Sunday, 18 February 2018

Melambaikan Tangan Buat Keluarga Tersayang

Asalamualaikum.

Credit : Google

Berakhirnya Tahun Baru Cina, maka berakhirlah cuti 3 hariku di rumah. Maka berhuhu lah Najihah dibuatnya. Alhamdulillah, kali ini keluarga, mak cik-mak cik dan nenek ikut hantar Najihah balik kolej. Walaupun dalam keadaan tergesa-gesa nak balik bersyukur lah juga kerana mereka masih ada disisi. Bayangkan, baru duduk 2 bulan di kolej dah balik rumah 6 kali. Hahaha. Tetapi bersebab ok. Nak test jpj lah, nak buat lesen lah dan sebagainya.

Ibu kata,

Balik rumah banyak kali bukan dengan balik kosong. Balik ini sebab nak recharge semangat dan tenaga untuk bawa belajar di universiti nanti.

Betul juga apa ibu kata, bila balik rumah ini, rasa macam terhutang budi sahaja dengan parents. That's why itu boleh jadi pendorong untuk sentiasa belajar dengan bersungguh-sungguh. Lagipun nanti Najihah periksa interim. Semoga semangat itu berkekalan sehingga PhD. Amin...

Selamat Tahun Baru Cina. Najihah ada kawan muslim yang sambut Chinese New Year sebab parents dia chinese. Wahhh seronok juga bila boleh belajar budaya lain bukan?.

Xīnnián hǎo
Guònián hǎo
Xīnnián kuàilè

HAPPY NEW YEAR!

Maka, melambailah Najihah tangannya ke keluarga yang tercinta. Semoga Allah merahmati mereka selalu.

1 comment: