Thursday, 22 March 2018

Bestnya Menginap di Dorsett Putrajaya!!!

Asalamualaikum.
Masalah yang dihadapi sekarang?
Dewasa kini, dengan zaman yang semakin berkembang pesat, kita sering terperangkap dengan tanggungjawab kerja serta tugasan sehingga kadang-kadang waktu untuk membeli-belah dan mencuba tempat-tempat makan terbaik di ibu kota sendiri pon kita tiada. Betul atau tidak?. Angkat tangan!

Ada ke tempat yang bukan di tengah-tengah bandaraya KL? Seriously???
Walaubagaimanapun, kalau kita sanggup, boleh saja untuk cuba bermalam di kota tapi bukan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sebagai contoh, di Putrajaya yang terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur. Satu dua malam sahaja sudah cukup untuk menikmati kemudahan moden yang tersedia di bandar ini. Dan di manakah tempat paling sesuai untuk bermalam di Putrajaya kalau bukan di Hotel Dorsett Putrajaya.
Kenapa di Dorsett Putrajaya?
Menginap di Dorsett Putrajaya adalah pilihan yang baik apabila korang melawat Putrajaya. Hotel ini sangat mudah untuk dicari kerana kedudukannya yang strategik berdekatan dengan kemudahan awam. Hotel ini dibuka pada Januari 2016 berlokasi di Precint 3 dan bersebelahan dengan hotel ini terdapat kadai serbaneka “HERO” jika korang ingin membeli barang keperluan. Hotel ini juga berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Perbadanan Putrajaya, Kementerian Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan lain-lain. Jika korang datang kesini, terdapat pelbagai tempat yang boleh dilawati seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Perdana Putra, Putrajaya Lake Club, Taman Pancarona, Taman Seri Empangan dan juga IOI Mall City Putrajaya.


So list tempat yang korang boleh pergi :

  1. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)
  2. Perbadanan Putrajaya
  3. Kementerian Lembaga Hasil Dalam Negeri
  4. Kementerian Kesihatan
  5. Perdana Putra
  6. Putrajaya Lake Club
  7. Taman Pancarona
  8. Taman Seri Empangan
  9. IOI Mall City Putrajaya
Apa perkhidmatan yang diberikan di Dorsett Putrajaya?.
Apabila menginap di sebuah hotel, reka bentuk dan seni bina adalah dua faktor penting yang boleh merosakkan mata korang. Hmm... Jadi! Dengan persekitaran yang unik, Dorsett Putrajaya menyediakan penginapan yang menyenangkan untuk penginapan korang. Dari acara perniagaan ke perhimpunan koprat, Dorsett Putrajaya menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lengkap yang korang perlukan dan rakan sekerja korang. Perkhidmatan yang indah bersama-sama dengan pelbagai kemudahan yang disediakan akan membuat korang tidak mengeluh tentang apa-apa sepanjang penginapan korang di Dorsett Putrajaya. Tak percaya...? cubalah!
Lagi...lagi!!! Dorsett Room? Bilik Deluxe dan Bilik Balkoni Deluxe???
DORSETT ROOM

Hotel Dorsett Putrajaya menawarkan 218 bilik tamu dengan setiap satunya dilengkapi dengan keselesaan dan kemudahan penting dan bergaya direka untuk memenuhi keperluan pelancong dan perniagaan. Terdapat empat jenis rekaan bilik berdasarkan bajet dan permintaan pelanggan antaranya ialah Bilik Dorsett.  Dorsett Room adalah tempat yang ideal untuk berehat dan bersantai dengan saiz bilik 24 meter persegi. Bilik ini mempunyai pancuran mandian lengkap dengan pelbagai peralatan mandian, katil ultra-selesa dan pilihan pemandangan bandar atau atrium serta TV berskrin rata 40-inci.
Manakala bagi bilik Deluxe dan Bilik Balkoni Deluxe masing-masing dengan ukuran saiz bilik bersamaan 28 meter persegi dan 35 meter persegi.
BALKONI DELUXE
Wahhh bilik Deluxe Garden!!!? Ada Bilik Studio juga???

