Saturday, 3 February 2018

Segmen Jari Jemari Menari Bloglist

Asalamualaikum.


Yeay yeay yeayyy segmen yang kedua yang Najihah sertai tahun ini. Ok, seperti biasa setiap segmen mestilah ada syarat yang peserta perlu ikut kan. Kak Ika kata komen apa-apa yang dapat improve kan blog Kak Ika. Meh sini Najihah kecam komen. Ops tersalah type pula hehehe. Joking joking je ya Kak Ika...Jangan marah~

First Impression buka blog ini pada Tahun 2018. Terang-terang Najihah tulis tahun 2018 ok. Hahaha Najihah dah follow lama jugakla Kak Ika (ecece lama tak lama tahun 2017 juga hahaha). Lawak hambar. Lagipun takdelah nak komen banyak sebab Kak Ika dah banya pengalaman. Start blog tahun 2012 lagi. So Najihah ini dikira sebagai newbie berpengalaman lah juga (hahaha nak jugaaa ada perkataan pengalaman). Mestilah nakkk Najihah ini nampak sahaja newbie tapi dah tahu dan buat blog dari darjah 5 lagi. Lepastu buat blog-delete-buat blog-delete balik. Al-maklumlah masa itu tak istiqomah. (puji diri sendiri). Ya Allah, itulah siapa suruh bagi Najihah tulis post. Ada sahaja nak diceritakannya.  

Najihah. Focus! 

Baiklah bila sahaja bukak blog ini memang cepat. Takde loading-loading. Cepat bak boboiboy halilintar!. Nampak sahaja pink pasti seorang blog seorang perempuan. (mentaliti masyarakat, pink sahaja mesti perempuan. Kesian lelaki pakai baju pink dikategorikan sotong hahaha). Eip focus!. 

Lepas itu, Header 'Jari Jemari Menari' teringat pula watak Abang Sally dari cerita upin Ipin. Abang Sally pun ada blog kannn. Nama blog dia jari Jemari Sally. hahaha. Untuk Header ok sahaja. Lagipun header Najihah sendiri perkataan so no offence la. Header itu cantik. Serius!

Lupa pula icon untuk blog. Macam orang pro sahaja SS. Itu pun nampak lah betapa berpengalammnya akak bebblogging. Untuk archive Najihah suka panjang-panjang. Itu membuktikan yang kita ini active menulis hahaha. Najihah pun buat macamtu. Bila orang ternampak dan senang dia nak klik baca post yang kita terbitkan bulan itu. Boleh jadi clickbait juga sebenarnya.

Tapi kan, setiap kali Najihah pergi blog orang Najihah selalu buka page 'About Me' tapi akak punya tak ada. Bagi najihah kalau nak tahu lagi tentang seorang blogger itu Najihah nak baca lah dia punya biodata. Tapi ok je (lagipun najihah pun tak ada about me/sebagainya) Sebab tak tahu nak tulis apa. 

Untuk yang icon hitam kecil yang ada icon twitter, facebook, pinterest semua itu akak memang tak letak link ya?. Bukan apa, kalau orang lain nak follow  kalau dia tekan still berbalik kepada blog akak. Tapi entahla orang lain cita rasa dia lain-lain. 

So far post-post akak ok sahaja. Banyak maklumat dan review yang boleh diambil tahu. Ikut sahaja kata hati akak nak buat blog macammana. Sebab akan ada satu keunikan seorang blogger itu yang membuatkan orang lain nak baca lagi akak punya blog. Kalau asyik ikut kata orang takut nanti diri pula yang tak suka. Menyebabkan mungkin nanti tak bersemangat nak update blog. Itulah Najihah rasa masa tahun 2010 dulu. Asyik nak ikut blog orang sahaja. nak belajar tak apa tetapi ini sebijik nak post apa yang blogger lain post. Bila kehidupan diri sendiri terasa bosan dan tak bersyukur dengan apa yang ada, mulalah nak jeles sana sini kenapa blog tak cantik, kenapa tak itu, tak ini. 

Haaaa tengok kan jauh benor dari tajuk utama. Itu sahaja kak nak komen. Tak boleh lebih-lebih. Mengarut nanti dibuatnya. 

Goodluck akak dengan kerjaya blog akak. Do it with passion. Doakan Najihah juga dapat menulis dengan post yang bermanfaat. Well then, (semoga blogger lain minta untuk mereviewkan blog mereka. bab bab kecam komen ini memang my forte. Hahaha. Goodbye...Asalamualaikum!

5 comments:

  1. assalamualaikum... saya singgah.. hihihi

    ReplyDelete
  2. blas kunjungan dr segmen yg sama. hiii

    ReplyDelete
  3. Kan? Samala kita..teringat kat Salleh Upin Ipin tu jugak

    ReplyDelete
  4. Selamat berkenalan...datang balas kunjungan :D

    ReplyDelete

Blog This Little Light Of Mine hanyalah blog personal milik Nurul Najihah, di blog ini hanya menceritakan cerita harian Nurul Najihah, keluarga, Kawan-kawan, tentang review buku dan juga pengalaman di universiti. Segala post ini ditulis Nurul Najihah kecuali yang dinyatakan pemiliknya. Anda semua dilarang copy paste entry yang ditulis Nurul Najihah.

Sekian terima kasih. Have a nice day!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...