A SFRNFZL Giveaway

Asalamualaikum.


Segmen lagiii. Engkorang kena juga masok!.
Nak menyertai segmen kali ini senang sahaja dan hadiah dia pun lagi bomb! Ok syarat-syaratnya apa?

  • Hanya warganegara Malaysia
  • Ada Blog sendiri 
  • Follow blog : SFRNFZL 
  • Buat entri baru, dan sila rujuk blog SFRNFZL 
Saya suka berblogging kerana...

Kerana mempunyai blog sendiri bagai terasa bagai ada satu empayar sendiri. Boleh buat apa sahaja yang kita mahu dalam blog sendiri. Kalau rakan kita di Palestin,Syria dan lain negara berperang menggunakan senjata. Aku di sini berperang dengan pena dan kata-kata.

Kerana untuk menuntut ilmu perlu ada duit. Maka dengan berblogging juga boleh menjadi punca pendapatan untuk meneruskan pembelajaran di peringkat lebih tinggi. Walaupun kesannya tak nampak secara drastik, tapi insyallah satu hari nanti berblogging boleh menjadi penentu untuk meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna.

Kerana dengan berblogging boleh membuka mata-mata aku untuk mengenal dunia dengan lebih jelas. Tidak terhad untuk bergaul dengan insan yang sebaya dengan aku sahaja, bahkan boleh mengenal blogger-blogger lain yang banyak pengalamannya.

Kerana berblogging juga dikira sebagai ibadah sekiranya buat kerana-Nya. 

Kerana ia dapat mendidik dan memaksa aku untuk banyak membaca pengalaman orang lain. Dengan itu, budaya membaca dapat dipupuk walaupun di alam maya.

Kerana aku suka tulis dan hurai banyak-banyak. Dimarahi karangan terlalu panjang hingga 5 muka surat maka di blog sahajalah tempat aku hurai isi walaupun isi itu hanyalah isi yang simple haha. 

Kerana rakan-rakan di blog kadang-kadang lebih approachable dari yang lain.

Kerana ada banyak giveaway yang boleh disertai dan mendapat hadiah tanda persahabatan blogger. (tanda perhubungan diplomatik gitu)

Kerana...
Udah-udahlah Najihah. Dengan ini aku menutup akhir kata dengan sebuah pantun yang tidak bertauliah. Maaflah sekiranya ayat aku hari ini bunyi seperti serius. Hal ini kerana aku baru sahaja selesaikan assigment aku. hehe

Naik bas kena tahan,
Kalau diberi pilihan,
Boleh tak nak polaroid. 😬

6 comments:

  1. hahaha kerana .. berblogging itu sgatlah best! hehe
    all the best :)

    ReplyDelete
  2. haaa betul tu dekat blogger ni ramai yang mesra & tak lokek ilmu

    ReplyDelete
  3. good luck :)

    http://aztieyshana.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. Hai, Farah singgah dari GA yang sama. Good luck :D

    https://chumellcute.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html

    ReplyDelete

Baca lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...