DELUXE GARDEN

Bagi bilik Deluxe Garden ianya direka khas untuk menjadi jauh seperti rumah. Dengan berukuran 39 meter persegi, bilik Deluxe Garden mempunyai teres yang indah dengan rumput hijau yang memberikan suasana mewah dan ketenangan.
Akhir sekali adalah bilik Studio dimana ianya direka khas untuk menarik perhatian. Bilik Studio melambangkan intipati sebenar pengalaman penginapan Dorsett dengan ukuran bilik 49 meter persegi. Bilik Studio mempunyai bahagian dalaman yang elegan dengan sedikit kepandaian dan kepraktisan. Bilik Studio terdiri daripada ruang tamu dan bilik mandi yang lengkap dengan tab mandi serta pelbagai kelengkapan percuma untuk pengalaman mandian mewah serta Kopi Pod Machine dengan rasa kopi yang pelbagai. Kesemua bilik mempunyai jaringan wifi yang pantas secara percuma .
STUDIO

Selain bilik-bilik yang cantik, apa lagi kemudahan di sini?!!!

ROOFTOP POOL

Antara kemudahan lain yang menarik adalah seperti Kolam Renang Bumbung Infiniti yang dilengkapi dengan pemandangan tasik dan landskap sekitarnya Putrajaya. Ianya beroperasi dari jam 7pagi sehingga jam 7 malam. Selain itu, terdapat juga Gimnasium yang dibuka kepada para tetamu dan ahlinya. Mesin elips, beban berat dan peralatan senaman teras semuanya boleh didapati disini. Waktu operasinya adalah pada seawal jam 7 pagi hingga jam 9 malam. Disamping itu, hotel ini turut menawarkan Akses Internet berkelajuan tinggi secara percuma, ruang bagasi, bilik simpanan selamat dan juga Annexe Shopping Mall.
THE GYM
Siapa yang nak badan fit bolehlah letak dalam bucket list bila menginap di hotel ini...
RESTAURANT CITA RASA
Wahhh suasana nampak grand bukan?.
Tidak lengkap sebuah hotel tanpa restaurant di dalamnya bukan? Memang laaaahhh mana boleh tidur di hotel tanpa makanan yang sedap bukan? Ya jadi, Hotel Dorsett ini menyediakan 2 buah restoran di dalamnya antaranya adalah Restaurant Cita Rasa. Dengan pemandangan tasik yang menghadap ke restoran, Cita Rasa adalah tempat yang tepat untuk mengisi hari korang dengan sarapan buffet yang hebat. Untuk makan tengah hari dan makan malam, seseorang akan dimanjakan untuk pilihan dengan pelbagai hidangan yang hebat yang terdapat di meja buffet atau untuk menikmati pengalaman bersantap yang unik dengan kepakaran terkenal yang terpilih yang terdapat di menu a-la-carte. Ianya beroperasi pada jam 6.30 pagi hingga 10.30 malam yang mampu menampung kapasiti seramai 180 orang.
Manakala bagi Dorsett cafe pula ia menawarkan tempat yang santai dengan dekorasi yang eksklusif  . Lagi! korang boleh mendapatkan minuman istimewa yang menyegarkan dan jus segar yang disertai dengan makanan ringan, kek dan pastri. Waktu operasi adalah pada jam 10 pagi hingga 11 malam dengan kapasiti seramai 32 orang.
DORSETT CAFE
Jadi jangan lupa untuk muat turun apps Traveloka di Mobile korang, dan tempahlah Dorsett Putrajaya Hotel sekarang! Dengan Traveloka penginapan korang dengan lebih murah dan berbaloi. Pilihan ditangan korang ☺ Ececece gitu...

Sunday, 18 March 2018

Saya gembira...

Asalamualaikum.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah kerana diberi peluang untuk menulis lagi. Hari ini saya sangat sangat gembira (mode aku bertukar ---> saya) Kenapa? Jangan tanya. Saya pun tak tahu kenapa hahaha.

Saya gembira kerana semangat belajar saya kembali lagi setelah hampir seminggu hilang tanpa dikesan.

Saya gembira kerana kek coklat yang saya tidak mampu beli pagi tadi kerana habis diganti dengan kek pisang yang sedap alhamdulillah.

Saya gembira kerana saya sudah meluahkan perasaan sedih saya kerana tidur selepas subuh kepada ibu tercinta dan berusaha untuk tidak mengulangi perbuatan sebegitu lagi. Sis cuba.

Saya gembira kerana saya dapat semangat untuk menulis blog lagi

Saya gembira kerana saya download game tap tap fish yang sangat menarik untuk main pada waktu petang.

Saya gembira kerana Safura (housemate) jumpa terjemahan Kitab Iman kerana saya sudah tidak perlu translate kitab aqidah yang bahasanya dalam bahasa arab satu persatu. Sudahlah esok kena bentang. Tak apa. Jangan kacau mood saya. Saya sedang gembiraaa. (Senyum gigi mata buntang.)

Saya gembira kerana dapat tahan nafsu saya untuk tidak tengok korean drama hari ini kerana hari ini saya perlu study. Bersyukur sangat kerana saya ini kan hantu drama.

Saya gembira kerana saya sudah gosok tudung dan baju untuk 3 hari berturut-turut. Walaupun tudung yang saya gosok itu kedut. Saya tetap gembira. (tahan marah)

Saya gembira kerana malam ini malam yang dimakbulkan doanya. Maka marilah kita semua berdoa sama-sama. Jangan lepaskan peluang ini.

Jom doa dan lakukan amalan soleh yang lain!!!

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!


Yeayyy dah lama rasanya tak menulis. Aku hanya baca singgah blog orang sahaja sejak kebelakangan ini. Apa-apapun hari ini aku ada join segmen AzahRahaman.com hehe. (alhamdulillah...ada juga idea untuk menulis hari ini. Gosok dada pejam mata). Ok let's get started!.

BILA BLOG DITUBUHKAN?
Blog ini ditubuhkan pada Bulan March 2017.  Oh! today is my blog's birthday!!! omaigoddd macammana boleh lupa! Tuan apa yang tak tahu birthday blog sendiri..huhu.(nangis) Dasar tuan tak terhutang budi!.

MAKSUD TERSENDIRI NAMA BLOG DAN URL BLOG
This Little Light Of Mine. Nama blog ini "This Little Light Of Mine". Kalau nak tukar dalam bm nanti ushhh tak boleh nak cakap. Tunggang langgang nanti... ok ok dalam bm bermaksud cahaya kecil saya. Wahhh sungguh old school bunyinya bukan? hehe. Maksudnya, cahaya kecil ini seperti ilmu/manfaat/pengalaman yang ada pada aku dan aku sebarkan di blog kesayangan.  

url blog ---> itsnurulnajihah.blogspot.com
Disebabkan aku ini sayang sangat kepada diri aku. Narcissistic?.Mungkin. Hahaha. Lagipun senang kan orang nak ingat blog kita?

CERITAKAN PAHIT MANIS SEORANG BLOGGER
Pahit - Apabila kita tulis tulis tulis blog lepas itu bila baca balik, bila fikir balik. Post macam tidak bermanfaat. Akhirnya, buang. Buat masa sekarang aku tak ada lagi hate comment. Alhamdulillah tapi mungkin buat masa hadapan nanti insyallah aku cuba hadapi dengan baik.

Manis - Apabila ramai orang comment dalam post yang kita buat dengan susah payah. heheeeeee. Lagi-lagi apabila kita dapat menang hadiah dalam giveaway yang dibuat para bloggers. Tapi buat masa ini aku tak dapat lagi hadiah huhu. Tapi hadiah contest alhamdulillah pernah menang.

NASIHAT KEPADA BLOGGER LAIN
Jangan berhenti menulis. Nanti lagi malas nak gerakkan jari. Lagi-lagi Najihah sendiri hahaha. Tapi sis cuba. Sis pun dalam proses untuk tidak mahu tinggal menulis blog. Kita sama-sama cuba ok?

Arigato haigh! kerana sudi singgah baca dan comment! Jom ramai-ramai join dan tinggalkan jejak anda untuk Najihah balas kunjungan!

Monday, 12 March 2018

Giveaway Hi Nona!

Asalamualaikum!

Kak Nona ada buat giveawayyyyy!
Apa tunggu lagi?. Jommmm!!!


Hi Kak Nona!,
Tahniah kerana dapat buat giveaway. Bukan semua orang mampu untuk buat giveaway seperti blogger blogger di luar sana. Contohnya Najihah sendiri. Hehe. 

Semoga akak terus istiqomah dalam menulis blog. Harap semua post-post akak bermanfaat untuk diri akak dan untuk orang lain yang membacanya!

Akhiri kalam dengan gambar quote,

(zappp terkena hati tak hehe)

Jomlaaaa join ramai-ramai! Hadiah pun best-best belaka!
tekan sini -------->  Hadiah Giveaway Hi Nona!

Kalau korang dah terkena jampi tengok hadiah-hadiah yang best tekan sini untuk join ------> Join giveaway Hi Nona!

Jangan lupa untuk  join tauuuu!


p/s Bestnyaaaaaa nak warna tengah dari kiri dan nombor 4 dari kiri huhu

Wonderful March Giveaway by Raydah Al-Habsyi

Asalamualaikum!

Joinnnn joinnnnn Najihah dah joinnnn korang bila lagi!!!


Tekannnnnn siniiiiiii sebeluuuummmm terlambattttt --------> Blog Raydah

Cash Giveaway by FarhannaJafri

Asalamualaikum.


Akak ohsem ada buat giveaway la!. Jom join ramai-ramai!
Syarat-syarat hanyalah 1) Follow blog 2) Post & backlink 3) Letak link di bahagian comment dan shareee~

Blog FarhannaJafri ----> TEKAN SINI!



Saturday, 10 March 2018

Akaun SPM D, Universiti? A- ?!!!

Asalamualaikum.

Semoga korang semua berada dalam keadaan baik. Hari ini ada terdetik nak kongsi tentang pengalaman aku tentang prinsip perakaunan. Nak dijadikan cerita, walaupun aku suka nak belajar Prinsip Perakaunan di sekolah, tetapi ada satu barrier yang membuatkan aku rasa aku tak boleh nak get along dengan subjek ini.

and i don't even know why.

Tup tap tup tap peperiksaan SPM aku dapat gred D dalam Prinsip Perakaunan. Alhamdulillah lulus. Itu sahaja yang aku nak hahaha. (ye la tu). Jadi, selepas SPM aku masuk KUIS stand for Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Di situ aku ambil kos Diploma Islamic Banking

Bila sebut sahaja Islamic B-A-N-K-I-N-G mestilah tak lari daripada akaun bukan?. Huwaaa. Masa itu hanya Allah sahaja tahu betapa perasaan risau, gelisah, tidak tentu arah menjelma dalam diri aku. Aku takut aku tak boleh nak bawa. Sudahla baru Sem 1, macammana dengan carrymarks semua? Kalau aku gagal subjek business accounting ini mestilah akan memberi effect kepada CGPA aku!

I cried.

Subjek Business Accounting paling aku risau!. Hari pertama kelas Business Accounting, belajar basic account. I know it's basic but since my gred Prinsip Akaun SPM is terible, i don't have strenght to move on. Malam itu, aku tanya Kak Farah dan Kak Anati (dua-dua degree islamic banking). Aku tanya semua perkara, buat latihan walaupun 1 soalan. Walaupun tak belajar lagi aku rasa aku ada tanggujawab untuk belajar. Belajar. Belajar. Belajar.

Kerana kalau tidak belajar sekarang?. Bila lagi?. 

Hari semakin hari aku rasa tetibe senang pula Prinsip Perakaunan ini. Walaupun dalam bahasa Inggeris. Bersyukur sangat kepada Allah diberi kefahaman. Kalau tanya tentang latihan apa yang aku buat, jangan cakap! semua latihan aku nak buat. Dari latihan past year Business Accounting KUIS, sehinggalah latihan politeknik (kawan aku di politeknik bagi aku latihan). 

Hari berganti hari, tibalah waktu peperiksaan sem akhir. Alhamdulillah aku boleh jawab. Sebenarnya carrymarks juga membantu aku. Aku terkejut aku mendapat 92% dalam test Business Accounting. Dari situ aku mendapat kekuatan. Aku mendapat semangat. Untuk terus belajar belajar belajar.

Tiba hari pengumuman peperiksaan di web pelajar. Pertama sekali aku tengok markah Business Accounting. (nampak tak keobsessannya account ini hahaha). Alhamdulillah A-. Bayangkan kau dapat D pada waktu SPM. Masa itu terharu sangat sampaikan tak boleh nak nangis. (huhu). 

Jadi pengajarannya di sini adalah.
Jangan putus asa belajar.
Jangan putus asa belajar.
Jangan putus asa belajar.

Banyak buat latihan.
Rapat dengan pensyarah.
Ulangkaji.
Kurangkan ada masalah kawan. Bersangka baik.
Kalau ada orang ingin menjatuhkan kita, biarkan
Love yourself.

Tribute untuk kawan-kawan aku yang banyak beri dorongan.
Ibubapa yang menjadi tulang belakang.
PTPTN yang membuatkan aku lebih struggle untuk belajar.

Korang pun jangan putus asa tau nak capai impian korang!.

----------------------------
Alhamdulillah sekarang aku berada UiTM Kampus Puncak Alam. Bukan lagi di KUIS. (sempat 1 Semester). Mengambil jurusan Diploma Mumalat (sama sahaja dengan Islamic Banking.) Subjek ofcourse lah lain-lain kan. 

Sekarang sebenarnya aku tengah stress tentang subjek Business Math. Hahaha. Tetapi aku teringat pengalaman aku dengan Business Accounting. That's why aku tak boleh putus asa! kalau aku boleh buat untuk Business Accounting, kenapa tidak kepada Business Math bukan?.

Nurul Najihah Chaiyok! Business Math!!! mari sini kau aku kerjakan!!!.

Tuesday, 6 March 2018

SEGMEN JOM TUKAR2 BLOGLIST DARI EJULZ

Asalamualaikum.

Disebabkan Najihah pun tak ada bloglist dalam blog, Jadi blogger Ejulz ini adalah orang pertama yang ada dalam bloglist. Tahniah ya.

Jom join segmen ini ramai-ramai!. -----> BLOG EJULZ

Monday, 5 March 2018

Makanan Itu Penting!

Asalamualaikum.

Hari ini first day masuk semeseter 1. Arghhh. Pagi tadi Najihah dan kawan-kawan terkesima. Terkesima bukan kerana ternampak beruk (walaupun Tasha dan Putri dah kena kejar beruk). Kami terkejut ramai sangat pelajar pada waktu pagi itu! hahaha

Bukan apa, pelajar sem lepas, cuti sebulan. Tapi masa mereka cuti kami pelajar interim belajar!. Belajar dengan tenang kerana percaya atau tidak kami sahaja yang ada di situ. Seamai 100 orang pelajar Diploma Muamalat dan Diploma Pengurusan Halal sahaja yang belajar bulan lepas.

So sekarang semua pelajar sudah balik ke kolej dan teruskan pembelajaran seperti biasa.


Apa-apapun, dah ramai macamni rasa penuh sahaja bila nak beli makanan di kafe Angsana. Alhamdulillah dapat makan Nasi + Telur Masak Kicap (RM2.50). Tapi makan tidak berhenti di situ sahaja!.


Aku makan Roti Kopi + Pizza yang mak Tasha buat. Tambah lagi dengan biskut yang aku bawa dari rumah.
Mak Tasha buatkan Pizza untuk semua housemate.

Tolonglah bertahan untuk Sem 1 hahaha. Aku si Hantu Biskut

BY: 16 NUR SABRINA

Makanan itu penting ok. Ini Najihah kongsikan lagi nasihat kawan aku di UiTM Machang. Terima kasih Nana!. Aku ada baca kalau nak belajar dengan elok/cerdas/ok perlu makan pagi. Jangan skip breakfast. Sebab tenaga itulah yang akan bantu otak untuk memerah dan mengingat apa yang dibelajar. Apa-apapun fighting!

Sunday, 4 March 2018

Nasihat Untuk Najihah Mulakan Sem 1

Asalamualaikum!

Kembali lagi dalam Diari Mahasiswa...
Hari ini Najihah pulang ke kolej. Apabila melihat kereta ibu abah pergi setelah menghantar Najihah rasa macam

"That's it! You need to be strong to achieve your dream!"

Bila pulang ke kolej mulalah, penatnya mahu jadi indepedent. Penatnya nak tentukan semua perkara dengan sendiri. Penatnya nak update blog (hahaha) Tapi apa-apapun kena teruskan juga kan?. Musnah harapan ibu abah kalau kita buat tak endah dengan pembelajaran kita.

Untuk menggembirakan hati yang sayu dan mungkin telah layu ini. Najihah bawa sekali buku Teme Abdullah Pelukis Jalanan. Hal ini kerana buku itulah yang menjadi pemangkin semangat Najihah apabila Najihah terasa down nak belajar.

Sebenaranya nak tulis blog pun Ya Allah malas dia tak boleh nak bawa bincang!. Nak sahaja tutup laptop lepas itu tidur. Tetapi! apa gunanya ada blog tapi tak menulis bukan hahaha (alasan tak munasabah) Alhamdulillah untuk Semester 1 ini Najihah beli cukup punya makanan!. Nak berjuang kena ada tenaga. Nak tenaga kena selalu makan yeayyy!.

FROM : KHADIJAH WAHAB FATONI

FROM : ANIS SHAFIQAH

FROM : KAK SITI SARAH NABILA

FROM : KUIS HUSNA

FROM : KUIS RASYIDAH

FROM : 16/KUIS ANIS SHAFIE

 FROM : CHE DA

 FROM : ALIA RIZAL

Terima kasih koang beri Nasihat yang mantap. I truly need this. May Allah bless you always dear my friends...Sebenarnya ada banyak lagi nasihat kawan-kawan Najihah. Buat masa sekarang, yang inilah dulu ya.

(Day 2) ˈfeɪv(ə)rɪt/ Movie!


Asalamualaikum.

Antara movie yang memberi inspiration seperti movie jepun Flying Colours, Full Out juga apa kurangnya. 

Dan it based in true story! Oh M Gee!!!

Kalau korang kenal Ariana Berlin, dia adalah Amarican artistic gymnast. Maklumat lanjut tentang Ariana Berlin ---> https://www.famousbirthdays.com/people/ariana-berlin.html

Kenapa Najihah suka Movie ini?
  1. Dia mengajar Najihah untuk tidak putus asa walaupun apa yang menghalang dari berjaya
  2. Kadang-kadang benda yang hebat akan datang lambat.
  3. Man jadda wajada
Kalau korang nak tengok cerita ini, boleh cari di BMovies (di mana ia tempat Najihah tengok english drama or movies). Tetapi ada sesetengah cerita sahaja yang ada subtittle. So boleh la  mengajar kita untuk lebih memahami english bukan?.

Kalau nak subtittle melayu mungkin boleh cari di Pencuri Movie. Tapi tak jamin ada tak cerita Full Out dekat situ. 

Friday, 2 March 2018

(Day 1) Nasyid Pemula Langkah By Hijjaz Sesuai Untuk Mereka Yang Ingin Pergi Merantau


Asalamualaikum.
Day 1 - Your Favourite Song.

Kenapa Najihah Suka Lagu Ini?.
  1. Najihah ada impian untuk belajar dalam dan luar negara untuk mengumpul pengalaman.
  2. Ada satu ayat dalam lirik ini yang membuatkan Najihah 'eager' dengan impian Najihah. Iaitu "Turut saja kata hatimu Pujuklah restu mengiringimu". Means kalau kita memang bermimpi untuk belajar dalam dan luar negara ikut je kata hati kita!. Tetapi sebelum itu minta dahulu restu ibubapa.
  3. Ayat lirik "Hidup tak mudah seperti dirancang". Of course kalau nak belajar di dalam dan luar negara banyak cabarannya. Semuanya akan berlaku secara unexpected. Walaupun kita sudah rancang dengan betul, pasti sahaja ada halangan. Tetapi ingat! pasti ada jalan penyelesaian.
  4. Bila Najihah down nak belajar, lagu ini pembangkit semangat.
  5. "Jika bermimpi, biar setinggi langit". Thats why, Najihah nak belajar dalam dan luar negara! bukan melancong tapi belajar!.
Lirik lagu oleh liriknasyid.com

Selalu tertanya-tanya luas manakah bumi
Dunia di hujung sana apa yang tersembunyi
Hanya mendengar cerita hingga termimpi-mimpi
Tak sabar mula kembara lihat dengan sendiri

Muncul permata indah
Jadi pemula langkah
Turut saja kata hatimu
Pujuklah restu mengiringimu

Jauh berjalan
Merentasi sempadan
Tempuh dugaan dan mengutip pengalaman
Kilauan pedang
Ribut pasir menggarang
Mengajar diri berani menghadapi cabaran
Hidup tak mudah seperti dirancang

Jika bermimpi biar setinggi langit
Andainya jatuh masih disambut awan
Bukalah mata lihatlah sekeliling
Masih banyak yang belum dicapai tangan


30 Things in 30 Days Challenge

Asalamualaikum.

Najihah kalau bab menulis ini memang tamak sedikit. Sudahla ada Challenge Diari Mahasiswa, lepastu ada ke dia nak buat challenge lagi?.

Entahla. Bak kata Teme Abdullah (penulis buku Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan)
"Ia kekal dongeng...Jika engkau tidak mula berjalan."

So Najihah ada baca dari penulis blog otai Azah Rahaman. Katanya nak mula challenge ini. Najihah pun terdetik hati. Bila lagi aku nak join kalau bukan sekarang! ececece semangat gitu.



Aja! aja! Fighting!

Diari Mahasiswa Eps 3 : Semua orang ada masalah

Asalamualaikum.

Throwback cerita hari selasa semalam. 
Najihah dan housemate semua pulang dengan naik Rapid, KTM dan Uber. First Najihah & Friends tunggu bas Rapid 753. (maklumat lanjut tentang Line Route 753) untuk ke seksyen 2 Shah Alam.


Kalau di Jepun, masa amat dititikberatkan. Walaupun ada saat masa dibelakannya. Tetapi negara kita jauh lagi untuk betul-betul menepati masa. Insyallah boleh satu hari nanti. 

Alhamdulillah bas akhirnya sampai walaupun terlambat. Apabila Najihah masuk sahaja bas itu, terus jadi blank. Bila pak cik itu tanya nak pergi mana Najihah diam. Najihah tanyala Aina yang ada beratur di belakang Najihah.


"Kita nak pergi mana eh?"
"Seksyen 2" jawab Aina spontan.

Lepastu Pak Cik itu marah. "Nak pergi mana pun tak tak tahu! Huh!" kata pak cik itu marah.
Alhamdulillah...alhamdulillah...Najihah tak ada rasa marah pun dengan pak cik itu. Masa itu rasa macam nothings happen. Bukan apa, biasanya kalau ada orang marah kita mestilah ada rasa sedih, kecewa sikit, rasa nak marah balik orang itu. Tapi Najihah tak marah. Serius macam tak percaya dengan diri sendiri. Kerana, semua orang ada limit dia. Najihah pula bukanlah seorang yang penyabar 'sangat' orangnya.


Ya. Najihah mengaku yang sepatutnya Najihah perlu fokus dan tahu arah tujuan kita. Memang salah Najihah pun.

Jadi naik bas dengan hati yang biasa-biasa. Tetapi.

Satu sahaja yang Najihah kurang dengan perangai pak cik itu. Ego. Mungkin.
Ada seorang lelaki yang melambai tangannya nak naik bas tetapi pak cik itu tak berhenti. Kesian juga dengan lelaki itu. Ok, takpelah. Mungkin pak cik itu tak nampak. Kita husnudzon.

Namun, bila Najihah tengok semua orang dari bas.
Ada yang sudah mulakan kerja sebagai kontrakter.
Dah jual nasi lemak di tepi jalan sebagai santapan pagi.
Pelajar naik bas untuk ke kolej.
Makcik-pakcik yang ingin ke tempat arah tujunya.

So,
Semua orang ada kehidupan masing-masing.
Jadi, semua orang ada masalah.


Pilihan kita untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi pagi ini atau untuk hari seterusnya dengan baik atau tidak. Mungkin pak cik itu stress sebab lupa nak bangun tahajjud ke. Kan? No one knows. Husnudzon je ok?
kerana,

The problem is not the problem; The problem is your attitude about the problem.

p/s Kemudian bila naik bas Rapid 753 dan berkenti di Seksyen 2 Shah Alam, Najihah & Friends naik bas Rapid 750 (maklumat lanjut tentang Line Route 750) untuk ke Nu Central. Lepastu balik rumah ada yang balik naik LRT dan selebihnya KTM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...