel dalam web Japan-guide untuk pendakian ke puncak tidaklah terlalu sukar. Jalannya hanya berbatu-bata pada sesetengah titik. Tetapi korang jangan risau kerana ada tanda-tanda amaran atau peringatan seperti angin ribut tiba-tiba dan batu-batu jatuh.

Barang-barang yang perlu dibawa untuk mendaki.
  1. Kasut yang sesuai - Kasut yang disarankan bawa adalah kasut hiking. Kerana apabila ada angin ribut, kasut itu dapat menjaga kaki kita
  2. Baju yang sesuai - Pakai baju yang dapat memelihara badan kita daripada suhu yang terlalu sejuk dan angin yang kuat. Sarung tangan juga disarankan untuk bawa.
  3. Lampu suluh - Sekiranya korang mendaki pada waktu malam, korang perlu ada lampu dan kenanyakannya orang akan bawa lampu kepala. Senang untuk 2 tangan kita bergerak bebas tanpa perlu bersusah untuk pegang lampu
  4. Bawalah makanan dan air yang mencukupi. Walaupun ada pondok gunung yang ada menyediakan makanan, harga meningkat apabila perjalanan lebih tinggi. Dan jangan lupa untuk bawa semua sampah turun kerana tiada tong sampah awam disediakan.
  5. Duit - Duit juga diperlukan ketika kecemasan, ketika ingin ke toilet dan mahu membeli oksigen dalam tin atau air. 
  6. Hiking stick (terpulang mahu bawa atau beli atau tidak) Tetapi kebanyakan pendaki selalu guna alat ini untuk membantu mendaki dengan lebih baik.
Adab ketika mendaki?
  • Jangan membawa pulang batu 
  • Jangan memetik tumbuh-tumbuhan
  • Jangan memasang khemah di gunung
Wahhh bestnya! Ini hanya ilmu yang Najihah dapat dari Japan-guide.com. Sekadar menaruh harapan untuk satu hari nanti dapat pergi Mount Fuji. Amiiin...

Monday, 5 February 2018

Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG

JOM JOIN GIVEAWAY LUBUK SENI!!!

Seronok tau join giveaway LubukSeni.com
So far, puas hati dengan hadiah yang di-offer. Selain spesis jarang ditemui, hadiah meleleh tu untuk ramai pemenang. Kali ni, pemenang untuk 5 orang. Ramai tuhhh, rugi la tak join kanss.
Nak join giveaway? Klik je gambar bawah ni ya!


Banyak rupanya entry menarik kat LubukSeni.com . Kalau sesaperrr minat seni eloklahh singgah blog ni sebab memacam idea uols boleh dapat. Antara perkongsian dalam blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah tu, jom Follow BLOG Lubuk Seni [tekan sini] Jom korangg follow LubukSeni sebab lepas ni, banyak lagi entry kreatipp penuh warna-warni. 
Follow rerapatt okke!

FEBRUARY GIVEAWAY by Lady in Red Planner

Asalamualaikum.


Yeayyy Giveaway dari Lady Red Planner menjelmaaa!. Baiklah soalannya adalah (bunyi drum):
Apa yang anda suka baca dalam blog seseorang?

1) REVIEW BUKU
Najihah suka sangat kalau ada orang review buku-buku. Lagi-lagi buku yang ke arah motivation business. Macam buku Robert T.Kiyosaki. Lagi buku tentang kehidupan Youtuber seperti buku Matluthfi, Reach Your Dreams by Wirda Mansur (Indonesia), Rentang Kasih by Gita Savitri Devi (indonesia) dan banyak lagi. Najihah juga suka baca buku selain daripada bahasa melayu seperti bahasa Indo dan inggeris.

2) REVIEW DRAMA
Kalau tak tahu nak tengok drama apa, mesti nak baca review orang cerita mana best. Movie mana yang membuatkan kita pecah perut. So kadang-kadang nak tahu juga pendapat orang lain tentang movie yang ditengok mereka. Thats why Najihah on sahaja orang yang buar review-review drama ini.

3) SKIN CARE
Najihah nak menjaga kulit. Tetapi kadang-kadang tak tahu apa yang perlu dijaga. So dengan orang menulis maklumat tentang produk skin care mungkin boleh membantu Najihah untuk menjaga kulit dengan lebih baik.

4) FAV THINGS
Semua orang ada barang kegemaran mereka sendiri. kalau Najihah, Najihah memang obses dengan buku nota dan buku. Mesti sahaja buku-buku itu bawa ke mana-mana. So Najihah enjoy baca orang lain punya fav things. Kenapa dia suka, macammana boleh suka dan sebagainya. Entah-entah mungkin boleh buat Najihah tersuka sama dengan barang yang mereka suka. Ops.

5) TRAVELLING
Ini paling best! best sangat-sangat. Seronok bila nampak ada yang blogger bawa family keluar melancong dalam negara meskipun luar negara. Wahhh bestnyaaa!!!

Mungkin itu sahaja yang membuatkan Najihah untuk lebih tertarik baca blog orang lain. Hehe. Jom ramai-ramai memeriahkan lagi segmen Lady In Red Planner!!! Yoshhh!

Segmen Blogwalking By Zati

Asalamualaikum.
Fun facts : Setiap kali tulis Asalamualaikum dekat post mesti tak ada orang comment waalaikumussalam balik hahaha. Just kidding.

Yeay segmen lagiiiii.

Ok ok Najihah taggg (bunyi drum)

  1. Perdu Cinta (https://perducinta.blogspot.my/)
  2. Syamimi Saad (http://www.syamimisaad.com/)
  3. Nieza (https://thisni3zahata.blogspot.my/)
Jom merahkan lagi segmen blog Zati! Terima kasih daun keladi...

A SFRNFZL Giveaway

Asalamualaikum.


Segmen lagiii. Engkorang kena juga masok!.
Nak menyertai segmen kali ini senang sahaja dan hadiah dia pun lagi bomb! Ok syarat-syaratnya apa?

  • Hanya warganegara Malaysia
  • Ada Blog sendiri 
  • Follow blog : SFRNFZL 
  • Buat entri baru, dan sila rujuk blog SFRNFZL 
Saya suka berblogging kerana...

Kerana mempunyai blog sendiri bagai terasa bagai ada satu empayar sendiri. Boleh buat apa sahaja yang kita mahu dalam blog sendiri. Kalau rakan kita di Palestin,Syria dan lain negara berperang menggunakan senjata. Aku di sini berperang dengan pena dan kata-kata.

Kerana untuk menuntut ilmu perlu ada duit. Maka dengan berblogging juga boleh menjadi punca pendapatan untuk meneruskan pembelajaran di peringkat lebih tinggi. Walaupun kesannya tak nampak secara drastik, tapi insyallah satu hari nanti berblogging boleh menjadi penentu untuk meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna.

Kerana dengan berblogging boleh membuka mata-mata aku untuk mengenal dunia dengan lebih jelas. Tidak terhad untuk bergaul dengan insan yang sebaya dengan aku sahaja, bahkan boleh mengenal blogger-blogger lain yang banyak pengalamannya.

Kerana berblogging juga dikira sebagai ibadah sekiranya buat kerana-Nya. 

Kerana ia dapat mendidik dan memaksa aku untuk banyak membaca pengalaman orang lain. Dengan itu, budaya membaca dapat dipupuk walaupun di alam maya.

Kerana aku suka tulis dan hurai banyak-banyak. Dimarahi karangan terlalu panjang hingga 5 muka surat maka di blog sahajalah tempat aku hurai isi walaupun isi itu hanyalah isi yang simple haha. 

Kerana rakan-rakan di blog kadang-kadang lebih approachable dari yang lain.

Kerana ada banyak giveaway yang boleh disertai dan mendapat hadiah tanda persahabatan blogger. (tanda perhubungan diplomatik gitu)

Kerana...
Udah-udahlah Najihah. Dengan ini aku menutup akhir kata dengan sebuah pantun yang tidak bertauliah. Maaflah sekiranya ayat aku hari ini bunyi seperti serius. Hal ini kerana aku baru sahaja selesaikan assigment aku. hehe

Naik bas kena tahan,
Kalau diberi pilihan,
Boleh tak nak polaroid. 😬

Sunday, 4 February 2018

Bila Duduk Universiti Kempunan Nak Makan Dia Lain Macam

Asalamualaikum.

Siapa yang duduk asrama/dorm/rumah mesti pernah sahaja rasa nak makan macam-macam. Begitulah juga blogger blog ini. Kempunan nak makan banyak-banyak. Ya Allah. Nafsu sahaja itu. Tapi, kalau beli makanan mesti nasi dia hmm lebih 'banyak' sikit dari lauk. Najihah macam itulah.

Nasi dikira RM1 lah kononnya. Satu kuah dan lauk mungkin RM2. Semuanya RM3 yeayyy. Tapi kalau masakan panas mesti sahaja RM4 atau RM5. Mungkin bagi korang RM5 dikit sahaja. Tapi Najiha...Najihah...pokai. (berjimat keterlaluan sebenarnya). Apa-apapun setiap kali Najihah beli makanan Najihah tulis dalam planner berapa ringgit makan sehari.

So Jannuary 2018 dah lepas kan? kan? kan? Bila dikira balik berapa Najihah makan rasa macam nak pengsan sahaja hahahah. Semua jumlah Najihah makan bulan lepas RM98. Wahhh banyak gila!
Tapi Najihah dah tahu apa yang Najihah boleh kurangkan. Sebenarnya Najihah selalu beli air masak. 1 botol besar RM2. masa itu tak jumpa lagi mesin air, so yeahh...

Jadi bulan ini Najihah dah tak nak beli air botol. Isi sahaja dekat mesin yang guna duit sen itu. Dan target untuk makan bulan ini mungkin boleh kurangkan. Hehe, RM98 kepada RM85. Bukan nak berlapar, tapi berpuasa mungkin.

Ya Allahhh teringin nak makan Ikan Patin, Ok dah tulis ini pun teguk air liur huwaaa kepada adik-adik yang bersekolah...janganlah membazir makanan. Kerana duit yang nak kena beli makanan itu susah untuk dicari. Bila mak masak makan lah sampai habis.Di samping menggembirakan hati ibu, juga korang dapat gembirakan hati perut kamu. Sesungguhnya belajar di Universiti ini makanan perlu dicari tetapi sekiranya bulan jatuh ke riba ucaplah alhamdulillah...

Sebelum akakmu lagi cakap dengan mengarut baiklah kamu jaga perut. Ingat pesanan kakakmu yang lapar dan kempunan nak makan banyak ini. Marilah kita melihat gambar makanan yang sedap sedap di Google. Mudah-mudahan perut juga terasa kennyangnya.

 

Saturday, 3 February 2018

Segmen Jari Jemari Menari Bloglist

Asalamualaikum.


Yeay yeay yeayyy segmen yang kedua yang Najihah sertai tahun ini. Ok, seperti biasa setiap segmen mestilah ada syarat yang peserta perlu ikut kan. Kak Ika kata komen apa-apa yang dapat improve kan blog Kak Ika. Meh sini Najihah kecam komen. Ops tersalah type pula hehehe. Joking joking je ya Kak Ika...Jangan marah~

First Impression buka blog ini pada Tahun 2018. Terang-terang Najihah tulis tahun 2018 ok. Hahaha Najihah dah follow lama jugakla Kak Ika (ecece lama tak lama tahun 2017 juga hahaha). Lawak hambar. Lagipun takdelah nak komen banyak sebab Kak Ika dah banya pengalaman. Start blog tahun 2012 lagi. So Najihah ini dikira sebagai newbie berpengalaman lah juga (hahaha nak jugaaa ada perkataan pengalaman). Mestilah nakkk Najihah ini nampak sahaja newbie tapi dah tahu dan buat blog dari darjah 5 lagi. Lepastu buat blog-delete-buat blog-delete balik. Al-maklumlah masa itu tak istiqomah. (puji diri sendiri). Ya Allah, itulah siapa suruh bagi Najihah tulis post. Ada sahaja nak diceritakannya.  

Najihah. Focus! 

Baiklah bila sahaja bukak blog ini memang cepat. Takde loading-loading. Cepat bak boboiboy halilintar!. Nampak sahaja pink pasti seorang blog seorang perempuan. (mentaliti masyarakat, pink sahaja mesti perempuan. Kesian lelaki pakai baju pink dikategorikan sotong hahaha). Eip focus!. 

Lepas itu, Header 'Jari Jemari Menari' teringat pula watak Abang Sally dari cerita upin Ipin. Abang Sally pun ada blog kannn. Nama blog dia jari Jemari Sally. hahaha. Untuk Header ok sahaja. Lagipun header Najihah sendiri perkataan so no offence la. Header itu cantik. Serius!

Lupa pula icon untuk blog. Macam orang pro sahaja SS. Itu pun nampak lah betapa berpengalammnya akak bebblogging. Untuk archive Najihah suka panjang-panjang. Itu membuktikan yang kita ini active menulis hahaha. Najihah pun buat macamtu. Bila orang ternampak dan senang dia nak klik baca post yang kita terbitkan bulan itu. Boleh jadi clickbait juga sebenarnya.

Tapi kan, setiap kali Najihah pergi blog orang Najihah selalu buka page 'About Me' tapi akak punya tak ada. Bagi najihah kalau nak tahu lagi tentang seorang blogger itu Najihah nak baca lah dia punya biodata. Tapi ok je (lagipun najihah pun tak ada about me/sebagainya) Sebab tak tahu nak tulis apa. 

Untuk yang icon hitam kecil yang ada icon twitter, facebook, pinterest semua itu akak memang tak letak link ya?. Bukan apa, kalau orang lain nak follow  kalau dia tekan still berbalik kepada blog akak. Tapi entahla orang lain cita rasa dia lain-lain. 

So far post-post akak ok sahaja. Banyak maklumat dan review yang boleh diambil tahu. Ikut sahaja kata hati akak nak buat blog macammana. Sebab akan ada satu keunikan seorang blogger itu yang membuatkan orang lain nak baca lagi akak punya blog. Kalau asyik ikut kata orang takut nanti diri pula yang tak suka. Menyebabkan mungkin nanti tak bersemangat nak update blog. Itulah Najihah rasa masa tahun 2010 dulu. Asyik nak ikut blog orang sahaja. nak belajar tak apa tetapi ini sebijik nak post apa yang blogger lain post. Bila kehidupan diri sendiri terasa bosan dan tak bersyukur dengan apa yang ada, mulalah nak jeles sana sini kenapa blog tak cantik, kenapa tak itu, tak ini. 

Haaaa tengok kan jauh benor dari tajuk utama. Itu sahaja kak nak komen. Tak boleh lebih-lebih. Mengarut nanti dibuatnya. 

Goodluck akak dengan kerjaya blog akak. Do it with passion. Doakan Najihah juga dapat menulis dengan post yang bermanfaat. Well then, (semoga blogger lain minta untuk mereviewkan blog mereka. bab bab kecam komen ini memang my forte. Hahaha. Goodbye...Asalamualaikum!

Segmen Blogwalking by Miss Kepeng

Asalamualaikum.

Ehem, ehem testing mic 1...2...3...
Menulisnya aku tentang post kali ini adalah tentang segmen yang aku join. Iaitu Segmen Blogwalking bye Miss Kepeng!!!

Dengan ini saya tag

  1. Sherlyanna Angiela Martin (http://sherlyanna97.blogspot.my/)
  2. Izzah Alya (http://floralyaa.blogspot.my/)
  3. Qamilla Aisya (http://qamillaaisya.blogspot.my/)
Jom sertai ramai-ramai! ini segmen pertama yang Najihah join tahun 2018 ini hehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...