Friday, 2 March 2018

Diari Mahasiswa Eps 3 : Semua orang ada masalah

Asalamualaikum.

Throwback cerita hari selasa semalam. 
Najihah dan housemate semua pulang dengan naik Rapid, KTM dan Uber. First Najihah & Friends tunggu bas Rapid 753. (maklumat lanjut tentang Line Route 753) untuk ke seksyen 2 Shah Alam.


Kalau di Jepun, masa amat dititikberatkan. Walaupun ada saat masa dibelakannya. Tetapi negara kita jauh lagi untuk betul-betul menepati masa. Insyallah boleh satu hari nanti. 

Alhamdulillah bas akhirnya sampai walaupun terlambat. Apabila Najihah masuk sahaja bas itu, terus jadi blank. Bila pak cik itu tanya nak pergi mana Najihah diam. Najihah tanyala Aina yang ada beratur di belakang Najihah.


"Kita nak pergi mana eh?"
"Seksyen 2" jawab Aina spontan.

Lepastu Pak Cik itu marah. "Nak pergi mana pun tak tak tahu! Huh!" kata pak cik itu marah.
Alhamdulillah...alhamdulillah...Najihah tak ada rasa marah pun dengan pak cik itu. Masa itu rasa macam nothings happen. Bukan apa, biasanya kalau ada orang marah kita mestilah ada rasa sedih, kecewa sikit, rasa nak marah balik orang itu. Tapi Najihah tak marah. Serius macam tak percaya dengan diri sendiri. Kerana, semua orang ada limit dia. Najihah pula bukanlah seorang yang penyabar 'sangat' orangnya.


Ya. Najihah mengaku yang sepatutnya Najihah perlu fokus dan tahu arah tujuan kita. Memang salah Najihah pun.

Jadi naik bas dengan hati yang biasa-biasa. Tetapi.

Satu sahaja yang Najihah kurang dengan perangai pak cik itu. Ego. Mungkin.
Ada seorang lelaki yang melambai tangannya nak naik bas tetapi pak cik itu tak berhenti. Kesian juga dengan lelaki itu. Ok, takpelah. Mungkin pak cik itu tak nampak. Kita husnudzon.

Namun, bila Najihah tengok semua orang dari bas.
Ada yang sudah mulakan kerja sebagai kontrakter.
Dah jual nasi lemak di tepi jalan sebagai santapan pagi.
Pelajar naik bas untuk ke kolej.
Makcik-pakcik yang ingin ke tempat arah tujunya.

So,
Semua orang ada kehidupan masing-masing.
Jadi, semua orang ada masalah.


Pilihan kita untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi pagi ini atau untuk hari seterusnya dengan baik atau tidak. Mungkin pak cik itu stress sebab lupa nak bangun tahajjud ke. Kan? No one knows. Husnudzon je ok?
kerana,

The problem is not the problem; The problem is your attitude about the problem.

p/s Kemudian bila naik bas Rapid 753 dan berkenti di Seksyen 2 Shah Alam, Najihah & Friends naik bas Rapid 750 (maklumat lanjut tentang Line Route 750) untuk ke Nu Central. Lepastu balik rumah ada yang balik naik LRT dan selebihnya KTM.

No comments: