Thursday, 8 February 2018

Bestnya pergi Mount Fuji!

Asalamualaikum.

Credit : Google

Jepun adalah satu tempat destinasi aku sekiranya ada rezeki nanti. Salah satu tempat yang aku nak pergi adalah Mount Fuji!.

Mount Fuji atau dikenali sebagai Fujisan adalah gunung yang paling tinggi di Jepun dengan ketinggian 3776 meter. Dan baru Najihah tahu yang Mount Fuji ini sebenarnya adalah gunung berapi yang masih aktif dan mengikut kepercayaan masyarakat Jepun, gunung ini sangat terkenal dan dianggap suci.

Kalau bercerita tentang gunung, pastilah tidak lari dengan tajuk mendaki! Jadi, kalau korang pergi mendaki pastilah ada adab-adabnya bukan?

Bagaimana untuk mendaki Mount Fuji?
Susah atau tidak nak mendaki gunung itu?

Mengikut artikel dalam web Japan-guide untuk pendakian ke puncak tidaklah terlalu sukar. Jalannya hanya berbatu-bata pada sesetengah titik. Tetapi korang jangan risau kerana ada tanda-tanda amaran atau peringatan seperti angin ribut tiba-tiba dan batu-batu jatuh.

Barang-barang yang perlu dibawa untuk mendaki.
  1. Kasut yang sesuai - Kasut yang disarankan bawa adalah kasut hiking. Kerana apabila ada angin ribut, kasut itu dapat menjaga kaki kita
  2. Baju yang sesuai - Pakai baju yang dapat memelihara badan kita daripada suhu yang terlalu sejuk dan angin yang kuat. Sarung tangan juga disarankan untuk bawa.
  3. Lampu suluh - Sekiranya korang mendaki pada waktu malam, korang perlu ada lampu dan kenanyakannya orang akan bawa lampu kepala. Senang untuk 2 tangan kita bergerak bebas tanpa perlu bersusah untuk pegang lampu
  4. Bawalah makanan dan air yang mencukupi. Walaupun ada pondok gunung yang ada menyediakan makanan, harga meningkat apabila perjalanan lebih tinggi. Dan jangan lupa untuk bawa semua sampah turun kerana tiada tong sampah awam disediakan.
  5. Duit - Duit juga diperlukan ketika kecemasan, ketika ingin ke toilet dan mahu membeli oksigen dalam tin atau air. 
  6. Hiking stick (terpulang mahu bawa atau beli atau tidak) Tetapi kebanyakan pendaki selalu guna alat ini untuk membantu mendaki dengan lebih baik.
Adab ketika mendaki?
  • Jangan membawa pulang batu 
  • Jangan memetik tumbuh-tumbuhan
  • Jangan memasang khemah di gunung
Wahhh bestnya! Ini hanya ilmu yang Najihah dapat dari Japan-guide.com. Sekadar menaruh harapan untuk satu hari nanti dapat pergi Mount Fuji. Amiiin...

6 comments:

Listiya's said...

Fujisan 😍😍😍 semoga keinginannya ke Jepang dan Gunung Fuji tercapai yaa~ aku juga pengen ^^

Raydah said...

i wish i could go there too

farhanna jafri said...

kenapa tak boleh ambil batu dekat sana?

Najihah Amzi said...

aku jugaaaa.

Najihah Amzi said...

Insyalahhhhhh

Najihah Amzi said...

Apa yang Najihah tahu, diorang ini hormat alam-alam dan lagi-lagi mount fuji ini dianggap suci. Dan memang orang Jepun ini sangat beradab kan? even batu pun tak boleh kutip. Najihah masa kecil rileks je ambil kerang di pantai hehe