Sunday, 4 February 2018

Bila Duduk Universiti Kempunan Nak Makan Dia Lain Macam

Asalamualaikum.

Siapa yang duduk asrama/dorm/rumah mesti pernah sahaja rasa nak makan macam-macam. Begitulah juga blogger blog ini. Kempunan nak makan banyak-banyak. Ya Allah. Nafsu sahaja itu. Tapi, kalau beli makanan mesti nasi dia hmm lebih 'banyak' sikit dari lauk. Najihah macam itulah.

Nasi dikira RM1 lah kononnya. Satu kuah dan lauk mungkin RM2. Semuanya RM3 yeayyy. Tapi kalau masakan panas mesti sahaja RM4 atau RM5. Mungkin bagi korang RM5 dikit sahaja. Tapi Najiha...Najihah...pokai. (berjimat keterlaluan sebenarnya). Apa-apapun setiap kali Najihah beli makanan Najihah tulis dalam planner berapa ringgit makan sehari.

So Jannuary 2018 dah lepas kan? kan? kan? Bila dikira balik berapa Najihah makan rasa macam nak pengsan sahaja hahahah. Semua jumlah Najihah makan bulan lepas RM98. Wahhh banyak gila!
Tapi Najihah dah tahu apa yang Najihah boleh kurangkan. Sebenarnya Najihah selalu beli air masak. 1 botol besar RM2. masa itu tak jumpa lagi mesin air, so yeahh...

Jadi bulan ini Najihah dah tak nak beli air botol. Isi sahaja dekat mesin yang guna duit sen itu. Dan target untuk makan bulan ini mungkin boleh kurangkan. Hehe, RM98 kepada RM85. Bukan nak berlapar, tapi berpuasa mungkin.

Ya Allahhh teringin nak makan Ikan Patin, Ok dah tulis ini pun teguk air liur huwaaa kepada adik-adik yang bersekolah...janganlah membazir makanan. Kerana duit yang nak kena beli makanan itu susah untuk dicari. Bila mak masak makan lah sampai habis.Di samping menggembirakan hati ibu, juga korang dapat gembirakan hati perut kamu. Sesungguhnya belajar di Universiti ini makanan perlu dicari tetapi sekiranya bulan jatuh ke riba ucaplah alhamdulillah...

Sebelum akakmu lagi cakap dengan mengarut baiklah kamu jaga perut. Ingat pesanan kakakmu yang lapar dan kempunan nak makan banyak ini. Marilah kita melihat gambar makanan yang sedap sedap di Google. Mudah-mudahan perut juga terasa kennyangnya.

 

2 comments:

  1. actually better bajet untuk beli air mineral tu jangan dikurangkan sebab air dari vending machine belum tentu sihat kadang tu filter tak bertukar. Air mineral kita memang dah tahu memang dari sumber asli. kesihatan pun terjaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooohhhh betul juga. Terima kasih akak. Hmmm kadang-kadang berjimat boleh bawa banyak kesan negatif dekat kesihatan kita kan.

      Delete