Thursday, 22 March 2018

Bestnya Menginap di Dorsett Putrajaya!!!

Asalamualaikum.
Masalah yang dihadapi sekarang?
Dewasa kini, dengan zaman yang semakin berkembang pesat, kita sering terperangkap dengan tanggungjawab kerja serta tugasan sehingga kadang-kadang waktu untuk membeli-belah dan mencuba tempat-tempat makan terbaik di ibu kota sendiri pon kita tiada. Betul atau tidak?. Angkat tangan!

Ada ke tempat yang bukan di tengah-tengah bandaraya KL? Seriously???
Walaubagaimanapun, kalau kita sanggup, boleh saja untuk cuba bermalam di kota tapi bukan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sebagai contoh, di Putrajaya yang terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur. Satu dua malam sahaja sudah cukup untuk menikmati kemudahan moden yang tersedia di bandar ini. Dan di manakah tempat paling sesuai untuk bermalam di Putrajaya kalau bukan di Hotel Dorsett Putrajaya.
Kenapa di Dorsett Putrajaya?
Menginap di Dorsett Putrajaya adalah pilihan yang baik apabila korang melawat Putrajaya. Hotel ini sangat mudah untuk dicari kerana kedudukannya yang strategik berdekatan dengan kemudahan awam. Hotel ini dibuka pada Januari 2016 berlokasi di Precint 3 dan bersebelahan dengan hotel ini terdapat kadai serbaneka “HERO” jika korang ingin membeli barang keperluan. Hotel ini juga berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Perbadanan Putrajaya, Kementerian Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan lain-lain. Jika korang datang kesini, terdapat pelbagai tempat yang boleh dilawati seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Perdana Putra, Putrajaya Lake Club, Taman Pancarona, Taman Seri Empangan dan juga IOI Mall City Putrajaya.


So list tempat yang korang boleh pergi :

  1. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)
  2. Perbadanan Putrajaya
  3. Kementerian Lembaga Hasil Dalam Negeri
  4. Kementerian Kesihatan
  5. Perdana Putra
  6. Putrajaya Lake Club
  7. Taman Pancarona
  8. Taman Seri Empangan
  9. IOI Mall City Putrajaya
Apa perkhidmatan yang diberikan di Dorsett Putrajaya?.
Apabila menginap di sebuah hotel, reka bentuk dan seni bina adalah dua faktor penting yang boleh merosakkan mata korang. Hmm... Jadi! Dengan persekitaran yang unik, Dorsett Putrajaya menyediakan penginapan yang menyenangkan untuk penginapan korang. Dari acara perniagaan ke perhimpunan koprat, Dorsett Putrajaya menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lengkap yang korang perlukan dan rakan sekerja korang. Perkhidmatan yang indah bersama-sama dengan pelbagai kemudahan yang disediakan akan membuat korang tidak mengeluh tentang apa-apa sepanjang penginapan korang di Dorsett Putrajaya. Tak percaya...? cubalah!
Lagi...lagi!!! Dorsett Room? Bilik Deluxe dan Bilik Balkoni Deluxe???
DORSETT ROOM

Hotel Dorsett Putrajaya menawarkan 218 bilik tamu dengan setiap satunya dilengkapi dengan keselesaan dan kemudahan penting dan bergaya direka untuk memenuhi keperluan pelancong dan perniagaan. Terdapat empat jenis rekaan bilik berdasarkan bajet dan permintaan pelanggan antaranya ialah Bilik Dorsett.  Dorsett Room adalah tempat yang ideal untuk berehat dan bersantai dengan saiz bilik 24 meter persegi. Bilik ini mempunyai pancuran mandian lengkap dengan pelbagai peralatan mandian, katil ultra-selesa dan pilihan pemandangan bandar atau atrium serta TV berskrin rata 40-inci.
Manakala bagi bilik Deluxe dan Bilik Balkoni Deluxe masing-masing dengan ukuran saiz bilik bersamaan 28 meter persegi dan 35 meter persegi.
BALKONI DELUXE
Wahhh bilik Deluxe Garden!!!? Ada Bilik Studio juga???

DELUXE GARDEN

Bagi bilik Deluxe Garden ianya direka khas untuk menjadi jauh seperti rumah. Dengan berukuran 39 meter persegi, bilik Deluxe Garden mempunyai teres yang indah dengan rumput hijau yang memberikan suasana mewah dan ketenangan.
Akhir sekali adalah bilik Studio dimana ianya direka khas untuk menarik perhatian. Bilik Studio melambangkan intipati sebenar pengalaman penginapan Dorsett dengan ukuran bilik 49 meter persegi. Bilik Studio mempunyai bahagian dalaman yang elegan dengan sedikit kepandaian dan kepraktisan. Bilik Studio terdiri daripada ruang tamu dan bilik mandi yang lengkap dengan tab mandi serta pelbagai kelengkapan percuma untuk pengalaman mandian mewah serta Kopi Pod Machine dengan rasa kopi yang pelbagai. Kesemua bilik mempunyai jaringan wifi yang pantas secara percuma .
STUDIO

Selain bilik-bilik yang cantik, apa lagi kemudahan di sini?!!!

ROOFTOP POOL

Antara kemudahan lain yang menarik adalah seperti Kolam Renang Bumbung Infiniti yang dilengkapi dengan pemandangan tasik dan landskap sekitarnya Putrajaya. Ianya beroperasi dari jam 7pagi sehingga jam 7 malam. Selain itu, terdapat juga Gimnasium yang dibuka kepada para tetamu dan ahlinya. Mesin elips, beban berat dan peralatan senaman teras semuanya boleh didapati disini. Waktu operasinya adalah pada seawal jam 7 pagi hingga jam 9 malam. Disamping itu, hotel ini turut menawarkan Akses Internet berkelajuan tinggi secara percuma, ruang bagasi, bilik simpanan selamat dan juga Annexe Shopping Mall.
THE GYM
Siapa yang nak badan fit bolehlah letak dalam bucket list bila menginap di hotel ini...
RESTAURANT CITA RASA
Wahhh suasana nampak grand bukan?.
Tidak lengkap sebuah hotel tanpa restaurant di dalamnya bukan? Memang laaaahhh mana boleh tidur di hotel tanpa makanan yang sedap bukan? Ya jadi, Hotel Dorsett ini menyediakan 2 buah restoran di dalamnya antaranya adalah Restaurant Cita Rasa. Dengan pemandangan tasik yang menghadap ke restoran, Cita Rasa adalah tempat yang tepat untuk mengisi hari korang dengan sarapan buffet yang hebat. Untuk makan tengah hari dan makan malam, seseorang akan dimanjakan untuk pilihan dengan pelbagai hidangan yang hebat yang terdapat di meja buffet atau untuk menikmati pengalaman bersantap yang unik dengan kepakaran terkenal yang terpilih yang terdapat di menu a-la-carte. Ianya beroperasi pada jam 6.30 pagi hingga 10.30 malam yang mampu menampung kapasiti seramai 180 orang.
Manakala bagi Dorsett cafe pula ia menawarkan tempat yang santai dengan dekorasi yang eksklusif  . Lagi! korang boleh mendapatkan minuman istimewa yang menyegarkan dan jus segar yang disertai dengan makanan ringan, kek dan pastri. Waktu operasi adalah pada jam 10 pagi hingga 11 malam dengan kapasiti seramai 32 orang.
DORSETT CAFE
Jadi jangan lupa untuk muat turun apps Traveloka di Mobile korang, dan tempahlah Dorsett Putrajaya Hotel sekarang! Dengan Traveloka penginapan korang dengan lebih murah dan berbaloi. Pilihan ditangan korang ☺ Ececece gitu...

1 comment:

kak ina kl said...

sekali sekali tidur hotel mahal memang best