Monday, 19 February 2018

Challenge Myself Untuk Diari Mahasiswa

Asalamualaikum.

Setelah Najihah berfikir masak-masak, Najihah nak challenge diri untuk menulis diari online atau cerita apa yang berlaku pada setiap hari sepanjang Najihah belajar di sini. Ini adalah salah satu cara untuk Najihah tidak lupakan blog kesayangan insyallah.

Pendahuluan.
Sepanjang Najihah berada di sini, Najihah tinggal dengan 8 orang ahli rumah. Setiap bilik mempunyai 2 orang penghuni. Bermakna ada 4 bilik dalam satu rumah. Di dalam rumah ini sebahagian mengambil Kos Diploma Muamalat dan sebahagian lagi Kos Diploma Pengurusan Halal.

Setiap hari ada sahaja perangai lucu yang ditonjolkan ahli rumah. Nak dijadikan cerita, semasa tengok cerita thriller IT (2017), langsung tidak takut kerana banyak sangat gelak.

Mari Najihah kenalkan ahli-ahli rumah. Semoga ini membantu untuk korang yang membaca diari ini nanti. Hehe

1) Tasha. (Kak Long)
Tasha ini roommate Najihah. Dia seorang yang rajin membaca buku. Sangat sayang keluarganya sehingga banyak kali telefon mak. Boleh juga dalam kategori manja. Hehe. Apa-apapun kami ahli rumah gelar Tasha ini Kak Long. Walaupun perangai on off tapi sesuai sahaja la jadi Kak Long. No offense.

2) Aina (Anak Pungut)
Ok, ok anak pungut itu hanya gelaran. Najihah tak tahu pula bagaimana si Aina itu dapat gelaran Anak Pungut. Tetapi dia ok sahaja. Dia seorang yang Happy-Go-Lucky. Tak sah tak gelak kalau duduk bersamanya. Semoga kegembiraan sentiasa dengannya. Amin...

3) Hidayah Hamzah (Kakak)
Rasanya panggilan kakak. Tapi Hidayah Hamzah adalah seorang yang pemurah gila-gila! semoga Allah merahmatinya. Serius! Tak kedekut langsung. Bila balik rumah selalu sahaja dia bawa balik makanan dan bagi kitorang. Sedap pun sedap!.

4) Putri (adik)
Putri adalah seorang peminat tegar K-Pop. Serius. 1 hari tak dengar lagu Korea dari dia memang tak sah. Disebabkan dia juga Najihah kadang-kadang terikut lagu twice. Hahaha. Dia dari kelantan dan juga seorang yang tidak lekok nak bagi pinjam barang. Najihah pinjam baju, pinjam iron dia bagi sahaja. Alhamdulillah...Pinjam kerana darurat ok.

5) Safura
First Impression tentang Si Safura ini satu sahaja. Cantik. Hahaha Safura ini memang kalau senyum sangat lawa. Seorang yang suka kacau Putri sampai Putri nangis. Seorang yang lawak ketika dia stress. Memang type yang hebat lah!

6) Hidayah Shahril (ayah)
Haaa ada 2 Hidayah di sini. Hidayah ini memang macam ayah. Perangai lawak-lawak dan peliks.com Tapi apa-apapun memang mentap lah characteristic dia. Dia pun jenis yang blur dan mulutnya kalau keluar sepatah perkataan mungkin korang akan gelak. Serius dia seorang yang bila masuk Raja Lawak boleh menang punya. Bergabung dengan Aina debommm. Pecah perut nanti semua orang.

7) Ain (mak)
Ain kami panggil mak sebab memang dia seorang yang suka menyapu, kemas bilik, basuh tandas suruh anak-anak mandi (kami la tu). Memang jenis mak punyalah. Banyak jasa mak dalam keluarga ini hahaha.

Baiklah, semoga Najihah istiqomah ya tulis diari a.k.a cerita semasa di universiti. Apa-apapun doakan!

2 comments: