Thursday, 22 February 2018

Ujian

Asalamualaikum.

Sebenarnya lah kan, baru sahaja nak give up tulis diari ini. Alasannya?. Sebab sudah 2 hari tinggal blog. Hmmm alasan yang mantap untuk berhenti menulis bukan?. Baiklah, baiklah.

Hari ini last kelas untuk CTU101 Prinsip-prinsip Islam dan ELC121 English. Minggu depan semua orang ada test dan cuti interim untuk 5 hari. Lepas itu, mula kelas balik pada bulan 3. Masa bulan 3 itu semua yang pelajar UiTM Palam kembali ke sekolah. Eh, kembali ke Universiti.

Tadi dapat keputusan ujian. Tidaklah terlalu membanggakan tapi ok la tapi sedih juga tapi entahla. Sebab tak capai target. Lepas ini kena usaha lebih lebih lebih lagi. Betulkan niat belajar kerana Allah. Belajar kerana ummah memerlukan kita. Insyallah.

Bukan belajar untuk test kan?. Deep.


Esok hari full. Jumaat esok paginya ada program Andainya Rasullullah Bersama Kita dan petang itu ada kawad kaki. Hari Sabtunya pula ada ujian Kawad kaki. Najihah masuk Kesatria Negara. Baju pun dah dapat. Korang doa-doakannlah esok dan lusa semuanya baik-baik sahaja. Ahad cuti sekejap dan Isnin ada test Prinsip Islam dan English. Lepastu balik rumah! bukan rumah hostel. Rumah original. Hehe.


Pack tak pack jadual Najihah. Lemah lutut. Takpe! BERJUANG! MUJAHADAH!
(dalam hati hanya Allah yang tahu. *emoji nangis* sebab cari emoji tak ada huhu)

Semoga korang sihat selalu!.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...