Friday, 2 March 2018

(Day 1) Nasyid Pemula Langkah By Hijjaz Sesuai Untuk Mereka Yang Ingin Pergi Merantau


Asalamualaikum.
Day 1 - Your Favourite Song.

Kenapa Najihah Suka Lagu Ini?.
  1. Najihah ada impian untuk belajar dalam dan luar negara untuk mengumpul pengalaman.
  2. Ada satu ayat dalam lirik ini yang membuatkan Najihah 'eager' dengan impian Najihah. Iaitu "Turut saja kata hatimu Pujuklah restu mengiringimu". Means kalau kita memang bermimpi untuk belajar dalam dan luar negara ikut je kata hati kita!. Tetapi sebelum itu minta dahulu restu ibubapa.
  3. Ayat lirik "Hidup tak mudah seperti dirancang". Of course kalau nak belajar di dalam dan luar negara banyak cabarannya. Semuanya akan berlaku secara unexpected. Walaupun kita sudah rancang dengan betul, pasti sahaja ada halangan. Tetapi ingat! pasti ada jalan penyelesaian.
  4. Bila Najihah down nak belajar, lagu ini pembangkit semangat.
  5. "Jika bermimpi, biar setinggi langit". Thats why, Najihah nak belajar dalam dan luar negara! bukan melancong tapi belajar!.
Lirik lagu oleh liriknasyid.com

Selalu tertanya-tanya luas manakah bumi
Dunia di hujung sana apa yang tersembunyi
Hanya mendengar cerita hingga termimpi-mimpi
Tak sabar mula kembara lihat dengan sendiri

Muncul permata indah
Jadi pemula langkah
Turut saja kata hatimu
Pujuklah restu mengiringimu

Jauh berjalan
Merentasi sempadan
Tempuh dugaan dan mengutip pengalaman
Kilauan pedang
Ribut pasir menggarang
Mengajar diri berani menghadapi cabaran
Hidup tak mudah seperti dirancang

Jika bermimpi biar setinggi langit
Andainya jatuh masih disambut awan
Bukalah mata lihatlah sekeliling
Masih banyak yang belum dicapai tangan


1 comment:

  1. Lirik lagu pun best, memang sesuai jadi lagu semangat

    ReplyDelete